@Angel_k20
4 stories
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,703
  • WpVote
    Votes 5,318
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED) by hafzh92
hafzh92
  • WpView
    Reads 12,024
  • WpVote
    Votes 1,876
  • WpPart
    Parts 18
Che Puan Elizabeth John Abdullah dibunuh kerana harta peninggalan Tengku Rahmat. Demi menuntut bela kematian mamanya, Carl Dylan pulang ke Malaysia. "Carl akan cari pembunuh mama sampai dapat!" - Carl Dylan. Dalam misi pencarian petualang yang menyebabkan mamanya dibunuh, dia bekerjasama dengan Saifuddin dan Sofea. Namun, tidak disangka, cinta hati dalam diamnya pula diculik. "Orang atasan? Huh! Kau pembunuh!" - Camelia Aisya. Panggilan telefon yang mengatakan Camelia Aisya dalam genggaman penjahat membuatkan amarahnya membuak. Bajingan yang cuba merebut harta peninggalan ayahandanya terlalu licik! Antara saudara, harta dan cinta, yang mana satukah yang bakal dipilih oleh Carl? Berjayakah misinya memberkas pembunuh mamanya sebelum kembali pulang ke Itali? Tarikh mula: 13/9/2021 Tarikh akhir: 25/9/2021 Bil Bab: 15 Status: Selesai. _______________________________________ ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA Karya ini adalah hasil tulisan asli Angel_k20 dan para penulis seperti yang tertera di dalam buku ini. Tiada sebarang bahagian dalam buku ini dibenarkan untuk dicedok idea, ditiru, diterbitkan atau disimpan semula walau dengan apa cara sekalipun. Jik tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 13 September 2021
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,582
  • WpVote
    Votes 13,061
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,671
  • WpVote
    Votes 4,871
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."