Nurul_881's Reading List
7 stories
Our Last Moment  by MrsqueenEll
MrsqueenEll
  • WpView
    Reads 646
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 5
Erhan Radzi || Majida Start: 17/1/2025 End : -19/2/2026 Rank ! No 24 Erhan bukan lelaki biasa. Di sebalik ketenangannya, tersimpan luka yang tak pernah sembuh. Kehilangan demi kehilangan, pengkhianatan yang menikam dari belakang, dan satu kesilapan yang terus menghantuinya tanpa belas. Demi keluarga, dia pernah mengorbankan cinta yang paling bermakna. Gabriella ditinggalkan tanpa penjelasan... tanpa peluang untuk mempertahankan. Erhan menyangka itu pengorbanan yang perlu, tanpa sedar, perpisahan itu menjadi permulaan kepada kehancuran yang jauh lebih besar. Bertahun-tahun kemudian, selepas hotel Delvira berjaya ! Hasil kerja keras dia selama ini . Erhan muncul dengan kehidupan yang tampak sempurna. Bersama Majida, wanita yang bakal dinikahinya, dia merancang sebuah masa depan yang kelihatan tenang. Namun di sebalik keputusan itu, tersembunyi satu tujuan.Erhan tahu Majida tidak pernah benar-benar ikhlas. Cinta wanita itu bersyarat, terikat pada harta dan kedudukan. Dan kerana itu... Erhan memilih untuk bermain dalam permainan yang sama, menyusun strategi dalam diam. Segalanya berubah apabila Gabriella kembali,bukan lagi wanita yang pernah dia kenal. Bersamanya hadir rahsia lama yang belum terungkap, dan kebenaran yang mampu meruntuhkan segala yang Erhan cuba pertahankan. Kepercayaan mula retak. Perasaan lama bangkit tanpa izin. Dan Erhan terperangkap di antara dua pilihan yang sama-sama menghancurkan mempertahankan kehidupan yang dibina atas kepura-puraan, atau menghadapi masa lalu yang penuh luka... dan mungkin tidak lagi memaafkan. Dalam dunia yang dipenuhi pengkhianatan, obsesi, dan dendam yang belum selesai... setiap pilihan menuntut harga. Dan kali ini, Erhan mungkin terpaksa kehilangan segalanya.
CintaRemajakuu🤍  (ON GOING) by hasyalerr
hasyalerr
  • WpView
    Reads 12,736
  • WpVote
    Votes 570
  • WpPart
    Parts 37
Alicia dan Adrean sudah saling mengenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, yang dikenali bukanlah kenangan manis, tetapi pertengkaran kecil yang hampir berlaku setiap hari. Mereka sering berbeza pendapat Alicia yang lantang dan tegas, manakala Adrean pula keras kepala serta sukar mengalah. Guru dan rakan-rakan sudah lali melihat mereka berbahas walaupun hal yang remeh. Namun, masa mengubah banyak perkara. Setelah melangkah ke alam dewasa, masing-masing memikul tanggungjawab besar terhadap mereka. Suatu hari, satu keputusan yang berat terpaksa dibuat kedua-dua keluarga bersetuju untuk menyatukan mereka. Bagi Alicia, keputusan itu ibarat beban yang tidak pernah diminta. Bagi Adrean pula, ia adalah pengorbanan yang tidak dapat dielakkan. Hari demi hari selepas perkahwinan, hubungan mereka penuh dengan kekok dan jarak. Mereka berbual hanya bila perlu, dan banyak perkara diselesaikan tanpa melibatkan hati. Namun sesuatu yang pelik mula berlaku. Semakin lama mereka tinggal sebumbung, semakin mereka belajar memahami antara satu sama lain. Pertengkaran yang dulu seperti perang kecil kini berubah menjadi gurauan halus yang kadang-kadang mencetuskan senyuman. Alicia mula menyedari bahawa Adrean bukanlah sekeras yang disangkanya, manakala Adrean melihat sisi lembut Alicia yang tidak pernah ditonjolkan di sekolah dahulu. Tapi dalam hati masing-masing, satu persoalan masih belum terjawab Adakah hubungan ini sekadar tanggungjawab... atau perlahan-lahan berubah menjadi cinta?
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,602,718
  • WpVote
    Votes 72,303
  • WpPart
    Parts 91
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Ketiga-tiganya bagaikan api yang menyala. Langsung tidak mahu mengaku kalah. "Hello Cik Adik kurang manis. Kau ingat kita orang bertiga nak mengorat kau? Jangan perasan!" - Bagi pihak lelaki juga tidak mahu kalah. Masing-masing tidak akan meletakkan ego ke tepi. "Dulu benci, sekarang apa?" "Sekarang sayang sampai ke Syurga" Start : 13 April 2024 End : 19 Julai 2024 [ Story ke-13 ]
[EBOOK] SITI ROSHAYU : The Psycho Wife [✔︎] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 66,325
  • WpVote
    Votes 855
  • WpPart
    Parts 11
"A... Ayu, jangan la macam ni. Abang..." - HAYDEN HAFIZI "Enough. Sekarang tak ada bantahan. Abang tetap kena terima hukuman" - SITI ROSHAYU SITI ROSHAYU. Seorang wanita dan seorang isteri yang pantang jika suaminya terlayan perempuan lain. Jika dia tahu, bakal dia beri hukuman pada suaminya. Bagi Ayu, suaminya harus melayani dirinya seorang sahaja. "Aku nak kau minta cerai dengan Hayden." - PUAN ANITA Hanya di sebabkan tidak dapat lahirkan zuriat kerana mandul, Ibu Hayden membuat keputusan untuk pisahkan anaknya dengan Ayu. Ayu mula rasa tercabar sehinggalah suatu malam itu... "Kau... kau memang betina mandul!" - PUAN ANITA "Apa? Apa mama cakap?" - SITI ROSHAYU "Betina mandul!" - PUAN ANITA Zap! Adakah rahsia pembunuhan Ayu terhadap ibu mentuanya akan kekalsampai bila-bila? Adakah juga bila Hayden tahu, Ayu bakal di ceraikan oleh Hayden? "To be honest, Ayu yang bunuh mama abang." - SITI ROSHAYU --------------------------- ⚠️REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP DAN YANG MATI. ⚠️NAK KATA MATANG TU TAK LA KOT. SEMUA BOLEH BACA TAPI JANGAN SAMPAI BAWA DUNIA LUAR. ⚠️KENALI SAYA, CEO OF TYPO DAN KESALAHAN BANYAK TATABAHASA. MOHON KOMEN AJE YANG MANA SALAH. ⚠️KALAU TAK KENA DENGAN CITARASA STOP BACA DAN PERGI BACA BOOK LAIN. KALAU SEMUA TAK KENA JUGA, LANTAK ENGKO LAH. •asyik laki je psiko, perempuan pun ada psikonya juga.
[HIATUS] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 424,824
  • WpVote
    Votes 2,818
  • WpPart
    Parts 6
Dia pembantu rumah. Dia anak majikan. Dan perasaan itu... tak sepatutnya wujud. Mya Elmira hanya mahu menjalani hidup dengan aman. Patuh, diam, dan tidak menimbulkan masalah. Itu prinsipnya sejak bekerja di rumah keluarga Rayyan Mikhael. Namun segalanya berubah apabila Rayyan Mikhael pulang. Dingin, baran dan penuh ego, Rayyan tidak pernah memandang Mya sebagai sesiapa yang penting. Tetapi semakin dia cuba menjarakkan diri, semakin kuat Mya hadir dalam hidupnya. Di antara jeritan, salah faham dan jurang status, lahir satu perasaan yang tidak pernah dirancang. Apabila cinta mula menuntut keberanian, adakah Rayyan sanggup melawan dunia demi gadis yang dipanggil his little maid? _______________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️PERGI JAUH LA ASYIK NAK SERIUS JE. ⚠️MAAF KESALAHAN TYPO DAN TATABAHASA. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE KALAU TAK SUKA BOLEH STOP BACA.
What If I Never Love Again? by kiranashah
kiranashah
  • WpView
    Reads 15,690
  • WpVote
    Votes 83
  • WpPart
    Parts 1
Kisah cinta antara Adrian Khaer dan Irene Alvena tidak seindah yang disangka. Di sebalik kebahagiaan yang dibina, tersembunyi badai yang perlahan-lahan meruntuhkan segalanya. Mereka menyangka setiap ujian hanyalah takdir yang harus ditempuh bersama. Ego ditundukkan, dan kepercayaan diberikan sepenuhnya. Irene percaya, jika itu pengorbanannya, segalanya akan kembali seperti sediakala. "𝘞𝘪𝘭𝘭 𝘺𝘰𝘶 𝘣𝘦 𝘮𝘺 𝘸𝘪𝘧𝘦, 𝘧𝘰𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳?" - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐞𝐫 Namun dalam bahagia yang tidak terhingga, takdir mula menunjukkan sisi kejamnya apabila lelaki yang berjanji sehidup semati itu akhirnya menjadi luka paling dalam buat Irene. "𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢.. 𝘈𝘸𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘈𝘸𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘢𝘥𝘪?" - 𝐈𝐫𝐞𝐧𝐞 𝐀𝐥𝐯𝐞𝐧𝐚 Naluri dan firasat seorang isteri yang dikhianati tidak pernah hadir tanpa sebab. Bukan bermakna segalanya ialah bohong, namun ia tidak selalunya hadir bersama bukti. Sedikit demi sedikit, kebenaran terungkai. Setiap penipuan yang terbongkar menikam hati Irene tanpa belas kasihan. "𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘯𝘪𝘬𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘋𝘢𝘳𝘦𝘯𝘢 𝘏𝘢𝘯𝘳𝘦𝘲 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘪-" -𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐞𝐫 Dunia Irene hancur sekelip mata. Cinta yang selama ini dianggap abadi rupanya hanyalah sebuah ilusi. Dikhianati oleh suami sendiri, bersama sahabat yang paling dipercayai. Mampukah waktu menyembuhkan luka yang ditinggalkan oleh lelaki bermulut manis namun berhati iblis? Atau... adakah hatinya masih mampu untuk mencintai sekali lagi?
Bukan Cinta Pertama [✔︎] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 74,458
  • WpVote
    Votes 2,442
  • WpPart
    Parts 25
Kehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsung, ibu Qaseh mengawini anak kawannya iaitu ARIEL ASYRAF dengan anaknya untuk menghilangkan rasa kemurungan pada diri Qaseh. Qaseh terpaksa menerima kerana kesian melihat ibunya bersungguh-sungguh untuk membuatnya tersenyum kembali. Adakah selepas berkahwin dengan lelaki yang Bukan Cinta Pertama akan sama seperti Cinta Pertama Qaseh Qaisarah? "Saya tak kisah kalau saya Bukan Cinta Pertama awak .. tapi boleh tak kalau saya jadi orang pertama di hati awak, Qaseh Qaisarah?" - ARIEL ASYRAF "Walaupun awak Bukan Cinta Pertama saya.. tapi saya akan jadikan awak cinta terakhir buat saya, Ariel Asyraf" - QASEH QAISARAH "Kau jangan berharap yang Ariel akan sayang kau macam mana dia sayang dekat aku dulu la, Qaseh Qaisarah"- EMYLIA ZAHRA --------------------------- KARYA PERTAMA 2023. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA ⚠️MAAF KALAU ADA TYPO DAN KESALAHAN TATABAHASA. HARAP FAHAM DAN ABAIKAN. KALAU TAK FAHAM KOMEN. --------------------------- Start : 17 Februari 2023. End : 15 March 2023