Mafia🖤
7 stories
S1 | Mafia Academy ✓ by srhkhadeeja_
S1 | Mafia Academy ✓
srhkhadeeja_
  • Reads 879,166
  • Votes 48,138
  • Parts 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan pula dengan penyakit DID . Dirinya dibuli , dipukul , diherdik , dilayan seperti sampah oleh masyarakat hanya kerana status papanya . Mafia Academy . Sebuah academy tersembunyi yang melatih sesiapa sahaja yang ingin memasuki dunia gelap ini . Diketuai oleh seorang lelaki bernama Tengku Zafriel Qaiser merangkap ketua mafia terkuat di dunia . Mungkin gila sebagai seorang perempuan memilih untuk menjadi pembunuh . Tapi tidak bagi Sarah , ia seolah sudah sebati di dalam dirinya . Pertemuan tidak sengaja mereka telah membuat hati Zafriel terpaut dengan perempuan itu . Zafriel yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang dingin , beku , anti dengan perempuan akhirnya terjatuh juga . Hatinya terusik dengan perangai Sarah yang tidak seperti perempuan di luar sana . Mereka hanya mahukan harta daripadanya . " tempat ni antara hidup dan mati . kalau kau tersilap sikit , kau mati . kau yakin dapat survive sampai ke pangkat atas sekali ? " - Tengku Zafriel Qaiser . " s-sorry " - Nur Sarah . Disakiti beberapa kali oleh lelaki yang sama sehingga Sarah ingin berputus-asa dan memilih untuk berpisah . Siapa sangka ? Kehidupan selepas berkahwin banyak mengajarnya . Diuji dengan kematian anaknya dan suaminya sendiri yang menyalahinya . Dibenci dan dipukul oleh suami sendiri . " kenapa kau tak dengar cakap aku ?! aku dah cakap jangan pergi tempat tu ! kau tengok sekarang apa dah jadi ! anak aku mati sebab kau ! " - Tengku Zafriel Qaiser " S-sarah minta maaf " - Nur Sarah Persoalannya adakah hubungan mereka bertahan ? Berjayakah Zafriel menurunkan egonya dan memaafkan Sarah ? Selanjutnya nantikan di Mafia Academy . start ; 27/10/2020 end ; 13/7/2021 All Right Reserved @srhkhadeeja_ Beautiful Cover By @mrztyara_
ZARA HELINA | C | ARS •8• by nisaamuttalib
ZARA HELINA | C | ARS •8•
nisaamuttalib
  • Reads 846,662
  • Votes 56,782
  • Parts 72
[ 8th Book in ARS ] BOOK 2 : GADIS BUDAK SETAN . Sinopsis di dalam . START : 15/06/2020 END : - 13/02/2021
Faiq Evans [C] by tyracaramel
Faiq Evans [C]
tyracaramel
  • Reads 141,610
  • Votes 5,950
  • Parts 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarganya. Tiada siapa pun yang tahu tentang kebenaran tentang dirinya. Dia hanya dikenali sebagai Faiq, lelaki yang malu dan kurang berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Dia hanyalah seorang pelajar kolej pada siang hari. Tetapi malam? Dia seorang buaya darat yang dikenali sebagai Evans di seluruh kelab malam yang terdapat dalam Kuala Lumpur. Dia bukan seorang pelajar yang kelihatan begitu lembab, tetapi dia adalah seorang lelaki yang membawa seribu tanda tanya kepada pelajar-pelajar lain. "Aku suka dia.. Tapi, aku tengok dia terlalu pendiam. Aku pula segan nak tegur dia." Adelia, pelajar perempuan yang menuntut pelajaran di tempat yang sama dengan Faiq. Cuba 1001 cara untuk menegur dan membuat Faiq untuk berbicara dengannya. Perkenalan di antara Faiq dan Adelia yang penuh muslihat. Hanya lelaki itu yang tahu kebenarannya. "Lia! Adelia Qistina! Abang tak izinkan Lia keluar!" - Faiq Evans "Kalau aku tetap nak keluar? Nak buat apa? Nak lafaz cerai ke? Buatlah! Memang itu yang kau nak, kan? Aku mudahkan kerja kau sekarang, Faiq. Take it or leave it. Aku tunggu keputusan kau sekarang." - Adelia Qistina Apabila muslihat Faiq terbongkar, segalanya menkadi huru-hara. Kehidupan Faiq yang senang berubah menjadi huru-hara dalam sekelip mata akibat menganiaya perempuan yang tidak bersalah. "Dendam dan ego abang hanya membei duri pada abang. Lia tak bersalah tapi abang hukum sayang. Abang hukum sayang seperti tiada hari esok. Abang minta maaf, sayang.." - Faiq Evans Dan, Faiq sedar bahawa karma itu ada. •COMPLETED
✓ ENRIQUE DANNIKA by Blqs_Rose
✓ ENRIQUE DANNIKA
Blqs_Rose
  • Reads 4,769,223
  • Votes 258,874
  • Parts 72
# 4th UNDER HE SERIES: •Enrique Dannika 💋 ~Under His Deadly Revenge~ Perempuan lemah? Perempuan lembik? Perempuan cengeng? Tapi bukan bagi CLARISSA ROSE. Dia bukan lemah. Dia bukan lembik. Dia bukan cengeng. Tapi dialah pemegang takhta Organisasi King. Pada mulanya, sukar untuk percaya. Organisasi King? Tetapi pemimpinnya seorang perempuan? Bukan sembarangan perempuan. Dia telah dilatih bermati-matian. Hanya untuk menjadi ketua King. Hidupnya sebagai King selama ini aman. Sehinggalah sesuatu barang yang penting dan sangat berharga milik keluarga King hilang dicuri. "I said, i don't take it! Aku cakap aku tak ambil benda tu! Tak pernah! Kau faham tak?! Aku tak kira. Aku nak kau lepaskan akulah perempuan!" ~Enrique Dannika Apa kes lelaki kena culik weh? Hidupnya sebagai student di bumi asing itu mula haru biru apabila dia diculik dan dituduh mencuri?! Dia ingat dia tu siapa sesenang maggi je nak culik aku. "I'm Athena Rose. Nice to meet you Mister Enrique. But i won't let you go until you give me back my property." ~Clarissa Rose "I'm a king, rude boy. Illegal weapons. That's my job." ~Clarissa Rose "Aku tak tanya." ~Enrique Dannika "You kiss me?! Kau gila. Haram bongok!" ~Enrique Dannika "I'm sorry. But it seem like you love it." ~Clarissa Rose Namun akhirnya Clarissa Rose melepaskan lelaki itu. Buat kali pertama, seorang King boleh salah target. "I'm sorry." ~Clarissa Rose "Aku akan balas dendam. Just wait and see." ~Enrique Dannika Kehadiran Leyla Yilmaz. Mengubah segalanya. Mengubahnya menjadi seorang yang lebih baik. "Mumtaz Ammara Rose? Wow. Are you kidding me?" ~Enrique Dannika "Apa awak buat ni?" ~Clarissa Rose "Balas dendam." ~Enrique Dannika Enrique Dannika. Dia... bukan lagi lelaki yang pernah diculiknya dulu. "Assalamualaikum. Kami daripada jabatan agama islam..." "Sesi membalas dendam baru bermula, sayang..." ~Enrique Dannika
✓ TUNKU NOAH NATHAN  by Blqs_Rose
✓ TUNKU NOAH NATHAN
Blqs_Rose
  • Reads 10,475,742
  • Votes 469,316
  • Parts 71
#1st UNDER HE SERIES: •Tunku Noah Nathan 👑 ~Under His Killing Eyes~ TUNKU NOAH NATHAN... Sebut saja Noah De'Angelo, nama yang digeruni dan ditakuti. Nama yang tidak dinafikan kehebatan. Nama gah yang terkenal di mata dunia. Bila dia Tunku Noah Nathan... semua wanita menggila. Namun bila dia Noah De'Angelo... tak ada siapa yang berani melihat anak matanya yang membunuh itu. Tapi bukan bagi ARMAYA MIKAEYLA... Baginya lelaki itu bukanlah sesiapa untuk dihormati dan disanjung tinggi. Hanya sebaris nama buat dia rasa muak. Menyampah dengan dunia orang kaya seperti Tunku Noah itu. Menyampah dengan dunia sendiri semestinya. Tunku Noah pastinya tak ubah seperti orang kaya tipikal yang lain. Cliche! "He is nothing. Dengar nama pun aku tak suka. Semoga muka macam jamban tak siap. Kalau muka dia handsome macam mana sekalipun, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Cinta tentang hati bukan tentang muka. Kan?" Saat pertama kali berjumpa Tunku Noah Nathan... bagi Armaya Mikaeyla, dia tak ada masa nak jatuh cinta pandang pertama, love at first sight, tersungkur tergolek ke apa ke, tak PAYAH! Buang masa. Bak kata sahabatnya, dari mata turun ke hati. Tipulah kalau hati Armaya tidak lemas dengan pandangan membunuh mata cantik itu. Tapi maaf... he just not my type! Armaya tersilap langkah. Dia hanya kenal Tunku Noah Nathan. Namun dia belum kenal siapa Noah De'Angelo. "Welcome to my world, my little angel." When his golden eyes collide with mine, when my dark eyes meet him's, That's when the feeling comes. Always...
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Blqs_Rose
  • Reads 6,847,917
  • Votes 329,847
  • Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri