azminaazmi08's Reading List
3 stories
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,066,516
  • WpVote
    Votes 49,383
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Bahagia Yang Aku Tunggu by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 331,861
  • WpVote
    Votes 11,985
  • WpPart
    Parts 72
3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 48,117
  • WpVote
    Votes 2,248
  • WpPart
    Parts 15
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!