chies0mies_'s Reading List
9 stories
Hikayat Insan Nayanika by dinasayfu
dinasayfu
  • WpView
    Reads 7,134
  • WpVote
    Votes 792
  • WpPart
    Parts 32
Sungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supaya dapat merahsiakan dirinya yang sebenar tanpa terbongkar atau dibongkari? Seroja yakin bahawa amat sukar bagi dirinya untuk orang ramai tidak tertarik akan dirinya. Kerana matanya yang lain daripada yang lain, maka dia yakin ramai orang akan tertarik pada dirinya. Nayanika. Ya, Puteri Syarifah Seroja memiliki mata yang indah dan memancarkan daya tarikan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini semua kerana mata kanannya yang berwarna biru itu pasti menjadi tumpuan ramai. Selepas beberapa hari terperangkap di kerajaan musuh. Hari demi hari dia merasa masa berjalan sangatlah perlahan. Lukanya pula ambil masa agak lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan dirawati oleh tabib istana. Hatinya gusar. Dia tidak boleh buat sesuatu tindakan sesuka hati. Pertemuan Puteri Syarifah Seroja dengan dia membuatkan sang puteri gusar. Gusar akan keselamatannya dan orang sekelilingnya. Adakah rahsianya akan terbongkar? Adakah rohnya masih kekal dalam jasadnya setelah terperangkap di kerajaan musuh? Atau sebaliknya? status: slow update
KOMA (Terbit) by TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    Reads 5,196
  • WpVote
    Votes 411
  • WpPart
    Parts 16
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN AHA‼️ Dapatkan KOMA di shopee @ahashoppe2020 segera ⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakter mahupun pembaca. 🚫Read at your own risk🚫 ----- "Apa kau buat ni, Alya?" "Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah." "Dah benda memang haram." "Haram?" Alya berdecit. "Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar. "...Islam dah lama mati." ----- Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya. Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran. Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang. Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun... kerana andai bukan mereka, siapa lagi? ;D-42 ----- - 35% dakwah/islamic - 50% dystopian - 10% sci-fi - 5% dark fantasy
HIKAYAT INDERA (new story) ✔️ by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 780
  • WpVote
    Votes 142
  • WpPart
    Parts 3
Putera Arjuna, pewaris takhta terakhir Indera. Hidup di sebalik bayang-bayang ciptaan, jauh daripada pengetahuan rakyat jelata. Kewujudannya tidak boleh diketahui sesiapa. "Setapak tuanku melangkah ke medan perang, sepurnama hukuman penjara bawah tanah bakal menyusul. Ini adalah amanat Sultan Malik." -Tun Bidik "Ayahanda berikanku kelebihan kerana aku layak sedang engkau tidak, kanda." -Pekan Dalam susup kegelapan malam, seringkali takdir menemukan dengan seorang rupawan. Rupanya elok bak bidadari, kepandaian berlawan lagi mengkagumkan diri. Semakin lama duduk di rantaian pertemuan, sang gadis berjaya memikat hati. Dialah Balqis, Ratu kerajaan Srinari penyembah Tuhan api. "Tidak mengapa jika Tuhan kita berbeza. Kanda masih boleh melakukan ibadah, dinda pula dengan ibadah sendiri." -Ratu Balqis. "Usah kau singkap kainmu ketika melangkah ke istanaku." -Putera Arjuna Satu istana tidak tahu bahawa puteranya sedang menjalinkan cinta dengan seorang ratu musyrik. Agama di dada sudah berbeza, semampu mana sang putera mahu menundukkan seorang ratu untuk mengagungkan Tuhan yang Esa . Sampailah di suatu ketika Pekan berjaya menghidu tingkah saudaranya. Lebih parah, musuh jua telah mengetahui kewujudan pewaris terakhir darah Indera. Dua biji mata berlensa zamrud, setiap titisan darah... Mula menjadi taruhan musuh durjana. "Aku akan lindungi engkau kerana kau saudaraku. Selamatkan dirimu, Pekan. Setidaknya bonda masih memiliki seorang anak di istana." Cinta, aqidah dan takhta.
ANDIKA : Sebuah Kisah Pendek Puteri Bunian Bulan by AliffMustafa96
AliffMustafa96
  • WpView
    Reads 766
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 1
Mengisahkan tentang kelahiran Putera Andika dan bagaimana baginda membesar menjadi pahlawan teragung Nusantara
 Langkasuka (og)  by Hanid_25
Hanid_25
  • WpView
    Reads 172
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 5
Setelah 18 masihi sejak kejadian yang menimpa Langkasuka, Tengku Azelia Nafisah bersama pembantunya, Cik Mas, menjadi pelarian. Diburu dan dicari untuk dihapuskan Mula :12 Oktober 2024 Tamat :
P H A R A O H by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 93,400
  • WpVote
    Votes 11,546
  • WpPart
    Parts 22
(A FIRAUN RETELLING) CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA Zaman Fatrah adalah zaman kemuncak kesesatan dunia. Satu era di mana tiada rasul diutuskan. Tiada penyeru hidayah yang membetulkan. Hidup bertuhankan nafsu semata-mata. Membuas dan merakus dalam setiap jiwa. Tiada petunjuk. Tiada jalan yang lurus. Di era sukar ini, wujud raja yang mengaku tuhan. Pharaoh Alexander. Lelaki kejam dan cilik. Membunuh itu hobinya. Darah itu kegemarannya. Menyeksa itu hiburannya. Dirinya digeruni segenap dunia. Disembah seperti tuhan. Dipuja seperti pemilik alam. Namun wujud juga di sisi lain, seorang pemuda sederhana. Allah itu Tuhannya. Nabi Isa itu nabinya. Millah itu agamanya. Pedang Allah nama diberi, Saefullah. Niatnya hanya satu. Membetulkan segala pegangan manusia era ini. Menjadikan semua hanya beriman pada Yang Satu. Menyebarkan kembali agama yang mulai luput. Namun di penghujung cerita, segalanya berubah. Takdir Tuhan mengatasi segalanya. Dunia sendiri terkedu dengan aturan-Nya. "Aku bukan tuhan, aku hanya hamba." Rujukan kitab berkenaan agama nasrani: (قصص النبيين جزء ٤) 1. Qisasun-nabiyyin juzuk 4. Karangan Abul Hasan Ali Al-hasani An-nadwi (تفسير الجلالين) 2. Tafsirul Jalalain. Karangan Imam Mahalli dan Imam Suyuti. (الرحيق المختوم) 3. Ar-rahiqul makhtum. Karangan Safiyyurrahman Al-Mabarkafuri. 4. Fadhail Amal. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. 5. Fadhilat Sedeqah. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. (القرآن الكريم) 6. Al-quranul karim. Cover by @ummulemonade
Angel Of Sorrow by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 218,200
  • WpVote
    Votes 15,984
  • WpPart
    Parts 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar belakang. Apa identiti sebenar Eric? Pelajar-pelajar lain tertanya bagaimana dia dijemput walaupun tiada siapa pernah dijemput ke akademi elit itu. Aries, makhluk yang menyerang kerajaan-kerajaan menjadi satu ancaman. Apa yang akan terjadi?? #12 [28/12/2018] Start: 4 November End: -
Alice's Adventures in Wonderland (1865) by LewisCarroll
LewisCarroll
  • WpView
    Reads 1,240,110
  • WpVote
    Votes 13,077
  • WpPart
    Parts 12
"Alice's Adventures in Wonderland" tells of a girl named Alice who falls down a rabbit hole into a fantasy world populated by peculiar, anthropomorphic creatures. The tale plays with logic, giving the story lasting popularity with adults as well as children.
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,912
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..