Kegemaran saya
21 stories
Ericsson: Si Penyihir Immortal by Choco_mint2704
Ericsson: Si Penyihir Immortal
Choco_mint2704
  • Reads 31,614
  • Votes 3,507
  • Parts 37
Ericsson merupakan seorang budak remaja yang tinggal bersendirian di sebuah kawasan Hutan Evergreen yang tidak dapat ditemui oleh sesiapa. Kerana kesepian, dia mempelajari banyak perkara tentang magis termasuklah mempraktikkan magis purba yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Dia juga belajar mencipta & menghasilkan boneka magis yang mirip seperti manusia & memiliki pemikiran malah emosi yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, dia juga memiliki kelebihan untuk berkomunikasi dengan haiwan malah menjadi sahabat dengan mereka. Bukan itu sahaja, Eric mampu menghasilkan ubatan herba malah Potion/serum yang tidak dapat dihasilkan oleh orang lain. Walaupun begitu, kehidupannya berubah sebaik saja seorang pemuda telah menemuinya ketika dia sedang memburu di hutan. Sehingga tanpa dia sangkakan, akan menerima sebuah tawaran untuk ke sebuah akademi magis yang sangat luar biasa. Walaupun begitu, dia pada mulanya menolak tetapi atas beberapa alasan, akhirnya dia menerima tawaran itu. Tapi banyak perkara yang dia tidak tahu berkaitan dunia luar. Begitu juga dengan perubahan peredaran zaman sejak di berada di dalam hutan itu. Eric bukan saja mahu memasuki akademi itu malah dia juga mahu mencari kedua-dua ibubapanya yang hilang tanpa jejak. Membesar bersama puak raksasa mistik yang ditakuti oleh manusia bukanlah sesuatu yang sangat menyenangkan bagi orang lain tapi tidak pada sang remaja itu. Mampukah Eric menemui kedua ibubapanya yang hilang tanpa jejak itu? Siapakah puak raksasa mistik yang menjaga Eric itu? Ikuti kisah Ericsson Walker dalam pengembaraannya untuk mencari identiti dirinya itu...
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete] by Choco_mint2704
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
Choco_mint2704
  • Reads 137,181
  • Votes 12,969
  • Parts 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kerajaan kerana sebuah kejadian sehingga bangsa ini pupus melainkan Yuki yang kini merupakan bangsa yang terakhir. Disebabkan dia berbeza dari yang lain, dia di pulaukan oleh budak-budak yang seumur,lebih tua darinya atau lebih muda darinya kerana itu dia tidak mempunyai sahabat walaupun disayangi oleh penduduk di kampungnya atas jasa kebaikan yang dia buat. Tetapi dia tidak kisah, dia tetap bahagia kerana masih ada orang yang menyayangi nya. Apakah perkara yang akan Yuki hadapi selepas ini?Adakah hidupnya akan berubah? Adakah dia akan bertemu sahabat yang sudi bersamanya? Ikuti Kisah Hidup Yuki dalam meneruskan kehidupannya Tanpa Orang yang tercinta malah tanpa suaranya.
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed] by Choco_mint2704
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
Choco_mint2704
  • Reads 174,535
  • Votes 15,468
  • Parts 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh keluarga nya sendiri kecuali ibu & abangnya. Hadi gembira sangat yang ibu & abangnya masih sayangkan dia. Tapi hidupnya mulai berubah sedikit demi sedikit. walaupun perit dia tetap perlu mengharungi cabaran itu. Kehidupan nya juga tidak semudah yang dia sangkakan, terutamanya pada waktu persekolahan nya. Ramai yang memandang rendah pada nya sehingga dia kerap dibuli. pelbagai perkara & peristiwa yang perit harus dia tempuhi. Daripada kehilangan segalanya kepada mempunyai sesuatu yang berharga. mampukah Hadi mengharungi cabaran itu? apakah yang sebenarnya terjadi sehingga buatkan keluarga nya membenci diri Hadi? ikuti kisah Hadi Haikal, budak bersayap hitam.
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam by Choco_mint2704
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
Choco_mint2704
  • Reads 63,270
  • Votes 6,175
  • Parts 74
Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup jauh dari masyarakat manusia biasa bagi menyembunyikan rahsia mereka sementara yang sudah dibesarkan bersama para Awakend yang lain mungkin merasai hal itu cuma biasa.i Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Syed Qaiser. Dilahir dengan kuasa yang hebat malah luar biasa. pakar dalam semua perkara & hidup berdikari malah tinggal bersendirian & hanya bertemankan seekor sahabat berbulu. Tapi dipinggirkan oleh kumpulan sendiri yang hanya memandang dirinya dengan sebelah mata kerana pendiam tanpa mengira kekuatan & kelebihan dirinya itu. Bagi kumpulan lain yang menghargai, pasti merasai kerugian sementara yang pandang sebelah mata padanya hanya menghina dirinya. Walaupun begitu, dia tidak kisah akan suasana & caranya dilayan. Dia hanya meneruskan hidup sebagai awakend yang memiliki kuasa luar biasa yang tiada pada manusia biasa. Ikuti kisah selok-belok perjalanan Hidup Qaiser sebagai seorang remaja yang bergelar sebagai Hero yang pendiam.
Rayyan:Budak Serigala Hybrid by Choco_mint2704
Rayyan:Budak Serigala Hybrid
Choco_mint2704
  • Reads 4,352
  • Votes 567
  • Parts 13
Rayyan merupakan seorang remaja muda yang telah menjadi manusia Serigala Hybrid yang hasilnya daripada menjalani pelbagai eksperimen gila yang sangat menakutkan. Walaupun begitu, hidupnya mulai berubah setelah bertahun-tahun menderita sebagai spesimen ujikaji manusia yang kejam & tidak berhati perut. Kini, dia mulai menjalani hidup normal bersama keluarga angkatnya. Senormal mana pun kehidupan Rayyan, pasti akan ada cabaran yang dia harus hadapi sebagai Manusia Serigala Hybrid walaupun dia hidup di dunia fantasi yang memiliki pelbagai bangsa berbeza seperti bangsa manusia atau bangsa beast. Apa yang lebih menyedihkan, dia juga harus menderita dengan kesan sampingan yang terjadi akibat hasil daripada eksperimen merbahaya yang pernah mengancam nyawanya dulu. Akan tetapi, kes yang sama seperti Rayyan itu mulai berulang lagi sebaik saja sebuah organisasi gelap mulai muncul & menculik manusia lain untuk dijadikan bahan eksperimen gila malah raksasa yang sangat agresif turut dicipta & dilepaskan untuk membunuh malah menyerang manusia-manusia lain yang tidak berdosa. Apakah yang telah Rayyan lalui selama dia menjadi spesimen ujikaji? Siapakah orang yang telah menyelamatkan dirinya?? Apakah derita yang harus dia hadapi akibat daripada eksperimen itu? Organisasi gelap apakah itu? IKUTI KISAH RAYYAN, BUDAK SERIGALA HYBRID DALAM MISI MENUMPASKAN ORGANISASI GELAP YANG TELAH MELAKUKAN KESEMUA PERKARA KEJI ITU...
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™ by Wanzenith
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
Wanzenith
  • Reads 113,765
  • Votes 9,514
  • Parts 105
SILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang saudara akan tetap berterusan. Farhan Tuzeman salah seorang dari Lima Elemen Naga,menyedari dan nekad untuk memberi keseimbangan setiap keamanan selagi dia boleh. Dia menyedari perkara selepas bertemu dengan Fara Darweez,salah seorang manusia yang diubahsuai ataupun lebih tepat Cpu-biologi. Farhan Tuzeman "Aku tak suka menyibuk hal orang,tapi kalau kalau mereka dalam kesusahan..aku tidak akan teragak-agak.." Fara Darweez "Saya mungkin dikatakan senjata hidup,tapi saya manusia..!" Taufeq Tuzeman "Lightning Knight,at your service!!" Haikal Al'Jazreen "Menjadi seorang pahlawan handal seperti master aku,bukan perkara mudah dan aku sedar tu.."
Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓] by _Hxruhito
Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]
_Hxruhito
  • Reads 17,088
  • Votes 1,827
  • Parts 61
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpin kelompok kawanannya. Semakin hari golongan Alpha semakin kurang pengaruhnya dalam kalangan masyarakat. Bahkan ada yang berpendapat bahawa Alpha lemah di mata Guardian. Namun golongan Alpha dari suku kau Kaisu bukanlah sebarang golongan manusia yang boleh di pandang rendah. Merekalah satu-satunya Alpha yang mampu membunuh bahkan menewaskan Guardian khususnya Dark Guardian yang menjadi ancaman Bandar Neon Pride. "Hei, Ez. Apa benda yang kau selalu bawa di dalam beg itu?" Soal Towa yang merupakan salah seorang teman rapat satu daripada suku kaum Alpha Kaisu. Ezrel atau lebih dikenali sebagai Azarael langsung tiada apa-apa idea tentang pedang pusaka keluarganya yang begitu berharga. Hanya sekali hayunan pedangnya, Ezrel dan temannya Towa di kerah untuk memasuki akademi guardian yang sudah dimodenisasikan. Lebih banyak aksi dan kisah persahabatan yang bakal dilalui oleh dua orang rakan baik ini. Namun adakah perbezaan taraf dapat mengukuhkan persahabatan mereka? Dapatkah mereka menawan Dark Guardian yang menjadi musuh ketat mereka? Bakal terjawab dalam Guardian Academy: The Legend of Azarael. STATUS : On-going/slow update/unedited #Segala gambar yang digunakan dalam story ini dikreditkan terus kepada pelukis asalnya. #My original story 💯 #I'm amateur. #Guardian Academy book 3
Guardian Academy : The Daze Dungeon© by _Hxruhito
Guardian Academy : The Daze Dungeon©
_Hxruhito
  • Reads 21,945
  • Votes 3,206
  • Parts 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tidak lagi diasingkan. Semua hidup dalam dunia yang aman dan harmoni. "Meena, kau ini nakal sangat. Jadi aku nak jadikan kau milik aku." - Skull. Meena yang mendengar kata-kata lamaran Skull terus terkaku. "Apa jawapan kau?"- Skull. "Aku s... setuju."- Meena. Maka permulaan yang bahagia bakal menjemput mereka berdua. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila, "Karasu dan mereka yang berada di dalam bilik kurungan itu telah hilang!" "Kalau begitu, ayuh kita pergi periksa bilik kurungan bawah tanah itu."- Skull. Satu lagi kejutan yang melanda Skull dan Meena apabila secara tiba-tiba terdapat gelombang aneh yang memisahkan mereka berdua. Skull sekelip mata lesap dari bumi nyata itu. Apakah yang sedang berlaku? Ke manakah Skull menghilang? Berjayakah mereka berdua dipertemukan semula? STATUS : completed / unedited #Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. #My original story 💯 #I'm just an amateur.
TALE OF WINDCRAWLER[C] by MuhdHayatulAkmal
TALE OF WINDCRAWLER[C]
MuhdHayatulAkmal
  • Reads 230,907
  • Votes 14,760
  • Parts 50
Ace hanyalah seorang pemuda biasa...pekerjaannya hanyalah sebagai pengembala kambing... Pada suatu hari,kehidupannya sebagai pengembala kambing bertukar apabila di dipilih menjadi seorang pahlawan di sebuah kerajaan iaitu Kerajaan Lexia..Di situlah saat kehidupannya berubah... Dalam menempuh kehidupannya sebagai seorang pahlawan...Ace sedar 'sesuatu' sedang bangkit dari tidurnya...'sesuatu' yang orang anggap tidak pernah wujud..hanya mitos..namun tidak bagi Ace..dia mengambil serius akan hal itu... Persoalannya,dapatkah Ace menghentikan 'sesuatu' itu dari terus bangkit??.. Saksikanlah kehidupan Ace dan rakan-rakannya dalam TALE OF WINDCRAWLER P/S:ini merupakan novel saya yang pertama...jadi dari segi penulisan saya masih lagi lemah..saya harap pembaca dapat menegur jika saya ada membuat kesalahan...ok itu sahaja daripada saya...saya harap pembaca dapat keseronokan dari novel saya..
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C] by MuhdHayatulAkmal
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]
MuhdHayatulAkmal
  • Reads 307,263
  • Votes 23,943
  • Parts 84
Dunia, sentiasa berputar menunjukkan bulan dan matahari kepada setiap makhluk bernyawa. Dan selama itu jugalah aku hidup, mencari ketenangan diri dari memori silam. Hidup? Aku dah hidup untuk beratus tahun lamanya. Dah banyak perkara yang aku jumpa. Perang? Dah beribu perang aku ikut. Semua adalah kerana nafsu aku untuk membunuh. Aku tak pernah ada kawan sejati. Ibu bapa? Aku pun tak tahu di mana. Abang? Tak ada. Adik? Juga tak ada. Kembar? Ya, aku ada kembar. Kembar tak seiras. Sama macam aku, dia juga sudah hidup untuk beratus tahun lamanya. Malah, dia adalah kembar yang membesar dengan aku. Walaupun begitu, aku tahu apa tugas aku di muka bumi ini. Mengapa hanya aku dan kembar aku sahaja yang boleh hidup untuk beratus tahun lamanya. Mungkin untuk beribu tahun lamanya. Satu sahaja. Untuk menjaga keamanan dunia. Kau fikir senang? Kau seorang nak jaga satu pelosok dunia. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tahu, untuk beratus tahun lamanya aku hidup. Kisah aku mungkin bermula di sini.