Action / Investigation
3 stories
Sayap Satria | PBAKL 2022 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 8,772
  • WpVote
    Votes 529
  • WpPart
    Parts 5
First 5 chapters promo Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga laut manakala aku menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara. Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya? "Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - Mejar Atif Aizuddin "Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." -Mejar Zahra Kamelia
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 238,900
  • WpVote
    Votes 22,233
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,794,210
  • WpVote
    Votes 206,536
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021