𝓯𝓪𝓷𝓽𝓪𝓼𝔂🐬
33 stories
BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALM by bigglobber
bigglobber
  • WpView
    Reads 59,667
  • WpVote
    Votes 4,657
  • WpPart
    Parts 100
Boboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni: -Tensei Shitara Slime Datta Ken -In Another World With My Smartphone -Kuma Kuma Kuma Bear Dan banyak lagi!!!!
31. Princess Luana by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 207,302
  • WpVote
    Votes 17,880
  • WpPart
    Parts 52
Luana Finley, Puteri Mahkota Kerajaan Marlowe. Seperti gelaran yang diberikan kepadanya, sebegitu jugala beratnya tanggungjawab yang disandarkan kepada dia. Kenapa? Pertama sebab ayahandanya telah mangkat, bondanya turut meninggal dunia ketika melahirkan dirinya. Luana pula anak tunggal, waris takhta dirajanya. Oleh kerana dia anak perempuan, maka tugas sebagai raja telah diturunkan kepada dia. Masalahnya sekarang dia baru berusia 19 tahun, masih mentah dalam dunia politik atau pengurusan diraja. Kerana itu, Raja Issak iaitu adik kepada ayahada Puteri Luana di lantik menjadi penyandang taktah sehingga la Puteri Luana temui lelaki yang boleh menjadi suaminya dan kukuhkan kedudukannya sebagai pewaris sah Kerajaan Marlowe. Berita mengenai pencarian suami buat Puteri Luana pun tersebar ke seluruh daerah dan negeri tidak lama kemudian. Maka berbondong-bondong la lelaki datang menghadap. Mahu melamar Puteri Luana untuk menjadi isteri mereka. Puteri Luana menjadi gadis seusianya, sama sekali tidak berminat dengan semua itu telah timbulkan masalah dan kacau bilau kan pertemuannya dengan setiap calon suami yang hadir ke situ. Sampaikan ramai dayang wanita di istana menjadi Fake Princesss Luana. Agaknya, dapat ke antara ramai-ramai calon suami yang hadir ke situ menjadi suami Princess Mischievious ini? 25/12/2020-5/1/2021 Januari 2021
A Thousand Years (Ebook) by flizwn
flizwn
  • WpView
    Reads 8,155
  • WpVote
    Votes 253
  • WpPart
    Parts 8
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memiliki sesuatu maka kamu akan kehilangan sesuatu. Dicintai gundah, dibuang goyah. "Kau diperintahkan untuk keluar dari negeri ini. Tiada pengiktirafan sehingga nafas terakhir kau di rengkungan." Kerana cinta yang disangka dongengan akhirnya meracun jiwa dan menular di dalam nadi. Tamakkah dia? "Aku sukakan kau sejak kali pertama mendengar suara kau." - Ammar "Sampai ke sini kau kejar aku? Kau akan mati!" - Narsha "Aku akan tunggu kamu untuk seribu tahun lagi." - Amred "Kau akan kekal selamanya sebagai kenangan terindah..." - Serene. "...kerana sisi hamba sudah dicuri." A THOUSAND YEARS. oleh Flizwn Original version : Autumn May 2012, Melbourne Rewrite : Monsoon December 2020, Malaysia Flizwn.
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]  by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 515,956
  • WpVote
    Votes 40,371
  • WpPart
    Parts 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersatu dalam dirinya? Dua puak yang berselisihan faham dan menjadi musuh sejak beberapa tahun dahulu. Hal ini kerana, Raja dari puak manusia yang menjadi punca pergaduhan di antara mereka. Kerana hasutan, hasad dengki dan tamak, dua puak pari-pari yang dahulu kala hidup bersama menjadi pecah belah! Mereka menjadi musuh! Nyea satu-satunya berdarah campuran yang pernah wujud di situ. Bila dia dapat tahu semua ini, dia seakan tidak boleh menerima kenyataan.Tidak disangka, kehadirannya juga akan mengubah segala-galanya.... Kehadirannya akan menyinari kegelapan.... Persahabatan.... Kesetiaan.... Percintaan.... Dan hubungan kekeluargaan.... #100% my idea
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,721,493
  • WpVote
    Votes 408,865
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Makhluk-Makhluk Ajaib Harry Potter dan Fantastic Beast by HafiziHaff
HafiziHaff
  • WpView
    Reads 553
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 15
Buku ini akan memberikan anda penerangan berkaitan makhluk-makhluk ajaib yang ada dalam siri novel/filem Harry Potter dan Fantastic Beast (tak semua makhluk ajaib ada dalam buku ni). Penerangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan tentang makhluk ajaib yang ada. Makhluk-makhluk ajaib ini ada yang diambil daripada makhluk mitos yang ada di seluruh dunia dan ada yang direka oleh penulis British J.K Rowling. Aku sejujurnya suka sangat dengan karya-karya beliau daripada novel Harry Potter dan Fantastic Beast yang sangat menarik untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Aku minta maaf jikalau ada persamaan dengan buku yang hampa semua pernah baca dan kalau sama dengan buku lain, semua itu hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan. Harap maaf!!! Jangan lupa untik vote, komen (benda baik-baik) dan share supaya orang lain dapat baca jugak.
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 998,226
  • WpVote
    Votes 27,713
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Dia Tetap Sempurna by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 155,285
  • WpVote
    Votes 4,105
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: Dia Tetap Sempurna Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-160-8 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mei 2020 www.karyaseni.my
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C | by Aeyqah
Aeyqah
  • WpView
    Reads 275,167
  • WpVote
    Votes 7,935
  • WpPart
    Parts 44
"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk berjauhan dengan orang tu. Macam sekarang, ia temukan saya dengan orang yang betul" -L.Rayyan Anaqi "Kepuasan! Aku tak suka tengok kau hidup! Lepas kau mati, isteri kau pula kita orang akan bunuh. Berjalanlah di taman syurga bersama-sama" "Abang! Bangunlah! Janganlah takutkan Mayra!" -Mayra Adelia
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,910,016
  • WpVote
    Votes 209,515
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"