flowersofevill
BASED ON TRUE STORY !
Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata... pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke 'Neraka Dunia' !
Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun hanya beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.
Baru sahaja cuba lari, salah satu tangannya dikerat tanpa belas kasihan dan simpati. Malah dipaksa mengedar dadah!
Sehinggakan terbongkar rahsia, dirinya adalah mangsa sindiket pemerdagangan manusia. Sejak awal lagi segalanya memang dirancang oleh syaitan bertopengkan manusia!
Siapa sebenarnya yang terlibat dalam agenda keji tersebut? Dapatkan Nadrah bertemu semula keluarganya, ataupun terus terseksa?