.
42 stories
OG| Encik Kapten Pilihanku  by eynaakim
eynaakim
  • WpView
    Reads 79,374
  • WpVote
    Votes 3,999
  • WpPart
    Parts 40
𝐅𝐎𝐔𝐑𝐓𝐇 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 | "Dia tidak pernah berjanji akan sempurna, tapi cintanya sentiasa cukup untukku." Nufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah dan sentiasa rendah diri. Hidup lelaki itu serba ada, dia boleh memiliki apa-apa sahaja yang dia mahu tetapi hanya satu yang sukar untuk dia dapatkan, itu adalah memiliki hati seorang gadis yang sudah 15 tahun dia sukai. Eryna Nafeesa, gadis lepasan diploma yang tangguhkan pengajian degreenya demi menguruskan adik-adiknya yang masih sekolah. *** Peristiwa gelap berulang kembali sewaktu sepasang mata Eryna mula memperlihatkan kecurangan tunangnya, Lutfi bersama sepupunya sendiri dua minggu sebelum majlis nikahnya berlangsung. Namun, dia tidak terusik dengan kecurangan lelaki itu kerana perkahwinan ini bukan lah dia inginkan, dia hanya turuti permintaan mama sahaja. *** "Saya ikhlas letakkan diri saya untuk kahwin dengan awak, Eryna. Tentang papa awak, saya usahakan untuk minta keizinan dia. Bagi saya peluang untuk jadi suami awak, sehidup dan semati dengan awak." - N.A Hadir pula Nufail yang sudi menggantikan tempat bekas tunangnya sebagai suaminya demi menjaga maruah keluarga dia sekali gus maruah keluarga lelaki itu juga, memandangkan sepupunya juga merupakan tunangan si dia. "Boleh ke saya percayakan awak, Nufail?" - EN "Saya tak minta awak percaya, cukup usaha saya yang jadi bukti," - NA Mampukah usaha Nufail dalam misi memikat hati Eryna berjaya? Gadis yang sama dia sukai selama 15 tahun lamanya. Dan mampukah Eryna untuk terima kewujudan lelaki yang serba boleh seperti Nufail sebagai suami sahnya? Start: 3 June 2024 End: x ___ 2024
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 524,282
  • WpVote
    Votes 21,613
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
[C] Cukup Sempurna by TheLittleShi
TheLittleShi
  • WpView
    Reads 148,441
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 5
STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?" - Hayera Talia Terperangkap dalam kisah remaja yang tragis, Talia menggalas segala rasa bersalah. Kehilangan seorang demi seorang yang Talia sayangi membuatkan seorang Hayera Talia, gadis yang penuh dengan cahaya itu berputus asa dan ingin melupakan segala-galanya. Bangun dari tidur, Talia hilang semua memorinya. Seperti yang Talia harapkan. Menjadi seorang Hayera Talia yang baru sangat mudah. Seorang wanita yang mempunyai cita-cita, seorang anak yang disayangi, malah mencintai seorang lelaki dalam diam. "Talia dah lama sukakan abang Raed. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu." - Hayera Talia. "Abang dah tua tau. Talia tak kisah ke? - Megat Raed Baihaqi Menjadi isteri kepada Raed memang angan-angan Talia. Tak sangka Megat Raed sudi menerima huluran hatinya. "Where have you been Talia? Aku cari kau." - Ahmad Naufal Rahsia yang kian terbongkar membuatkan hidup Talia berantakan. Kenyataan yang terlalu berat untuk dia terima. Bila satu per satu ingatannya membuktikan perkara sebenar, Talia semakin jauh dengan semua. "Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri? Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau." - Ahmad Naufal "Perkahwinan kita satu kesilapan ke, abang?" - Hayera Talia "Pada abang, kita melengkapi dan cukup sempurna." - Megat Raed Baihaqi
Mrs. Noah : My Dear Reina by sofearazali
sofearazali
  • WpView
    Reads 274,299
  • WpVote
    Votes 10,527
  • WpPart
    Parts 78
𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadikan ramai wanita diluar sana lemah lutut melihat wajahnya. Kalau lemah imannya, memang akan jatuh tertonggek kau! Mempunyai aura yang lain macam! 𝐇𝐀𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐈𝐒𝐘𝐀 -Dia pula jauh berbeza daripada Noah Alexander sorang tu. Hidup yang bersederhana, mampu saja dia hidup dgn dunia mewah hasil titih peluhnya menjadi model terkenal, tetapi dia mengambil pilihan untuk hidup dgn bersederhana. Mata coklat hazel nya yang cantik, tubuhnya yang kurus dan tinggi. Noah, sejenis manusia yang orangnya dingin. Bila dengan orang lain kemain ketat sahaja muka. Mengalahkan ais kutub utara sana. Dingin! Tetapi bila dengan Hannah, dia berubah menjadi lelaki paling caring, manja, clingy dan protective. Masak? Kemas rumah? Lipat baju? Iron baju? Kesemua kerja-kerja itu dia boleh buat. Bagi sahaja dia buat, tak perlu nak bersusah-payah hire maid ataupun Hannah yang buat. Suami mithali betul! Bila datangnya perangai manja isteri dia. Dia lah yang terpaling senyum sampai ke telinga. Melayan karenah isterinya sahaja membuat harinya bahagia. "Stay still. Jangan banyak gerak yayang nanti comot dia. Kalau yayang rasa lama sangat tunggu dia kering, yayang cuba tiup sikit-sikit," -Hannah. Terkedip-kedip mata Noah tika ini. "Huh huh huh macam ni ke, sayang?," -Noah. Perlahan-lahan dia tiup ke kuku jarinya tangannya yang sudah dioleskan manicure oleh isterinya. [💯SEMUA IDEA DARI PENULIS] [❗DILARANG PLAGIAT❗]
Marissa : His Precious Wife (Ongoing) by qinamja_
qinamja_
  • WpView
    Reads 15,768
  • WpVote
    Votes 551
  • WpPart
    Parts 17
"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and act like nothing ever happened between you and him? I bukan lelaki dayus, Raisya." - FARHAN ISKANDAR "Lagi dua bulan kita nak kahwin, Hakim. Tapi awak dah hancurkan semuanya." - MARISSA SOFEA FARHAN ISKANDAR dan MARISSA SOFEA, dua jiwa yang belum sempat merawat hati yang luka kecewa, mereka dituduh pula pernah menjalin hubungan sehingga lahirnya anak luar nikah. "Kau beriya back-up dia ni, kenapa? Entah-entah jantan ni bapak anak haram kau, tak?" - MAKNGAH ZAHARAH "Stop! Untuk puaskan hati semua orang, I akan buat ujian DNA. Kalau terbukti Fayyadh ni dari benih I, I akan nikahi Marissa." - FARHAN ISKANDAR Keras dan lantang Farhan menidakkan. Dia tak pernah berlaku curang. Dan dia sendiri benci orang yang tidak tahu setia. Tapi laporan paternity yang dijalani mengungkapkan yang sebaliknya. FAYYADH ISKANDAR sah anak kandungnya! Bagaimana mungkin Fayyadh itu zuriatnya sedangkan dia yakin dia tidak pernah meniduri Marissa? Namun atas dasar tanggungjawab dan untuk menjaga maruah bersama, Farhan nikahi Marissa. Bila kebenaran terungkap, Farhan terduduk mengenangkan apa yang terpaksa dilalui Marissa selama membesarkan zuriatnya sendirian. "Walau seisi dunia I persembahkan untuk you, takkan mampu bayar segala pengorbanan you membesarkan Fayyadh sendirian selama ni." - FARHAN ISKANDAR Untuk menebus segalanya, Farhan putuskan Marissa akan menjadi his precious wife. Selamanya.
SETINGGI EGOMU by emmazubaidi
emmazubaidi
  • WpView
    Reads 1,042,731
  • WpVote
    Votes 16,341
  • WpPart
    Parts 82
Utk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pegangan agama yang kuat. Namun setelah kematian tunangnya, Amir ibu dan ayahnya mula mencarikannya jodoh atas dasar tidak mahu anak gadis itu berduka lara lagi. Suffiya akur kerana istilah 'tidak' tiada dalam kamus hidupnya jika keputusan dibuat oleh ayah dan ibunya. Namun, setelah berkahwin hidupnya tidak seperti pasangan lain. Suaminya, Fareez tidak mencintainya, kehidupannya semakin malang hari demi hari. Fareez juga ada merencanakan untuk bercerai dengan Suffiya. Dia sekadar akur. Namun semakin hari hidup sebagai pasangan yang sudah berkahwin masing-masing sedar akan hadirnya satu perasaan. Namun jika namanya lelaki itu tetap lelaki, penuh ego didada. Mampukah Suffiya menggapai kebahagiaan bersama suami yang semakin lama kian dicintainya?
HATI AKU MILIK DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 810,418
  • WpVote
    Votes 25,042
  • WpPart
    Parts 44
Ean Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang sebenar dirahsiakan. Lily Ayana pelajar universiti telah meminta ayahnya mencarikan dia seorang suami jika ayahnya itu takut dia tidak pandai menjaga maruah diri. Semua ini kerana satu fitnah menyebabkan dia membuat keputusan itu. Bertunang dengan seseorang yang misteri hanya tahu lelaki itu bekerja sebagai 'Pemotong daging' membuatkan Lily Ayana gelisah apabila hari pernikahan itu tiba. Namun pertama kali melihat lelaki itu pada hari pernikahan Lily Ayana jatuh cinta ❤. Pelahan-lahan segala rahsia mula terbongkar. Lily Ayana dan Ean Zafran bahagia bersama, sikap romantik dan penyabar lelaki yang bernama Ean Zafran membuatkan Lily Ayana semakin hari semakin mencintai lelaki itu. Namun dugaan besar datang menimpa mereka, apabila ibu mentua yang menjadi punca utama. Tidak mahu Ean Zafran di gelar anak derhaka, Lily Ayana membawa diri, biarlah hatinya yang terluka asalkan Ean Zafran tidak menanggung dosa besar. Bagi Ean Zafran, hatinya hanya di miliki oleh Lily Ayana. Walaupun beribu batu gadis itu membawa diri, hatinya akan setia mencintai isterinya sehingga akhir hayatnya. ⚠️SORRY TYPO AND TATABAHASA TERABUR
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,269
  • WpVote
    Votes 15,566
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
ZA'IM UKHROWI [C] by nurfrhnnh
nurfrhnnh
  • WpView
    Reads 1,226,908
  • WpVote
    Votes 42,859
  • WpPart
    Parts 68
# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki dalam diam. Namun, sejak mengenali lelaki yang disukainya itu perlahan-lahan sikap sebenar gadis itu semakin hilang. Mula mendiamkan diri, sakit hati sendiri, memendam rasa apa yang dia rasa dan apa yang dilemparkan oleh lelaki yang bernama Za'im Ukhrowi. Semakin keruh hubungan persahabatan dari kecil mereka apabila kedua pihak keluarganya membina sebuah ikatan tanpa persetujuan Za'im iaitu ikatan pertunangan. "Kau dengar sini! Hadam betul-betul masuk dalam otak kau yang benak tu! Lepas aje habis paper SPM. tak ada lagi ikatan yang diagung-agung kau tu. Sementara ada lagi setahun ni, kau Jajalah dekat satu sekolah tittle bodoh kau tu!!" - ZA'IM UKHROWI Kata-kata yang dilempar oleh Za'im itu dipegang kuat sehinggalah pada hari dia memutuskan untuk menyambung pembelajaran di luar negara. Dia memohon dalam diam tanpa diketahui oleh Za'im, malah keluarganya sendiri. Selepas 8 tahun, Adra Kembali ke tanah air apabila dipaksa oleh Abinya. Semakin hari semakin Adra keliru, banyak perkara yang berlaku selepas dia pulang ke Malaysia. keluarganya dan keluarga Za'im diganggu dan dianiaya kerana mereka mengetahui rahsia besar yang Rido Mikael lakukan. Za'im yang dulu dikenali sebagai 'mr heartless' berubah 100 percent dan menjadi seorang lelaki sangat kuat melindungi diri Adra dari musuh tanpa gentar dan takut. "Awak sendiri yang cakap, kita tak ada apa-apa hubungan lepas je paper SPM tamat."- ADRA "Itu dulu, aku dah lama tarik balik kata-kata aku 8 tahun lepas. Kau je yang tak dengar." - ZA'IM "Semudah tu aje kan jawapan awak!"- ADRA Namun kuatkah Adra ingin melupakan apa yang dilakukan oleh Za'im 8 tahun dahulu? Sesenang itukah Adra dapat memaafkan Za'im? Sia-siakah dia melarikan diri selama ini? start : 26 january 2022 End : 24 February 2022
KORBAN CINTA by qkeiyaaaaa
qkeiyaaaaa
  • WpView
    Reads 3,489
  • WpVote
    Votes 352
  • WpPart
    Parts 7
"Seketika, aku hanya ingin mencari bahagiaku sendiri..." ⚠️ Contain harsh words ⚠️ Triggered scene [Read At Your Own Risk & No Plagiarism Allowed] ©️qkeiyaaaaa