areys1996's Reading List
5 stories
Senja Untuk Azdihar |OG| by mochaagirlf
Senja Untuk Azdihar |OG|
mochaagirlf
  • Reads 23,698
  • Votes 1,134
  • Parts 16
Senja Aafraen, merupakan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang berada. Dia dibesarkan dengan kekayaan daripada kedua ibu bapanya yang terkenal kerana mempunyai sebuah syarikat antarabangsa yang sudah bercabang di beberapa negara. "Sun, mama tak pernah halang Sun nak buat apa-apapun dalam hidup ni. Tapi, Sun yakin nak kahwin dengan pilihan Sun? Macam mana kalau Sun tak biasa hidup dalam keadaan macam tu?" - Datin Seroja Harta bukanlah segalanya buat Senja. Malahan, alasan sebenar dia mampu membuat keputusan itu juga kerana dia mahu hidup yang sederhana. Kerana cinta pandang pertama kepada seorang penghantar makanan itu juga merupakan salah satu alasan. "Kalau keputusan Sun itu dapat membahagiakan Sun, mama dan papa merestui hubungan Sun dan dia. Kami juga tumpang bahagia." - Dato' Aaron "Moon pun tumpang bahagia untuk Sun. But remember, if he hurts you just tell me quickly. I'll make sure he deserves the same thing but more than what he did." Selene Aarezn Kasih sayang keluarga kepadanya tiada batas. Melepaskan bukanlah mudah tetapi melepaskan itu tanda sayang mereka kepada si bongsu. "Awak yakin nak kahwin dengan saya? Saya ni kerja food rider je. Gaji pun tak tahu cukup atau tidak nak bagi makan awak." - Azdihar Numair Azdihar Numair pilihan hati. Senja bukan perempuan yang memandang harta dan rupa tetapi hati yang ikhlas menerimanya. "Kenapa perlu ragu dengan saya? Awak ingat saya ni mintak dengan company awak untuk hantarkan makanan saya setiap hari tu saja-saja ke?" - Senja Aafraen Namun, disebalik kerja Azdihar Numair sebagai seorang rider food grab, terdapat seribu satu rahsia bahkan lebih. Apakah rahsia-rahsia itu? Adakah ia mampu meruntuhkan mahligai bahagia rumahtangga Senja Aafraen dan Azdihar Numair?
Kau Aku Kita [C] by cikbutterfly__
Kau Aku Kita [C]
cikbutterfly__
  • Reads 600,310
  • Votes 22,164
  • Parts 53
Siri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perasaan biasa tapi lama kelamaan dia dapat merasakan dirinya sudah tertarik dengan gadis cantik tersebut dan bertekad untuk memiliki hati gadis itu. Puteri Hasya. Seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dengan kulitnya yang sawa matang. Seorang anak tunggal dan yatim piatu. Ibunya meninggal selepas melahirkannya dan bapanya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia dibesarkan oleh neneknya. Eriq Iskandar. Seorang lelaki yang kacak yang baru menetap di kampung tersebut setelah dihantar oleh ibubapanya untuk sementara waktu dibawah pengawasan atuk dan neneknya "Awak, nah duit awak jatuh tadi" panggil Hasya apabila ternampak duit itu jatuh dari poket seluar Eriq tanpa dia sedar. Eriq mengambil duit tersebut lalu beredar tanpa mengucapkan apa apa. "Elemekk mamat ni bukan nak cakap terima kasih. Dah lah kerek senyum pun tidak nyampah aku" bebel Hasya apabila Eriq sudah jauh kehadapan. ⚠️ 100% from my brain before sleep ⚠️ no plagiat ⚠️ harsh words luv you, cikbutterfly 🦋🤍 Start : 2 Januari 2024 End : 24 June 2024
MARYAM | Best Seller  by pena4kayu
MARYAM | Best Seller
pena4kayu
  • Reads 59,506
  • Votes 1,210
  • Parts 28
Blurb/ Sinopsis: Empat tahun Maryam belajar bangun dari runtuhan hati, tetapi hanya untuk runtuh semula setelah Karl muncul tanpa disangka. Karl itu kebodohan silamnya. Dan munculnya lelaki itu bukan dengan status kosong. Dia muncul dengan status sebagai kekasih orang. Maryam mesti kuatkan jiwa, tetapi sampai bila? Karl begitu menduga dan dia tidak tahan diduga. "I hope one day you'll find your heart back, supaya awak boleh belajar menjadi manusia semula." - Maryam "Jangan cabar saya, Maryam. You wouldn't like to see what happens when you fight fire with fire." - Karl Karl tak sudah-sudah menuduhnya bersalah. Salah lelaki itu sendiri, kenapa tak dibahaskan? Atau memang masih ada cinta yang tersimpan antara mereka berdua? "Karl, awak dah janji." "Janji apa?" Tenang langkah Karl mendekatinya. Huru-hara hatinya. "Awak... awak dah janji takkan takkan sentuh saya. Saya setuju tinggal dengan awak sebab awak dah janji." "Hurm..." Hanya itu jawapan Karl. Langkahnya semakin pasti mendekati Maryam. "Dah ditakdirkan malam ni saya tak nak tepati janji tu." Kalau benarlah masih ada cinta, Maryam minta dilepaskan. Banyak hati yang perlu dijaga. Malah, Karl bukan lagi idaman, tetapi ancaman! "Awak kesilapan terbesar saya, Maryam. Awak tak patut hidup dalam hati saya. Awak patut mati." - Karl Ada cinta yang belum habis. Ada kesumat yang belum tamat dan ada sengketa yang perlu dileraikan, sedangkan waktu terus berdetik. Lambat satu saat, mungkin ada nyawa yang akan pergi. "Saya nak buat apa dengan dia?" "Bunuh dia." °° Jualan secara online sahaja °° Tiada di kedai buku °° Wasap +6010-449 7835 untuk pembelian
Elena  by misssaira
Elena
misssaira
  • Reads 24,929
  • Votes 453
  • Parts 5
Kesalahan masa lalu menjadikan Elena dibenci suami sendiri. Hidup dalam kebencian rupanya tak semudah membolak-balik telapak tangan. Dia perlu kesabaran dan kekuatan. Hinaan, cacian, bentakkan, kekasaran bahkan pukulan bertubi-tubi dia dapatkan dari insan yang bergelar suami.vWalaupun begitu, Elena masih mahu bertahan. Namun, selama mana tahan itu mampu dia pikul jika yang dibenci suaminya bukan hanya dia, melainkan anak-anak mereka juga. Spin off DERITA AZAHRA.
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
MY 'RUDE' WIFE
ByCikNorCinta
  • Reads 2,511,660
  • Votes 28,558
  • Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?