usertulip's
111 stories
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 420,423
  • WpVote
    Votes 31,246
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY  by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 356,506
  • WpVote
    Votes 20,697
  • WpPart
    Parts 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak mahu bertentang mata atau memupuk cinta bersama gadis - gadis yang ada di hadapan mata. Tetapi, apabila datangnya Nurfa Adreana di dalam hidupnya, dia berubah seratus peratus dirinya hanya untuk wanita kesayangannya. Tengku Aiddan Iman, seorang jejaka yang berlainan perwatakan nya. Terpaksa bergabung hati bersama si gadis, Isya Danisya. Hari demi hari, perasaan cinta dan sayang mula menghadirkan diri ke dalam hati masing - masing. Tengku Aisy Rizqy, seorang jejaka mafia yang digeruni ramai. Hati sedingin batu, tidak mampu dicairkan. Tetapi letak sahaja Lisa Mikayla di hadapan matanya, pasti jejaka itu akan bertukar lemah lembut. Dari hati yang sedingin batu kini bertukar menjadi hati dipenuhi bunga. Dapatkah mereka menumpaskan Im Arsyad, ketua mafia merangkap musuh utama mereka? Mampukah mereka menyatukan kerjasama yang sempurna? Mampukah rumah tangga mereka diselamatkan?Semua jawapan ada di dalam buku ini. Selamat membaca! Lisa nak korang semua share, comment and the last thing is, vote! Goodluck!
Him: The Hierarchy [Slow Update] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 9,079
  • WpVote
    Votes 421
  • WpPart
    Parts 4
Allysa Natasha, si dara yang sedaya upaya memikat hati seorang jejaka yang bernama Tengku Raiz. Beri la apa sekali pun alasan, gadis itu akan tetap mengejar jejaka impiannya. "Tengku ni lama lagi ke?" - Allysa "Lama apa?"- Tengku "Nak cinta saya?!" - Allysa Ya, itulah dia. Kisah cinta daripada si dara dan pujaannya. Perbezaan umur sebanyak 6 tahun membuatkan Tengku berasa tidak selesa namun bagi si dara, umur hanyalah angka! "Aku dengan kau beza 6 tahun, Allysa" - Tengku "Alah, umur hanya angka!" - Allysa Dapatkah si dara gapai hati beku seorang Tengku Raiz? Dapatkah si dara mencairkan seorang Raiz?
aksara by 3ardee
3ardee
  • WpView
    Reads 292,170
  • WpVote
    Votes 14,356
  • WpPart
    Parts 67
For younger me, who wanted to be someone's first choice.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 682,602
  • WpVote
    Votes 33,122
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
π’π“π€π˜ π–πˆπ“π‡ πŒπ„,π€π‹πŽππ„ by Hendrien
Hendrien
  • WpView
    Reads 55,778
  • WpVote
    Votes 2,104
  • WpPart
    Parts 72
[ π’π„π‘πˆπ„π’ I ] Host? Pelakon? Model? Siapa lagi kalau bukan Sarah Larina Binti Dato' Maleeq, anak kepada pemilik salah sebuah syarikat terbesar di Asia Tenggara. Segalanya bergitu mudah untuk dia. Dunia hiburan, perniagaan, status, dan kekayaan semuanya dalam genggaman keluarga. Namun disebabkan satu peristiwa yang menghancurkan hatinya, Sarah terpaksa membawa diri jauh ke Perlis, semata-mata untuk melupakan kisah cinta nya "I tried to stay loyal to you. I tried to be a better girl for you. Is this how you pay for my efforts?"-𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 π‹π€π‘πˆππ€ "I am so sorry, Sarah." -πƒπˆπŠπ€ 𝐀𝐑𝐉𝐔𝐍𝐀 Sarah menyangka, pulang ke rumah arwah Tok Wan mampu menenangkan fikiran dan hati. Orang zaman sekarang kata'π‡πžπšπ₯𝐒𝐧𝐠',sambil menikmati hamparan sawah padi di Perlis. Namun takdir ada rancangan lain. Kemunculan seorang lelaki asing, berwajah mat salleh tetapi hidup di kampung,mengubah segalanya. "Nama mat salleh tapi duduk kampung?Apa cita?"-𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 π‹π€π‘πˆππ€ "Nama saja mat salleh,tak semestinya kena duduk bandar.Asal hidup selamat sudah,tak payah nak kolot sangat jadi manusia."-π‹π”πˆπ’π„ πƒπˆπ‚π€ππ‘πˆπŽ Hari demi hari, mereka asyik bertengkar seperti anjing dengan kucing.Kalau tak bergaduh, memang tak sah. Namun siapa sangka,kehadiran mengejut Datin Malina dan Dato'Maleeq ke kampung mengubah segalanya. Status. Hubungan. Dan rahsia yang selama ini disimpan oleh Luise akhirnya terbongkar. "Adam Yusuf?"-𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 π‹π€π‘πˆππ€ Mampukah Sarah menerima Luise? Dan siapakah sebenarnya Adam Yusuf, lelaki misteri yang menjadi perbualan penduduk kampung dan perhatian media "Aku janji, Aku akan pastikan kau bahagia disisi aku" -π€πƒπ€πŒ π˜π”π’π”π… πƒπ„πππˆπ™
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 1,057,008
  • WpVote
    Votes 44,882
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE β‹†Ν›οΈŽ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Aiden Askim (C) by syazznich
syazznich
  • WpView
    Reads 36,117
  • WpVote
    Votes 1,433
  • WpPart
    Parts 30
𝐓𝐀𝐍 π’π‘πˆ π€πˆπƒπ„π ππ€π˜π˜π”πŒ | π€πŒπ˜π‹πˆπ€ ππ€πˆπ‘π€ "Perkenalkan ini adik tiri kamu yang baru,Amylia Qaira.Mulai hari ini,Amylia akan tinggal bersama kita dan menjadi sebahagian daripada keluarga kita." - Tan Sri Affendi 𝐓𝐀𝐍 π’π‘πˆ π€πˆπƒπ„π ππ€π˜π˜π”πŒ - Seorang jejaka berusia 36 tahun dan mempunyai tubuh badan yang sexy.Seorang jejaka yang berhati dingin tetapi penyayang,obses dan kejam.Apabila pertama kali bertemu dengan si kanak comel,hidupnya berubah seratus peratus.Tetapi disebabkan dia bekerja luar negara,dia terpaksa meninggalkam keluarga serta adik tirinya.Pertemuan sekali lagi selepas beberapa tahun berada di Turkey,dia kembali ke tanah air dan berumpa keluarganya serta adik tirinya.Di situlah bermulanya kisah cinta mereka. "Aşkim"- Tan Sri Aiden Qayyum π€πŒπ˜π‹πˆπ€ ππ€πˆπ‘π€ - Seorang gadis yang berusia 21 tahun dan diambil sebagai anak angkat keluarga Tan Sri Affendi ketika berumur 8 tahun.Satu-satunya puteri yang cantik dalam keluarga itu.Mempunyai rambut berwarna perang gelap dan mata yang unik.Apabila dia sudah membesar,perasaan yang tidak selesa apabila abang tirinya mula obses terhadapnya. Completed : Start : 09.4.2024 End : - This is my first novel so I hope you all like it.Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan ejaan atau tatabahasa.Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada saya sendiri.Karya ini 100% daripada idea saya sendiri! Warning : ⚠️ 18+ ⚠️ Redflag hero ⚠️ Sexy storyline ⚠️ Uncensored All right reserved @syaznich
[ C ] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 605,243
  • WpVote
    Votes 25,617
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM