😎
20 stories
[ COMPLETED ]YOU're MINE © by Nur_Izzah
Nur_Izzah
  • WpView
    Reads 218,792
  • WpVote
    Votes 4,586
  • WpPart
    Parts 48
Tak tau nak letak apa , baca eh jangan tak baca . ✌
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,762
  • WpVote
    Votes 12,832
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 949,742
  • WpVote
    Votes 33,916
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,917,395
  • WpVote
    Votes 76,785
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
My Beautiful Disaster ✔ by fatinciara
fatinciara
  • WpView
    Reads 549,261
  • WpVote
    Votes 24,771
  • WpPart
    Parts 57
Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, apa yang akan berlaku kepada perempuan lain?" - Haril Yusuf. "Ada aku minta kau buat semua tu?" - Nara Khalisya. Kerana ego dan rasa takut untuk memberi komitmen, dia hilang cinta yang selama ini cuba ditepis. Hidupnya huru-hara. Jadi, di sinilah bermulanya my beautiful disaster. #1 in malaysia #1 in care #3 in romance #4 in remaja ••• Cover by @-THEWOLY
BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKO by Njeonish19
Njeonish19
  • WpView
    Reads 774,068
  • WpVote
    Votes 39,402
  • WpPart
    Parts 108
Seorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjian dan jasa Dato itu kepada ibu bapanya dia pula yang menjadi orang tengah. Sudahlah dia mempunyai banyak benda yang dipendam sampai tertekan tambahan pula dengan perjanjian itu. Lelaki yang bakal menjadi suaminya bukan kaleng-kaleng. Dia PSIKO! Nial Austin, lelaki yang mempunyai darah kacukan Cina dan Rusia. Dia fasih berbahasa Melayu disebabkan bapanya mempunyai sebuah syarikat yang agak besar dan terkenal. Tambahan pula ibunya yang memang dari negara itu. Dapatkah dia melarikan diri daripada lelaki dan juga perkahwinan itu? Mesti dia takkan dapat lari punyalah. Sebab dia PSIKO. Tapi apa yang pasti, dia akan hadap neraka ciptaan NIAL AUSTIN. 𝚂𝚃𝙰𝚁𝚃: 𝟶𝟾/𝟶𝟷/𝟸𝟶𝟸𝟷 𝙴𝙽𝙳: 30/05/2021 [6.08] *Maybe ade 18+ sikit🤐 tak extreme pun~ *Kalau typo ii tu minx maaf lah *And kalau ayat aq mcm berterabur tu ampun *Banyak bahasa yang tak elok🤐
AFFAN: Her Protector  by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 298,267
  • WpVote
    Votes 27,295
  • WpPart
    Parts 76
REMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi ngeri untukku. Tambahan lagi, perasaanku ini sentiasa dipermainkan olehnya. Malahan, dia menganggap gelaran 'protector' yang dijadikan hukuman atas kesalahan yang dia telah lakukan sebagai bonus untuknya. Jika perasaan dia mahu mencari, dia akan mencari. Namun, jika ada masanya dia mahu membenci. Aku akan menjadi insan yang sentiasa dipersalahkan. Salahkah aku kerana menjadi seorang Aynaa Hannani? Ramai yang mengatakan aku tidak bersalah. Namun, Affan sama sekali marah kerana aku merupakan Aynaa yang tidak pernah berubah. Aynaa yang lemah dan sentiasa mudah dibuli. "Kau tahu apa beza kau dengan Stella? Confident level dia tinggi berbanding kau" - Affan Rafisqi "Jauhi Affan aku", - Stella Maka, aku juga beranggapan bahawa aku sememangnya tidak setanding dengan Affan yang sememangnya bagus dalam segalanya. Tetapi, disaat aku mahu menarik diri dari hidupnya, aku jugalah yang dianiayanya dengan begitu kejam. Aku akan cuba bersabar selagi aku mampu kerana aku faham yang Affan sakit. Namun, sampai bila aku mampu untuk bersabar sekiranya Affan berterusan menyakitkan hati aku? Aku juga manusia biasa. Apa yang Affan buat pada aku memang sangat tidak adil! Aku mahu bangkit! "Abang boleh bantu Aynaa ubah diri Aynaa. Beri abang tiga bulan" - Aden "Aynaa nak berubah" - Aynaa Hannani Dan... Aku sedar bahawa aku harus berubah untuk menyedarkan kembali Affan yang masih menyandang gelaran protector itu. Aku mahu dia berfikir sendiri adakah gelaran itu masih sesuai untuk disandangnya? Tapi, berjayakah aku? --- Start edited: 5/4/2021 End:
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 3,016,995
  • WpVote
    Votes 189,158
  • WpPart
    Parts 52
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cinta pandang pertama? Nonsense. Tapi memang benar dia sudah jatuh suka pada pandang pertama. Saat salam perkenalan yang dihulur disambut, bermulalah titik permulaan kisah manusia antara dua dunia yang berbeza. "Jom kita couple." ~Tunku Niel "Saya tak nak kita couple. Tapi saya nak kita bercinta." ~Qhaiyra Aralyn. Qhaiyra Aralyn terima. Dia suka Tunku Niel. Dia suka lelaki misteri disebalik mask emas itu. Namun dia terima Tunku Niel pada akhirnya. Lumrah bercinta. Hanya indah pada mulanya. "I hate violence. Mafia. Gangsters. Everything." ~Qhaiyra Aralyn Bimbang gadis itu akan terluka dengan kenyataan yang bakal diterima. Bimbang terancam keselamatan si pemilik hati. Tunku Niel memilih untuk menjauh. Angel deserves someone better. Tunku Niel pulang semula ke agenda asalnya. Dia perlu cari Helenna Mia D'Angelo dengan segera. Tanpa Tunku Niel sedar, Qhaiyra kecewa. Qhaiyra terluka. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tunku Niel menghilang begitu sahaja. Dan di saat Qhaiyra Aralyn tersedar akan sesuatu, dia yakin Tunku Niel adalah si lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. "You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" ~Tunku Niel "I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." ~Qhaiyra Aralyn "Kita sama-sama pernah terluka. Sekarang, terima saya sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji saya." ~Tunku Niel
MISS CUPCAKE (✔️)  by NoorsyafitriFitri
NoorsyafitriFitri
  • WpView
    Reads 4,256
  • WpVote
    Votes 536
  • WpPart
    Parts 44
[#1 in Kafe - 7/02/2021] [#5 in Kisahcinta - 15/02/2021] [#3 in Photographer - 27/04/2021] KERANA SEBIJI CUPCAKE, KITA BERTEMU. Achbar Muhammad Taufiq, cintanya kepada gadis bernama Nur Khalisya Hijannah berputik sejak kali pertama mereka bertemu. Lamaran diberi, namun berkali ditolak. Sedikit pun dirinya tidak pernah menyerah kalah. Berbatu gadis itu lari, beribu langkah di atur mengejar si pencuri hati. Nur Khalisya Hijannah, dirinya pernah dikecewakan membuatkan dia seringkali melabel lelaki sebagai 'buaya darat'. Akibat dari peristiwa itu, dia bangkit semula dengan sebuah kafe yang diberi nama D'love kafé. Kemunculan Achbar Muhammad Taufiq dalam hidupnya membuatkan dirinya rimas. Berkali sudah dia melarang, namun lelaki itu ibarat kereta kebal yang pantang menyerah! "Dua tiga buah ceri, hati saya awak dah curi!" - Achbar Muhammad Taufiq "Pergi pekan, tak beli apa-apa. Awak ni kan dah kenapa?!" - Nur Khalisya Hijannah Dek usaha Achbar Muhammad Taufiq yang tidak pernah mengalah untuk memikat dirinya, sedikit demi sedikit hatinya mulai terpaut dan akhirnya terbuka ikhlas menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupannya. Disaat hati sudah saling menyayangi, hadirnya Aidan Zarith semula untuk merebut si kekasih lama. Beribu cara dibuat agar mereka berpisah. "Sudahlah, Aidan. Kita dah tak ada apa-apa! Awak dah hancurkan hati saya! Awak ingat saya ni patung ke tak ada perasaan?!" - Nur Khalisya Hijannah "Lepaskan dia. Dia milik aku selamanya." - Aidan Zarith "Lelaki sejati takkan pernah menyerah sebelum tewas tersungkur." - Achbar Muhammad Taufiq Siapakah yang bakal dipilih oleh Nur Khalisya Hijannah? Masihkah ada cinta buat Aidan Zarith? Atau Nur Khalisya Hijannah lebih teguh akan cinta barunya kepada Achbar Muhammad Taufiq? "Kau tak akan pernah bahagia. Hadirnya aku akan memusnahkan semua." - Puteri Azirah Siapakah pula Puteri Azirah?
Mr Mafia & Mrs Mafia ✔ by nassyyh
nassyyh
  • WpView
    Reads 2,512,557
  • WpVote
    Votes 91,057
  • WpPart
    Parts 71
Tengku Airell Zafran Dia seorang yang mempengaruhi, kaya , bekerja sebagai CEO yang terkenal,licik tetapi bijak,mempunyai wajah yang tampan yang boleh tergoda kalau gadis tengok wajahnya, sangat kejam apabila musuh ditangannya dan dia mempunyai kerja 'kedua' sebagai KETUA MAFIA yang ditakuti oleh orang ramai! Ariesya Medina dia pula seorang yang kaya tetapi menganggap dirinya seorang sederhana, lembut lemah, keras kepala dan mempunyai sebuah butik baju bersama kawannya yang lagi dikenali sebagai fashion designer dan Ariesya juga mempunyai darkside yang tidak diketahui oleh orang kecuali abangnya dan bestfriends sendiri. Aku akan cari perempuan tu yang digelar ketua mafia yang boleh menguji kecabaran aku sampai lubang cacing! - Tengku Airell Zafran Aku mesti simpankan rahsia ni kepada orang lain sampai bila-bila.- Ariesya Medina Segala-galanya sudah terbongkar, datanglah orang yang mahu meruntuhkan hubungan mereka. Semuanya sudah berubah! Jangan menyesal apabila korang tahu segala-galanya. Korang merayu sampai tertunduk dikaki aku pun, aku takkan pandang korang! Ingat tu - Ariesya Medina Maafkan aku - Tengku Airell Zafran Dan aku tak nak jadi ketua mafia lagi - Ariesya Medina Dapatkah Ariesya memaafkan kesalahan orang yang telah menghancurkan hidup? Saksikanlah! Hahahaha ⚠| Perkataan yang kasar dan seksual..jangan ikut tau ⚠| copy sila langkah mayat aku dulu || Completed || || In editing || || 100% idea sendiri || Cover by @Lissyle04