🤺
26 stories
𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 by lynmaisara
lynmaisara
  • WpView
    Reads 234,124
  • WpVote
    Votes 6,163
  • WpPart
    Parts 79
⚠️ story about surrogate mother ⚠️ Keputusan lalu Athira memakan dirinya sedikit demi sedikit apabila dia meninggalkan anak sendiri selepas 36 jam bayi itu dilahirkan. 4 tahun berlalu. Mereka dipertemukan semula.. Anak yang dilahirkannya sudah tumbuh besar menjadi seorang kanak-kanak perempuan yang cantik. "Dia sakit Athira.. Kau tinggal dia lepas 36 jam kau lahirkan dia. 4 tahun dia hidup hospital tu rumah kedua dia. Athira.." Begitulah rayuan Azriel Haikal berharap agar anak perempuannya dapat walau secebis kasih sayang daripada seorang wanita yang bergelar ibu. "Mama rindu Hanis.." Dalam diam dia juga menyimpan rindu. Katakanlah padanya ibu mana yang tak sayang anak? Satu hari.. "Hanis.. Please don't leave me. Hanis dah janji tak nak tinggal papa kan sayang? Don't stop breathing please.." Rayuan demi rayuan. Namun Allah yang maha esa sudah menentukan ajal dan maut. "Masa kematian 4:56 minit petang." <<< "Eh perempuan! Kau bangun! Kau dengar tak anak cacat kau tu menangis?! Baik kau diamkan dia sebelum aku yang diamkan. Dah lah cacat! Menyusahkan!" Kehadiran cahaya mata yang baru tak dapat diterima Azriel. Bagi lelaki itu bayi yang baru dilahirkan cuma ingin merampas takhta Hanis Ardelle di dalam hatinya. Kenyataan masih belum boleh diterima. Namun sampai bila? Sampai bila lelaki itu ingin terus berduka? <<< Apakah pengakhiran mereka akan berakhir begitu sahaja? apakah yang terjadi 4 tahun dulu? Seindah manakah kenangan mereka? Wujudkan kebahagian untuk mereka? Mampukah dua hati itu bersatu kembali? notes : cerita ini telah ditulis oleh bocah entah mana, saya tak kenal dia 🥰
MINEFIELDS ( SLOW- UPDATED) by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 13,025
  • WpVote
    Votes 1,009
  • WpPart
    Parts 3
"Jadi ajarkan aku untuk mencintai Tuhan engkau" - Haq Normas. Di adalah wanita tolol. Terlalu bodoh mempercayai tipu helah kaum Adam. Dibuai kata-kata manis bak madu menyebabkan dia terjatuh ke dalam gaung yang paling gelap. Racunya kata-kata Adam sehingga menyebabkan dia, Madiha Behzad hilang segala-galanya. Hidup, hati malah anak yang dikandung secara haram. Tiada sisa yang menemani. Islam pada nama namun bukan pada jiwa. Jauhnya dia terpesong hingga dia nekad untuk mengambil satu keputusan yang sangat gila. Iya, gila. Biar dia akhiri hidup malang yang menemani siang dan malam dirinya agar tiada lagi sengsara yang bakal menemani hari-hari yang bakal datang. Namun... "Aku akan tolong kau. Aku akan jaga bayi dalam kandungan kau. Tapi aku nak minta tolong boleh?"-Haq Normas " Tolong ajarkan aku agama kau? Aku...tertarik." - Haq Normas Kau dan aku adalah satu kesilapan. Kesilapan dari saat pertama kali kita bertemu. Dan seharusnya aku, tidak harus membiarkan jiwa aku lalai kepada engkau... "Kau adalah suami yang cacat" - Madiha Behzad " Aku tinggalkan agama aku, hidup aku, keluarga malah sinar populariti untuk engkau Madiha namun hari ini, saat ini kau caci maki aku. Kau lupa yang suami cacat inilah yang terima kau waktu kau tersungkur dulu" - Haq Normas Walau seisi dunia tidak merestui cinta kita. SLOW UPDATE .
Mrs. Ariq Ayden by njsyd_
njsyd_
  • WpView
    Reads 584,487
  • WpVote
    Votes 20,860
  • WpPart
    Parts 50
karya pertama saya 🤍 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung. Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu? Atau hanya sekadar perasaanya sahaja? Tengku Ariq Ayden. Dia disuruh rakannya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai pembantu rumahnya. Dan gadis itu juga merupakan anak angkat kepada pembantu rumahnya, Makcik Salmah. Rose Aleeya Hanina. Ya, dialah gadis itu! Gadis yang akan dikahwini Ayden!Dia menerima lelaki itu untuk menjadi suaminya atas dasar cinta. Dia cintakan lelaki itu sejak pertama kali bertemu. *** Dugaan demi dugaan yang menimpa tidak mampu memisahkan mereka. Sebaliknya semakin kuat ikatan cinta mereka. Hanya ajal yang mampu memisahkan kedua insan itu. Takdir Allah itu indah-indah belaka. 'Kau ditakdirkan untuk aku dan aku ditakdirkan untuk kau.' 'Semuanya sudah tertulis buat kita. Didunia mahupun diakhirat.Inshaallah dengan nama Allah kita akan bersatu.' -BABYGIRL KEPUNYAAN MAFIA- Ingin tahu kelanjutan cerita? Jika ingin tahu, jemputlah menghabiskan masa anda bersama Ayden dan Hanina! ⚠️MEMPUNYAI KATA-KATA KESAT. ⚠️NO PLAGIAT! MAAF JIKA ADA SEBARANG KESALAHAN DARI CARA PENULISAN.
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,085,286
  • WpVote
    Votes 38,519
  • WpPart
    Parts 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
DIANA by thewhitewonder
thewhitewonder
  • WpView
    Reads 1,661,488
  • WpVote
    Votes 52,479
  • WpPart
    Parts 53
Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehidupannya. Tak pernah menjadi impian, dia yang dari dunia biasa kini berada dalam dunia yang lebih tinggi darjatnya. "Kita tak pernah kenal. We never crossed to each other. Kita berbeza latar belakang, berbeza dunia dan berbeza darjat. Jadi kenapa awak pilih saya?" - Sarah Diana 'After all bad things I have done from day one, why I feel that I don't want to lose her?' -Tengku Aizuddin Shah 💎 Status : Completed 💎 Ranked #1 dalam tag cinta halal (13Apr2020) 💎 First story published in wattpad. So tulis untuk suka-suka je and no heavy conflict.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 714,336
  • WpVote
    Votes 26,730
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,429,132
  • WpVote
    Votes 35,563
  • WpPart
    Parts 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
SKY OF LOVE by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 11,556
  • WpVote
    Votes 348
  • WpPart
    Parts 72
Cailie Tashfin, seorang juruterbang muda yang baru beberapa tahun di bidang penerbangan telah dilantik menjadi instructor Dan mentor kepada Catelia Tahiyyah walaupun dirinya bukan seorang co-pilot pada ketika itu. "Awak Dua line aja dekat bahu , macam mana awak boleh jadi instructor saya ? " "Apa yang aku boleh buat ? Atasan yang mintak aku jadi instructor kau " Instructor yang pada mulanya bertujuan untuk mengajar Catelia sepanjang kursus penerbangannya bertukar menjadi instructor seumur hidup. *Mama dapat ilham daripada Cdrama favourite mama untuk buat Sky *
Putera Pemilik Hati by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 1,589,519
  • WpVote
    Votes 47,015
  • WpPart
    Parts 85
Buku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon maaf tau 🙏🏻 Sinopsis- Keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka. Atisha Humaira,seorang doktor pelatih rupanya telah mencuri sekeping hati milik Putera Mahkota Tengku Noah Mikael setelah sekian lama. Sejak mereka di bangku sekolah. Dan apabila mereka bertemu sekali lagi, sang Putera tidak mahu melepaskan si pencuri hati itu buat kali kedua. Dia bertindak di luar jangkaan mengahwini Atisha tanpa pengetahuan sesiapa, dan mengawal kehidupan gadis itu, tidak mahu Atisha hilang dari sisi lagi. Akibat tidak tahan akan kongkongan suami, Atisha bertindak melarikan diri tanpa menyedari dirinya juga mempunyai rasa yang sama. Dengan rahsia antara mereka,konflik serta penolakan pihak istana, Atisha tidak mahu lagi kembali ke sisi suaminya. Namun sang Putera telah berjanji.. tiada siapa yang akan dapat merampas cinta hatinya itu walau dia terpaksa kehilangan takhta. ------------- "Atisha..Atisha.. Berani kau lari lagi kali ini dari aku.. Kenapa kau lari sayang..kau kan tahu aku akan kejar kau sampai aku jumpa kau semula.. But this is the game you want right? You already push the button first. So alright sweetheart, we will play together. Lari lah Atisha..lari lah sayang.. Kerana jika aku berjumpa kau lagi, kau pasti akan dihukum dengan hukuman paling berat yang aku akan bagi.. I love chasing..especially when its you, cutie. Till we meet again my wife." - Tengku Noah Mikael- " Selamanya kau milik aku, Permaisuriku Atisha Humaira." Start- 17/2/2023 End-30/4/2023
The Greatest Hate #2 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 533,363
  • WpVote
    Votes 3,416
  • WpPart
    Parts 7
The Greatest #2 Ku Aaron Silas x Tengku Serafina Maira Tengku Serafina Maira... anggun, berani, dan keras hati. Baginya, Ku Aaron Silas tidak lebih daripada seorang lelaki yang menjengkelkan, susuk yang tidak pernah diundangnya ke dalam hidupnya. Namun, bagi lelaki itu, Serafina adalah segalanya yang diidamkan... wanita yang harus menjadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun. Ku Aaron Silas tidak peduli pada kebencian wanita itu, tidak peduli pada batasan yang diletakkan. Apa yang diinginkannya hanya satu... merampas Serafina dari tunangnya dan memastikan wanita itu tidak jatuh ke tangan lelaki lain. Dalam permainan yang dipenuhi obsesi, ego, dan ketegangan, sejauh mana Ku Aaron Silas sanggup pergi untuk memiliki Tengku Serafina Maira? Dan bila hati mula teruji, siapa sebenarnya yang akan kalah dalam permainan ini... dia atau wanita yang cuba ditakluknya? Start: 12/2/2025 End: 26/3/2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK