Qaisarahrosez's Reading List
170 stories
Pretty Mischief by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 1,862
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 5
Kisah Zarl Izael dan Bella Rosella. | a.k.a Si Nakal & Si Diva | immortal love song - mahadewA Peringatan : Tulis sekadar suka-suka.
HARRY VINCENT: HIS RUTHLESS LOVE  (completed) by itslalla__
itslalla__
  • WpView
    Reads 20,965
  • WpVote
    Votes 779
  • WpPart
    Parts 62
HARRY VINCENT: HIS RUTHLESS LOVE *** Dia dikenali sebagai TENGKU HARRY VINCENT, seorang ketua mafia yang dingin dan berkuasa. Setiap langkahnya penuh rahsia dan bahaya. Dunia miliknya dipenuhi kekejaman yang tiada belas kasihan. Namun hanya satu wanita mampu mengubah segalanya. EVELLYNA TYANA nekad melarikan diri dari perkahwinan yang dipaksa keluarga. Dia hanya mahu bebas. Tetapi pertemuannya dengan seorang lelaki asing telah mengubah segalanya. "Tuan nak bawa saya ke mana sebenarnya?" - Evellyna Tyana "Ke tempat yang kau tak akan jumpa jalan keluar." - Tengku Harry Vincent Adakah Evellyna mampu melarikan diri dari cengkaman lelaki yang menguasai segalanya? Atau adakah dia akan terperangkap dalam permainan kuasa yang penuh tipu daya? Mampukah rahsia yang disimpan oleh mereka berdua mengubah takdir hidup mereka? Atau... adakah cinta yang lahir dari kegelapan ini akan menghancurkan segalanya? 🥀⚔️🥀⚔️ START (REVAMP) : 30/6/2025 END : 16/3/2026
DIARI RIHANNA | PATH OF DEATH by nabilafatale_
nabilafatale_
  • WpView
    Reads 802
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 21
Zara Lyla Rihanna. Nama yang dulu sinonim dengan kelembutan, kemewahan, dan hati yang tulus. Namun, satu tragedi hitam merobek dunianya-merampas bukan sekadar maruah, tapi juga kewarasan dan masa depannya. Dari seorang gadis naif, dia menjadi bayangan dirinya yang dulu-terbakar dalam kemurungan, hilang dalam kepedihan. Sebelas tahun berlalu. Kini, dia pulang, tapi bukan sebagai Zara yang lemah. Dia kembali sebagai Rihanna. "Selagi api dendam menyala, selagi itu aku takkan berhenti." Dalam diam, dia meniti jalan yang sudah lama direncanakan-setiap langkahnya adalah perangkap, setiap senyumannya adalah muslihat. Namun, pertemuannya dengan Arian Noah mengubah segalanya. Lelaki itu menggoncang benteng hatinya, membuatnya goyah antara dendam dan sesuatu yang lebih asing-cinta. Tapi realiti tak pernah semudah itu. Rahsia demi rahsia terbongkar, hingga Rihanna hampir rebah dalam permainan yang dia sendiri cipta. "Aku akan hancurkan korang semua. Lebur, macam debu." Antara keadilan dan kejahatan, Rihanna perlu memilih. Tapi dalam dunia yang sudah pun menghancurkannya, adakah masih wujud ruang untuk sesuatu selain kehancuran? This is the author's first work. Please do not put high expectations in terms of writing because the writer is also improving her writing skills. This work is 100% based on the author's imagination and has nothing to do with any party whether living or dead. Written by Nabilafatale_
Janji Tanpa Kata (C) - editing by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 4,150
  • WpVote
    Votes 439
  • WpPart
    Parts 32
1st Story❤️ Aliya Maisara... seorang wanita yang pernah percaya cinta boleh sembuhkan segalanya. Tapi pengkhianatan suami membuatkan dia patah, hilang kepercayaan, dan menutup pintu hatinya rapat-rapat. Hidupnya kini hanya kerja, keluarga dan diri sendiri. Tiada ruang untuk lelaki - lagi-lagi lelaki yang sweet dan terlalu ambil berat. Tapi Zafran Adam muncul. Dengan senyuman tenang. Dengan sabar yang luar biasa. Dia tak janji bulan dan bintang. Dia hanya kata: "Saya tak janji apa-apa, tapi saya buktikan." Saat Aliya mula percaya semula pada kebahagiaan... Muncul pula masa silam, bekas suami yang menyesal dan tak tahu erti putus asa. Konflik, cinta tiga segi dan ego seorang wanita yang pernah dikhianati... Mampukah Aliya melangkah sekali lagi kali ini bersama lelaki yang berani mencintainya tanpa syarat? Mula : 28 May 2025 Tamat : 30 November 2025 Editing : 13 Januari 2026, Selesai : 27 April 2026
𝗥𝗮𝘆𝘂 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 | 𝙍𝙚𝙫𝙖𝙢𝙥 by 0nlynuhaa
0nlynuhaa
  • WpView
    Reads 341,766
  • WpVote
    Votes 11,482
  • WpPart
    Parts 29
"Rayu padaku, walau sekali... dan aku akan kembali seribu kali." Nur Nadia Safeeyah dan Tuan Thaqif Hayyan membesar sebagai sahabat kecil yang selalu bersama tetapi akibat desakan hidup, keluarga dan masa yang memisahkan pertalian mereka. Dan apabila mereka bertemu kembali, kedua-duanya sudah berubah. Thaqif Hayyan, beliau kini akan menjadi seorang pemilik syarikat yang ternama, manakala Nadia pula cuma wanita biasa yang menyimpan luka lama. Tanpa disangka sesiapa tetapi disangka oleh takdir, mereka dikahwinkan dalam keadaan rahsia. Mulanya, mereka hidup bersama dengan bahagia yang mana ianya penuh dengan gelak tawa, cemburu manja dan rutin kecil yang mendamaikan. Tetapi tanpa angin tanpa ribut, segalanya mula berubah apabila satu pendrive muncul. Satu nama lama kembali. Dan satu kebenaran terbongkar. Dan saat itu, Nadia mula sedar bahawa cinta yang selama ini dia peluk erat ialah terbina di atas sebuah pembohongan. Dia pergi. Tanpa pesan. Meninggalkan Thaqif yang meratap dalam diam selama tiga tahun lamanya. Tetapi, cinta mereka tidak pernah mati. Thaqif kini bukan lagi lelaki yang dulu. Di balik kekuasaan dan kejayaan, dia masih mencari wanita yang mencuri jiwanya sejak kecil lagi. Dia rela tunggu dan terus menunggu walau selamanya. Kerana bagi Thaqif, cinta yang suci adalah hadir daripada jiwa yang suci jua. "Kalau awak tak sudi pandang saya sebagai suami, pandanglah saya sebagai lelaki yang pernah jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu." - Thaqif Hayyan. - Minta budi baik akak cantik manis dan adik tampan bergaya supaya tidak plagiat story saya ini ye😊 Kalau saya dapat tahu, maaf sangat. Saya terpaksa ambik tindakan ye☺️ Cerita ini 100% daripada idea seorang gadis Introvert ini iaitu saya👀 Jadi harap maklum ye sayang saya. Harap sangat titik peluh, lena malam saya yang dicuri akan dihargai💞🫂
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 486,774
  • WpVote
    Votes 30,304
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Cinta Anis (Complete) by MOM_OFFICIALLY
MOM_OFFICIALLY
  • WpView
    Reads 783,505
  • WpVote
    Votes 21,082
  • WpPart
    Parts 37
Bacaan dewasa sahaja. Anis seorang gadis ceria yang sangat berfikiran terbuka orangnya .Pekerjaan sehariannya yang berjumpa dengan ramai orang menjadikan Anis seorang yang sibuk orangnya. Bercinta selama 3 tahun bersama Zick menjadikan Anis seorang gadis yang setia pada Zick.Anis juga anak yang taat pada perintah ibu bapa hingga terjadinya satu keadian yang merubah masa depan Anis .Segalanya berubah bila kejadian satu malam yang Anis tidak mampu lupakan sepanjang hayatnya.Apa akan jadi pada kehidupan Anis.Nantikan kisahnya dengan karya terbaru saya . #Mom_Official #Sarawakianauthor #Followmywattpadd
MyZ.U.S(Bakal Terbit Under AnaasaPublication) by AilahDiela
AilahDiela
  • WpView
    Reads 219,079
  • WpVote
    Votes 1,955
  • WpPart
    Parts 10
Cerita ini kita Unpublish Bab 11 - Bab 54 pada 15/4/2026. Ini adalah kerana story ini akan diterbitkan dalam bentuk fizikal sempena PBAKL. Terima kasih atas doa semua. 🔞 Cerita akan diupdate setiap hari jam 9 pagi. He Is Bitter And Dark, But Sweet Without Sugar. !! Friendly Reminder. Cerita ini hanya untuk mereka yang berfikiran terbuka, yang jenis mudah trigger. Elakkan baca ye sayang. Segala watak, nama tempat dan nama syarikat hanyalah rekaan semata-mata. Jika ianya sama, itu adalah suatu kebetulan. ZUS x Flower Cattaleya Nur, jadi seorang doktor itu memang cita-cita. Tapi menjadi mangsa dikejar lelaki asing itu bukanlah termasuk dalam impiannya. "Kenapa mesti saya yang kena kahwin dengan awak?"- Cattaleya. "Sebab hanya kau yang berani londehkan seluar aku." - Zein Londehkan seluar pesakit disebabkan tugas yang memerlukannya buat begitu. "Encik ditembak? Dua butir peluru di bahagian bawah abdomen." - Cattaleya. Hanya satu punca, dia dikejar saban hari oleh lelaki itu. Dipaksa pula menjadi doktor peribadi lelaki berkenaan. Kenapa mesti Zein Uthman itu adik kepada Puan Pengarah Hospital tempatnya bekerja. "Our Signore hanya mahukan kau. Kau memang tak boleh lari." Cattaleya melopong sendiri. "Love me! And I give you a world." Itu janji Zein. Tapi bagaimana pula dengan sisi gelap masa lampau lelaki berkenaan. Siapa Zus yang sebenarnya? Action Dark Romance.
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 124,015
  • WpVote
    Votes 5,875
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
[C] | TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU [TERBIT SIBF 2025] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 562,249
  • WpVote
    Votes 4,973
  • WpPart
    Parts 20
𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 - OLD TITLE: TAKDIR QASEH [UNEDITED VERSION] - [REVAMP VERSION DI SIBF 2025] PREORDER [24/11-25/11] "Tepat pada hari lahir kau yang ke 18... Aku nak kau mengandungkan zuriat aku. Dan lepas tu kau bebas." Qaseh Aulia - pelajar cemerlang, anak yatim yang dibesarkan dalam penderitaan. Dia dijual oleh ayah kandungnya sendiri kepada seorang lelaki gelap berjiwa kelam. Hidupnya yang dahulu penuh harapan berubah menjadi neraka dalam sekelip mata. Jason Richard Rousse, pewaris empayar fesyen antarabangsa, menyembunyikan sisi kehidupan yang penuh luka dan jenayah. Di siang hari, dia adalah ikon kejayaan. Tapi malamnya - dipenuhi darah, dosa dan kehancuran. Hatinya mati, jiwanya musnah. Baginya, Tuhan tidak wujud. "Tuhan tak wujudlah, bodoh! Kalau Tuhan wujud, kenapa dia perlu seksa aku dengan kehidupan ni?! Kenapa aku tak pernah buat apa-apa salah dihukum macam ni?!" - Jason Richard Rousse. Dipenjara dalam rumah agam mewah, dirantai dan dipaksa tunduk, Qaseh tetap tidak menyerah. Dia melawan dengan doa, melindungi dirinya dengan iman. Sedikit demi sedikit, kelembutan Qaseh mengusik hati lelaki dingin yang selama ini menolak kasih sayang dan Tuhan. Di tengah dunia yang hilang arah, hadir seorang lelaki bernama Izz Haider - sahabat Jason yang melihat segalanya dari sisi yang berbeza. Seorang doktor, tenang dan rasional, namun menyimpan rahsia sendiri. Dialah satu-satunya yang berani menegur, dan mungkin satu-satunya yang mampu menamatkan kitaran kebinasaan yang melingkari hidup Jason dan Qaseh. "When I said Jason is a dangerous person, I meant was his obsession. To things that he loves and keeps." - Izz Haider Namun, mampukah kasih menyelamatkan mereka berdua dari bayang silam? Atau akan berakhir dengan lebih banyak luka dan kehilangan? Sebuah kisah cinta gelap, luka yang terpendam, dan iman yang diuji. Cinta ini bukan dongeng. Ini perjuangan. Ini nyawa. Start: 28 Julai 2023 End: 27 November 2023