𝓕𝓪𝓷𝓽𝓪𝓼𝔂🔮💜💙🔥
107 stories
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 166,964
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
The Royal Siblings by Dyra_Indira
Dyra_Indira
  • WpView
    Reads 30,895
  • WpVote
    Votes 3,489
  • WpPart
    Parts 106
Apabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah dia juga disebabkan tidak tengok jalan raya elok-elok dan kini dia dilahirkan kembali ke dalam salah satu watak yang tidak wujud didalam novel tersebut. Walaupun begitu, mengapa dia lelaki?!
THIRD LOVE:THE HISTORICAL by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 9,603
  • WpVote
    Votes 1,048
  • WpPart
    Parts 69
Sejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka dan sebahagian dari diri mereka. Namun,terdapat juga beberapa perkara yang tak tercatat dalam sejarah untuk kebaikan. Kebaikan untuk apa?Untuk dunia atau manusia sejagat? Mungkin untuk dunia,kerana kejahatan yang berlaku di dunia ini selalunya dimulakan oleh manusia yang dikawal dengan sifat kejahatan dalam diri mereka. Tapi,sejarah yang disembunyikan dari orang ramai juga akan rosakkan kehidupan seseorang yang berkaitan dengan sejarah tersebut. Seperti yang berlaku kepada Ruler of Asteon Kingdom. Sejarah yang disembunyikan oleh First Ruler of Asteon Kingdom,dapatkah dirungkai oleh Ruler yang terkini,iaitu Einhart von Asteon? START:31/8/2019 END:15/8/2021
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C] by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 123,388
  • WpVote
    Votes 9,597
  • WpPart
    Parts 143
Bekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui diri mereka.Siapakah dia? Pertembungan mereka bertujuh dengan seorang gadis misteri yang mempunyai hubungan dengan Mimi telah mengungkap segala misteri berkaitan mereka. Organisasi telah mendapat berita yang mengejutkan,iaitu perang akan dilancarkan oleh kerajaan Alvisa! Dapatkah perang itu dimenangi oleh mereka?Adakah Seven Princesses berjaya balas dendam dan membangunkan semula kerajaan mereka?Atau perkara yang akan terjadi,adalah sebaliknya..? START:Tak ingat😂 END:17 Disember 2018 [SILA BACA FIRST LOVE:SEVEN PRINCESSES,SEVEN SPIRITS OF ELEMENTALS TERLEBIH DAHULU]
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C] by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 50,852
  • WpVote
    Votes 4,196
  • WpPart
    Parts 51
Perkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh satu organisasi dan dibawa untuk bersembunyi dipangkalan organisasi tersebut. Ketujuh puteri tersebut mahu menyelamatkan rakyat mereka dan membangunkan semula kerajaan Alveon yang ditakluki oleh kerajaan Alvisa.Kerana mereka tiada perngalaman bertarung,ketua organisasi mengarahkan salah satu kumpulan elit organisasi untuk melatih mereka mereka.Kumpulan tersebut digelar sebagai Spirit of Elemental kerana tujuh jejaka dalam kumpulan tersebut dipercayai dirasuki semangat elemen,.Dapatkah ketujuh puteri tersebut memperolehi kekuatan untuk selamatkan rakyat dan membangunkan semula kerajaan mereka?
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 875,260
  • WpVote
    Votes 49,466
  • WpPart
    Parts 109
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia hidup. Apabila ditanya tentang ibunya, ayahnya langsung menukar topik. Hidupnya hanya seorang diri sahaja sehingga satu masa dia bertemu dengan Aleena Fannedella yang datang menolongnya daripada serangan Demon Ammande iaitu keturunan rasaksa yang tersesat ke dunia manusia kerana Pintu Averra telah rosak. Aleena Fannedella adalah gadis yang datang dari dunia aneh yang bernama Stellantra World. Aleena ditugaskan untuk membunuh semua Demon Ammande yang masuk ke dunia manusia sementara Pintu Averra dibaiki. Alenna amat terkejut apabila berjumpa Diandra yang dapat melihatnya sedangkan manusia sememangnya tidak berkebolehan melihat keturunannya. Dan disebabkan itu, Alenna yakin yang Diandra bukan manusia sebarangan dan dia membawa Diandra ke dunianya iaitu Stellantra World walaupun secara dipaksa. Apakah rahsia yang disembunyikan? Siapa sebenarnya Diandra Advilent? Kehadiran suara wanita di minda Diandra membuatkan Diandra makin mengenali dirinya yang bukanlah manusia biasa. Dan tiba harinya, wanita yang sering hadir dalam minda Diandra muncul memberi misi mencari sejenis penawar sumpahan di Hutan Orkida. Dan di sana, mulalah pengembaraan Diandra dan rakan rakannya. Disebabkan satu misi, semuanya berubah. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi? Apakah rahsia yang terbongkar? Siapa diri Diandra sebenarnya jika dia bukan seorang manusia?
Angel With A Shotgun by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 200,681
  • WpVote
    Votes 22,280
  • WpPart
    Parts 56
Kisah seorang remaja yang mendapat tittle 'The Strongest' pada umur yang sangat muda. Leon lah remaja tu! Masa silamnya yang mengubah dia menjadi luar biasa dan kuasa yang tidak normal itu hanya dia seorang yang miliki. Tapi, bila semua orang harapkan dia seorang saja...dia rasa macam dia tak perlu pun berada di situ. Jadi mula lah kisah dia mencari pengalaman mempunyai hidup yang lain dari yang lain... "Aik?! Tiba-tiba tuanku suruh aku jadi pelajar??" Leon terkejut. "Kesengsaraan kau adalah makanan aku..." Noel tersenyum. Apa yang akan jadi dekat manusia luar biasa bernama Leon ni? #1 [fantasy] 23/06/18 END: 12/08/18
The Demon Hunter (Completed) by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 47,374
  • WpVote
    Votes 3,860
  • WpPart
    Parts 81
#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai la baju ni!" ---- A-Xian. "Ni baju perempuan." ---- Ah Yin. "Hahaha!! Yin gege layak jadi perempuan pada pandangan mata A-Xian!" ---- Yu Yue. ********** Ini adalah cerita. Satu janji. Dua jiwa. Tiga dunia. Pengakhiran sebuah kisah cinta.
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,312
  • WpVote
    Votes 16,252
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
LAST HUNTER : DISTOPIA by mynameismas
mynameismas
  • WpView
    Reads 27,328
  • WpVote
    Votes 2,455
  • WpPart
    Parts 77
Kitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara Kitab Mirria ialah kitab pembawa sumpahan, Ara pula memerlukannya demi memastikan seluruh Rumah Agam dan lapan saudaranya itu tidak diapa-apakan.