Patriotik
5 cerita
The Night Knight Princesses ✔ oleh i_am_kacang
The Night Knight Princesses ✔
i_am_kacang
  • Membaca 226,583
  • Suara 13,923
  • Bagian 88
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di pertengahan jalan lalu sang raja membawa permata-permatanya pergi. Selepas 100 tahun berlalu, muncul beberapa pasang kembar. Sang pelindung, sang syaitan dan keturunan puteri yang ke-100. Cahaya mulai beralih arah. Kegelapan mula mengambil alih. Dua gadis dari Alam Syaitan bakal memporak-perandakan dunia, keturunan TNKP pula cuba melindungi. Sebuah kejadian yang tidak diduga bakal berlaku. Perang terbesar dalam sejarah dunia bakal tercatat. Tanggungjawab puteri-puteri ke-100 dipenuhi bebanan. Kemampuan puak cahaya dan kegelapan bukanlah halangan buat si syaitan. Sang puteri yang cantik rupawan juga manis dipandang, perilaku yang lembut sungguh menarik. Berbeza dengan sang syaitan yang liciknya tidak terkata. Dikatakan bahawa ketika itu, dua orang syaitan bakal membantu sang puteri. Kuasa puak bakal berubah. Hidup atau mati? Itulah tanggungjawab puteri-puteri dan para pelindung mereka. Start : 10/6/2018 End : 11/12/2019 Best achievements : #2 in adventure #14 in fantasy #3 in war ⚠️ It's a childishly written novel ⚠️ ⚠ WARNING! ⚠ ✏ Rys takde idea, Rys menyemak dalam mana-mana bab ya. Mohon bersabar :) ✏ Typo berterabur, plot tunggang-terbalik ✏ Gaya penulisan yang berterabur dan tidak matang ✏ Penulis merepek apabila kehilangan idea ✏ Kemunculan watak dan kuasa yang agak banyak yang membuatkan penulis pening, maka korang juga akan pening ✏ Kalau ada scene lawan or perang, macam tak best and tak syok ahaha Rys tak halang korang baca, selagi mampu tahan pening tu, baca jelah huhu. ('∀`) Thanks guys ♡
UMAR MIKAEL © oleh thusfthi
UMAR MIKAEL ©
thusfthi
  • Membaca 1,389,699
  • Suara 39,775
  • Bagian 42
COMPLETE °Kadang-kadang pengorbanan diperlukan untuk membina sesebuah perhubungan° Pertemuan di antara Tengku Mikael dan Durriyatul Umairah telah menyemai satu perasaan cinta yang sangat sukar ditafsir. Sikap Durriyatul Umairah yang keras kepala sering menduga ego Tengku Mikael. Walau sekeras mana hati seorang lelaki, dia pasti akan cair apabila disimbah dengan perasaan cinta yang suci. Walau bagaimanapun, Tengku Mikael mempunyai rancangan yang tersendiri untuk membuatkan Durriyatul Umairah jatuh padanya. Benarlah kata orang, ego lelaki mampu menghancurkan segalanya. "Boleh tak kau pakai something yang agak menarik sikit. Sexy is better for you. Sakit mata aku kalau hari-hari menghadap kau begini. Kalau boleh aku nak kau free hair. Baru sedap mata memandang." - Tengku Umar Mikael Sungguh tidak masuk akal permintaan Tengku Mikael. Akhirnya penampar Durriyatul Umairah hinggap pada pipi Tengku Mikael. Ego lelaki itu makin tercabar apabila belum ada lagi perempuan yang berani menamparnya begitu. Akhirnya Tengku Mikael mengatur satu rancangan untuk memerangkap Durriyatul Umairah. Tapi siapa sangka, rancangan itu akan memakan diri Tengku Mikael juga apabila dia jatuh cinta pada Durriyatul Umairah. "Maaf Tengku. Saya tak dapat ikut kemahuan Tengku. Permintaan Tengku untuk menyuruh saya dedahkan aurat saya sangat tidak masuk akal. Lagipun bukan Tengku yang akan menanggung dosa saya kelak. Jika beginilah sikap Tengku, saya perlu meletakkan jawatan." -Durriyatul Umairah 📣Update : Random 🔓Start : 5/07/2018 🔒End : 1/2/2019 🌱 #WattysAward2016 : Hidden Gems/Permata Yang Tersembunyi Sebarang typo/kesalahan tatabahasa haraplah dimaafkan kerana author tidak sempat untuk edit kesemua bab yang telah dipublish semula.
Hati Yang Tersakiti (Complete)  oleh lavenderyana
Hati Yang Tersakiti (Complete)
lavenderyana
  • Membaca 812,832
  • Suara 24,963
  • Bagian 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
Isteri Yang Dibenci oleh ShafinasBakri
Isteri Yang Dibenci
ShafinasBakri
  • Membaca 237,232
  • Suara 5,384
  • Bagian 24
"Kalau suatu hari nanti kau jatuh cinta dekat aku, kau jangan harap aku akan balas cinta kau. Aku sayangkan Dania. Aku akan halalkan hubungan aku dengan dia. Dan tak mungkin aku akan teruskan perkahwinan kita untuk selamanya" - Naim Lufias Demi untuk menunaikan permintaan ibunya, Nura Afiqa terpaksa memperjudikan masa depannya untuk berkahwin dengan lelaki yang begitu membencinya. Nura Afiqa redha, dirinya dijadikan musuh meskipun Naim Lufias telah sah menjadi suaminya. "Sebesar mana pun cinta dan pengorbanan yang saya beri pada awak, awak tak akan boleh nampak. Sebab saya tak pernah wujud dalam hidup awak, walaupun awak segalanya untuk saya" - Nura Afiqa Mungkinkah Nura Afiqa berjaya membuka hati Naim Lufias dan meruntuhkan tembok benci Naim Lufias terhadap dirinya? Akan terhapuskah cinta mati Naim Lufias untuk kekasihnya Dania Adawiyah? "Awak. Saya ni akan tetap jadi isteri yang dibenci sampai ke akhir nafas saya ke?"
The One (Yang Terunggul) oleh karyaseni2u
The One (Yang Terunggul)
karyaseni2u
  • Membaca 39,345
  • Suara 785
  • Bagian 10
Tajuk: The One (Yang Terunggul) Penulis: Melur Jelita Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-63-0 Harga: RM40 (Semenanjung) // RM43 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni “KALAU saya jadi bunganya?” “Saya jadi tukang cantasnya!” “Kalau saya jadi cincinnya?” “Saya jadi tukang gadainya!” “Kalau saya jadi kumbangnya?” “Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!” Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop. Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara. Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...