annymalsz's Reading List
6 historias
DIA SEADANYA por karyaseni2u
DIA SEADANYA
karyaseni2u
  • LECTURAS 1,886
  • Votos 35
  • Partes 2
Tajuk: Dia Seadanya Penulis: Hanina Abdullah www.karyaseni.my PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm... Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi... yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh? Emmalyn tahu, dirinya dijadikan 'gula' untuk menarik Si Tareq. Anyway... Dia ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak 'tarik si Tareq' balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini dia... Emmalyn Mohd Ehsan? "Umi bimbang nanti saya jadi bujang terlajak." - TAREQ "Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?" - EMMALYN "Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab." - TAREQ "Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?" - EMMALYN Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda. "Siapa tu?" tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah ibu Tareq. Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga. "Inessa!" desah Tareq, terkejut. Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?
DHEO'S por karyaseni2u
DHEO'S
karyaseni2u
  • LECTURAS 869,104
  • Votos 26,790
  • Partes 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
CIK JULIET DAN ENCIK ROMEO por karyaseni2u
CIK JULIET DAN ENCIK ROMEO
karyaseni2u
  • LECTURAS 61,815
  • Votos 1,395
  • Partes 15
Harga : RM 21.00 (SM) // RM 24.00 (SS) Penulis : Airisz Terbitan : Karyaseni AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang 'terror' bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya. Dan akhirnya dia kembali semula. "Saya cabar awak, Awah. Terima saya kali ni. Biar kita diikat dengan ikatan perkahwinan. Saya mahu buktikan saya mampu bahagiakan awak dan saya mampu jaga awak dengan baik. Berilah saya peluang untuk buktikan sesuatu pada mak awak." Rupa-rupanya, ada dalang di sebalik kehilangannya. Siapa dalangnya? Orang yang aku tak kenal atau orang yang aku kenal? Macam ada rahsia di sebalik semua ini. Tapi apa?
DR. ALPHA MALE por karyaseni2u
DR. ALPHA MALE
karyaseni2u
  • LECTURAS 969,408
  • Votos 27,229
  • Partes 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
MR. GREY por karyaseni2u
MR. GREY
karyaseni2u
  • LECTURAS 538,064
  • Votos 6,565
  • Partes 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
Dia Tetap Sempurna por karyaseni2u
Dia Tetap Sempurna
karyaseni2u
  • LECTURAS 150,877
  • Votos 4,042
  • Partes 11
Tajuk: Dia Tetap Sempurna Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-160-8 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mei 2020 www.karyaseni.my