Koleksi Buku Mizuki_Anazuki 😍
4 stories
ADAM by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 16,544
  • WpVote
    Votes 1,603
  • WpPart
    Parts 62
Disebalik topeng yang pelbagai. Tersoroknya wajah seseorang yang tidak mahu dirinya dikenali ramai. Dia hanya terkenal kerana namanya dan kemampuannya dalam menjiwai watak-watak anime sebagai 'Cosplayer'. Dia bukan manusia yang hebat di mata manusia lain kerana hanyalah si lemah yang tiada sesiapa mahu mendekatinya jika dia ialah dirinya di dunia realiti. Namun, jika dia ialah Ace Volmera, tiada sesiapa yang mahu melepaskan pandangan mata mereka daripada dirinya kerana mereka mahu lihat wajah disebalik topeng itu. Ace Volmera bukan hanya seorang yang minat cosplay malah dia juga ada misi yang dia perlu laksanakan iaitu 'tugas untuk menghukum seseorang dengan bayaran' atau lebih tepat sebagai pembunuh upahan. Tetapi dia tidak mahu dirinya digelar sebagai pembunuh upahan kerana baginya dia berbeza. Dia tidak akan bunuh seseorang tanpa bukti kukuh dan sebab kukuh untuk dia hapuskan orang itu. Ace Volmera yang melakukan tugas sedemikian dikenali dengan nama Koroshi Vlad. Tidak seorang pun tahu siapakah dalang disebalik pembunuhan misteri itu kerana mereka hanya tahu 'Koroshi Vlad' ialah pembunuhnya. Tetapi 'Koroshi Vlad' sebenarnya ada misi penting, iaitu membunuh Karim Erwan demi membalas dendam terhadap pembunuhan bapanya.
IAN ZAIN by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 5,590
  • WpVote
    Votes 924
  • WpPart
    Parts 61
Hidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yang bakal menarik dirinya untuk mengenali diri sebenarnya. Siapakah nama dia? Siapakah dirinya? Mengapa dia sedemikian?
DETEKTIF YAKUZA [2] by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 1,029
  • WpVote
    Votes 117
  • WpPart
    Parts 12
Hidup dalam dua berbeza bukan mudah bagi seorang remaja bernama Tsukishima Zen atau nama lainnya, Mohd. Zamir Bin Mohd. Rusli. Perubahan namanya bukan kerana suka-suka tetapi kerana dirinya memiliki rahsia besar tentang keluarganya. Dia bukan orang biasa. Kemunculan seorang gadis di hadapannya telah membuatkan dirinya berasa kagum. Dia tidak tahu sebab sebenar gadis itu berusaha untuk lindungi dirinya tetapi entah mengapa gadis itu sering muncul di hadapannya. Bagaikan satu takdir untuk mereka berdua. Dia mula rasa dirinya dihargai dan dia mahu miliki gadis itu. Tetapi dia tidak mahu menunjuk dirinya yang sebenar. Dia bimbang gadis itu akan lari kerana ketakutan. Mampukah dirinya memiliki hati gadis tersebut?
DETEKTIF YAKUZA by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 19,461
  • WpVote
    Votes 1,964
  • WpPart
    Parts 96
Hidupnya bagaikan halimunan di mata dunia kerana dirinya memiliki pelbagai nama. Namun, beberapa manusia yang tidak pernah wujud dalam kehidupannya sebelum ini telah mengetahui identiti sebenarnya. Mampukah dia terus hidup bersembunyi atau dia hanya menjawab persoalan yang ada dalam minda mereka itu? Bagaimanakah perjalanan yang bakal dia tempuhi selepas ini? Apakah rancangannya? "Aku lakukan semua ini demi menjaga keluarga aku dan nyawa aku." - Jauhari Shin. "Saya setia di sisi Abang Zao. Nyawa saya untuk abang saya." - Faiz. "Aku hanya ikut arahan. Tuan Zao tahu apa dia lakukan." - Umar. "Sebelum ni cakap lain. Sekarang awak cakap lain." - Aqila. "Siapa nak ganti ayah jadi ketua Ame Sakura kalau ayah tak ada nanti?" - Shin Kawazaki. "Kau tak akan lepaskan aku selagi aku tak terima tawaran kau, kan?" - Ardin. "Saya memang pakai macam ni sejak dulu." - Jessica.