rshrisy's Reading List
14 stories
TITISAN CINTA. (Completed) by MekAin
MekAin
  • WpView
    Reads 199,749
  • WpVote
    Votes 6,899
  • WpPart
    Parts 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar. "Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! Kuasa Allah tiada siapa mampu duga. Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. "Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah! Satu demi satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula. "Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta. "Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima Syed Mirza? Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
ZIHNI √ by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 801,392
  • WpVote
    Votes 71,537
  • WpPart
    Parts 64
Cerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...
C | Aiman Ariths by BungaLiliath
BungaLiliath
  • WpView
    Reads 107,959
  • WpVote
    Votes 4,919
  • WpPart
    Parts 88
♤3rd Ariths Series♤ Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Hebat percaturan dunia, tak sangka ada Intan di balik sayap besar Dragon. Putri Intan Kayish- model terkenal yang berjaya mencipta nama dengan hanya jangka masa dua tahun. Dia hebat dalam dunia permodelan tapi hidupnya? Berantakan. Satu demi satu masalah menimpa sejak dia berjumpa dengan Aiman. Dengan rela hati dia ungkapkan kebenaran pahit yang selama ini dia sembunyikan tentang Dragon. Mampukah Intan memilih antara darah dan kebenaran? Aiman Ariths - jejaka yang bersahaja. Sering menjadi penghibur dan mencipta drama swasta dalam organisasi Ariths Security. Tapi soal wanita dia yang paling arif. Seorang jejaka yang tak suka berkongsi cerita, mungkin buat-buat gembira tatkala benci pada ayahnya membuak-buak. "Apa yang kau sembunyikan dia rumah banglo?" Niat ingin menyelamatkan tapi hati Sharon Kirana sudah terpahat buat Aiman. Jejaka yang bertanggungjawab ke atasnya sejak kejadian satu tahun yang lalu. Apa cerita pertemuan mereka berdua? "Tak mudah kan? Aku faham tak mudah nak memilih antara darah dan kebenaran." -Daniel Arsyan Ariths Apa yang ada di sebalik Dragon? Mampukan Ariths Security merungkai kes rumit melibatkan buah hati Aiman? "Bukan itu niat abang"- Aiman Ariths Adakah Aiman mampu pertahankan permaisuri di hati bila Putri Aatika Ariths wujud antara mereka? "See you when I see you, princess" - Aiman Ariths Adakah jalan untuk bersama semula? Start: 9 september 2024 - End: 23 April 2025 See you later!
IMPERFECT MEMORY (COMPLETED) by LiyaaLyn
LiyaaLyn
  • WpView
    Reads 105,149
  • WpVote
    Votes 5,330
  • WpPart
    Parts 71
UNEDITED VERSION !!! warning : messy structures, cringe and typos everywhere. Aza Qarizh x Nurain Medina "Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?" Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu terlebih dahulu pergi menghadap ilahi. "Who are you?" - Nurain Medina. "Who am I?" - Aza Qarizh. Munculnya lelaki bernama AZA QARIZH membuatkan perasaan Nurain Medina berbelah bahagi terhadap Qash Arsyad Ikhtiari. Dengan sifat dingin dan melindungi Nurain Medina membuatkan gadis itu merasakan sesuatu di dalam hatinya. "I am Aza Qarizh." Aza Qarizh. Seorang lelaki yang tidak dikenali meminta bantuan Medina untuk pulihkan ingatannya. Tapi, mana mungkin? Mereka langsung saling tidak mengenali apatah lagi memori bersama. "Mustahil kau tak kenal aku. Kalau tak macam mana gambar kau boleh ada dalam phone aku?" -Aza Qarizh "Tapi itu tidak bermaksud yang dulu kita kenal satu sama lain!" -Nurain Medina Bengang dengan Qarizh yang keras kepala, Nurain Medina tekad untuk membantu walaupun dia masih buntu dengan cara apa yang harus dia pakai untuk pulihkan ingatan lelaki itu. Bermula atas dasar niat untuk menolong beralih menjadi sepasang suami isteri yang saling mencintai. Saat hati saling memerlukan, ikatan janji terlakar. "Janji jangan tinggalkan Medina?" "Aku janji." Janji telah dimetrai. Namun siapa sangka sebelum ini sebenarnya lelaki itu telah bekeluarga! Sudah mempunyai seorang isteri yang dia tidak tahu dimana keberadaan isterinya sehingga bertekad untuk tinggalkan Nurain Medina. Dunia kejam? Kerana ini hanya tempat persinggahan sementara kawan. Start: 221222 End: 041125 cover by : @tsweetestrain #1 in action - 11/3/2025 #1 in love - 18/3/2025 All right reserved © LiyaaLyn
DI BALIK SINGGAHSANA | OG by CIKRISYA
CIKRISYA
  • WpView
    Reads 128
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 6
Putera Aryan Mahendra × Puteri Seri Humaira Puteri Seri Humaira, seorang puteri muda yang cantik dan bebas, memiliki sahabat karib setia, Dayang Seri Zahra. Namun, gosip istana mengatakan Zahra bukan sekadar sahabat dia juga terkenal suka merampas pasangan orang lain. Humaira, yang sudah memiliki pawang hati, Putera Faris Ihsan, seorang lelaki sederhana dari kerajaan lain, yakin bahawa persahabatan mereka tulus. Hidup Humaira mula tergugat apabila Putera Aryan Mahendra, seorang putera kacak dari kerajaan seberang, datang melamarnya. Namun di sebalik senyuman Aryan, tersimpan perancangan rahsia. Dia tidak mahu memiliki anak, dan sekiranya pewaris lahir, anak itu akan dianggap sekadar saudara maranya sahaja. Sementara itu, Tuan Malik Azfar, penasihat dan sahabat Aryan, mula memainkan peranannya dalam istana. Apakah Humaira dapat menangkis permainan hati dan politik istana? Adakah Dayang Seri Zahra akan cuba merebut Putera Aryan dari tangannya? Atau adakah takdir mereka telah tertulis di sebalik singgahsana yang megah itu? Sebuah kisah cinta, pengkhianatan, dan intrik istana, di mana setiap langkah membawa Humaira lebih dekat kepada rahsia, pilihan, dan hati yang sebenar. DILARANG PLAGIAT ⚠️ *nak minta tolong pembaca , jika terjumpa cerita dan penulisan seakan sama dengan cerita saya , mohon laporkan kepada saya okey dan tolong report acc orang tu . Terima kasihhh Bermula: 23 December 2025 Berakhir :...
DIMENSI KITA [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 66,646
  • WpVote
    Votes 3,519
  • WpPart
    Parts 72
Portal dua dimensi hanya terbuka seketika, tetapi cukup lama untuk mencuri satu jiwa dan menggantikannya dengan jiwa yang tidak sepatutnya. Helena memandang suaminya, Radin Eshan, lelaki yang pernah menakutkannya dan melihat seseorang yang bukan dia. Lelaki itu lembut, tenang, dan menyentuh hatinya dengan cara yang Radin tak pernah mampu lakukan. Dia tidak tahu, dalam tubuh suaminya itu hidup Nidar, jiwa asing dari dunia lain, yang datang hanya untuk pergi semula. Dan di dimensi lain, Radin berlari mencari jalan kembali, sedang Helena jatuh cinta pada lelaki yang bukan milik dunianya. Cinta ini sementara. Cinta ini salah. Dan cinta ini... ditakdirkan untuk hancur. Lalu siapa yang harus dia lepaskan terlebih dahulu? lelaki yang kembali, atau lelaki yang hilang?
BIDADARI BUAT SEMENTARA(SLOW UPDATE) by hxzwa_hw
hxzwa_hw
  • WpView
    Reads 1,591
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 1
﷽ [First Book] ARIYA LIYANA X TENGKU HAYDER LUITH "Saya tak mampu beri hadiah yang mewah macam orang lain berikan pada awak tapi saya harap hadiah ni akan berguna untuk awak dimasa akan datang."ARIYA LIYANA start: 28/1/26 End: ********
HUZAIR'S [OG]  by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 832,790
  • WpVote
    Votes 32,482
  • WpPart
    Parts 58
"Saya.. nak badan awak boleh?" -Dahlia Bashira- "Pardon?" -Huzair Haq- Siapa sangka? Hanya dengan kesilapan 'pertanyaan' itu dapat menghubungkan hubungan diantara si pemalu dan si introvert? Bukan.. Dahlia bukanlah seorang yang nakal begitu.. cuma kesilapan dalam bertutur sahaja yang telah membuatkan Huzair tersalah sangka akan gadis itu. "Why? Tadi kata nak ukuran tubuh saya kan? Ukurlah.. apa awak fikir saya nak peluk ke? Boleh juga kalau nak.. meh." -Huzair Haq- Fikirnya pertemuan itu adalah satu kebetulan, namun tidak tahu pula pertemuan itu merupakan permulaan. Bermula dari pertemuan yang tak disangka itulah, Huzair dan Dahlia mula rapat dan mengenali antara satu sama lain. Namun.. rahsia demi rahsia tentang keluarga Dahlia terbongkar selepas Huzair mengenali ahli keluarga Dahlia dengan lebih terperinci. "Abang-abang benci Dahlia ke ibu?" -Dahlia Bashira- "Tak benci.. cuma Dahlia tak perlu la menyusahkan mereka.. Dahlia masuk hospital ni pun kira dah menyusahkan kami tahu sebab kena ulang-alik kesini?" -Puan Dheena- Toksik. Fikirnya abang-abang gadis itu sahaja yang toksik, rupa-rupanya seluruh keluarga itu menyiksa mental gadis itu sehingga Dahlia mempunyai tekanan hidup. "Dimana bapa dia sewaktu dia ingin meluah kesakitan?" "Dimanakah seorang ibu sewaktu si anak perlukan pelukan hangat?" "Dan dimanakah abang-abangnya sewaktu si adik memerlukan perlindungan?" -Huzair Haq- Hadirnya seorang lelaki yang bernama Huzair telah mengubah kehidupan Dahlia. Boleh dikatakan kehidupan gadis itu berubah 360 darjah kerana Huzair setia membantu dirinya setiap kali dia berada dalam kesusahan. Namun mampu ke mereka berdua bertahan jika hubungan mereka itu tidak direstui ahli keluarga? Sampai bila kebahagiaan mereka dapat bertahan jika ahli keluarga Dahlia masih bersikap licik pada gadis itu? Have some 18+ scene. Sexy storyline. NO CENSOR words and scene ⚠️ Don't plagiarism⚠️ Story ini 100% idea saya dan jangan plagiat hasil cerita ini. Thank you❤️