Love <3
3 stories
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,910,601
  • WpVote
    Votes 76,726
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Mrs. Aathif Naufal (EBOOK) by qkeiyaaaaa
qkeiyaaaaa
  • WpView
    Reads 1,138,412
  • WpVote
    Votes 4,546
  • WpPart
    Parts 9
"𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑯𝒂𝒗𝒆 𝑬𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒔" Tuan Aathif Naufal vs Aura Medina TUAN AATHIF NAUFAL - Seorang lelaki berkerjaya. CEO di sebuah syarikat milik keluarganya. Dingin, sombong. Mamat kerek. Itu panggilan yang diberikan oleh seorang wanita kepada lelaki itu. Kacak? Ya, sehinggakan ada wanita yang sibuk terkejarkan dirinya. Kesetiaan hanya diberikan pada wanita yang disayanginya sahaja. Tiada yang kedua. "Jangan mengaku anak yang kau kandungkan tu anak aku" AURA MEDINA - Seorang anak tunggal. Kaya dan juga berkerjaya. Cantik dan seterusnya menjadi tumpuan oleh tiga orang lelaki. Sombong? Ya itu diri wanita itu. Sombong jika orang lain belum mengenali dirinya. Kuat? Dia wanita yang sangat kuat. Segala dugaan dan cabaran yang dia tempuhi dia akan hadapi dengan baik. "I think she's the perfect one for you cause I'm not--" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 26 April 2021 End: 6 August 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaa
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️] by shafiqhafizi4_
shafiqhafizi4_
  • WpView
    Reads 266,008
  • WpVote
    Votes 11,750
  • WpPart
    Parts 51
[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama dengan lelaki itu membuatkan Nur Fatimah Maisarah terpaksa menanggung derita berbanding bahagia. Pernikahan tanpa cinta itu benar benar menjerat dirinya. Haykarl Ashraff juga sudah mengakui bahawa Nur Fatimah Maisarah bukanlah gadis yang mendapat tempat di dalam hatinya. Malah ada perempuan lain yang sudahpun bertakhta didalam hati. "Ya Allah, Jika benarlah dia yang kau ciptakan untukku, maka aku akan terus tabah mengharungi getir kehidupan ini. Aku akan terus menanti rasa cinta daripada dia untukku. Berilah aku kesabaran yang tinggi kerna aku adalah selemah lemah insan, Ya Allah" - Nur Fatimah Maisarah. Disebabkan satu kejadian yang telah menimpa mereka berdua, Nur Fatimah Maisarah pergi membawa diri. Hatinya terus membeku. Kata sayang dan cinta dari lelaki itu sudah tiada makna baginya. "Sayang, Abang mintak maaf. Abang mintak maaf sangat sangat atas segala kesalahan yang abang pernah buat pada sayang. Percayalah sayang, abang sayang dan cintakan sayang sangat sangat. Saat pertama kali kita berjumpa, saat itu lah sayang sudahpun ada dalam hati abang. Tapi abang ego. Abang nafikan apa yang abang rasa terhadap sayang. Tapi, sekarang baru abang sedar yang sebenarnya abang dah lama cintakan sayang" - Haykarl Ashraff. Hati Nur Fatimah Maisarah terus membeku. Rasa cinta dalam hatinya buat lelaki itu sudahpun mati. Kau Hidupkanlah Rasa Ini! "Kalau ada anugerah pelakon terbaik, saya rasa awak layak untuk dapat anugerah tu. Mungkin dulu saya terpedaya dengan lakonan awak. Tapi sekarang, tidak lagi!" - Nur Fatimah Maisarah. Apakah kesudahan kisah mereka? Masihkah ada harapan untuk bahagia? Ataupun derita yang kekal menjadi teman setia? Beautiful Cover by @imhazel_al Start : 20 JUN 2021 End : 19 SEPTEMBER 2021