Cinta
9 stories
Pertemuan Tanpa Izin Takdir  by luvlyillah
luvlyillah
  • WpView
    Reads 5,598
  • WpVote
    Votes 287
  • WpPart
    Parts 14
MEJAR HARIEZAL HAIRUL, pegawai termuda dalam unit operasi khas, menyusup ke sebuah kelab malam dengan identiti palsu demi satu misi sulit yang tidak boleh diketahui sesiapa. Di tengah cahaya palsu dan muzik yang memekakkan, dia bertemu Shalieya Syahzeana seorang gadis yang berada di kelab malam bukan untuk keseronokan, tetapi demi menyelamatkan nyawa adiknya. Pertemuan mereka berlaku tanpa dirancang, tanpa janji, dan tanpa keizinan takdir. Hariezal melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat. Luka yang tersembunyi di sebalik senyuman yang dipaksa. Shalieya pula menemui ketenangan aneh dalam pandangan seorang lelaki yang tidak memandangnya seperti orang lain. Dingin tapi lembut. Tanpa mereka sedari, misi Hariezal perlahan-lahan bersilang dengan kehidupan Shalieya. Setiap langkah Hariezal untuk melindungi negara menolak dia semakin hampir kepada gadis yang sepatutnya dia jauhi. Setiap pilihan Shalieya untuk terus bertahan pula mendedahkannya kepada bahaya yang tidak pernah dia pilih. Apabila rahsia terbongkar dan kebenaran menuntut harga, Hariezal terpaksa memilih antara tugas yang disumpah dan perasaan yang tidak sepatutnya wujud. Shalieya pula harus menentukan sama ada cinta mampu bertahan dalam dunia yang sentiasa menuntut pengorbanan. Ini bukan kisah penyelamatan yang sempurna. Ini kisah dua jiwa yang bertemu di tempat yang salah dan belajar bahawa harapan kadangkala lahir daripada kegelapan.
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 11,450
  • WpVote
    Votes 2,279
  • WpPart
    Parts 17
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
Beneath His Gentle Lies [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 26,467
  • WpVote
    Votes 1,222
  • WpPart
    Parts 50
[1st book] Dara Nadira adalah seorang anak sulung yang di mana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata ayahnya. Dia selalu dibandingkan dengan adik sendiri. Diketepikan oleh ayah yang selalu melebihkan adiknya. Membuatkan Dara tumbuh dengan kehausan kasih sayang dari seorang bapa. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Kenapa Ayah tak tahu? Sebab Ayah cuma ambik tahu pasal Damia! Pasal Dara, Ayah tak pernah peduli. Apa pun pasal Damia je!" - Dara Nadira "Menjawab kau ya? Sikit pun tak hormat bapak sendiri!" - Encik Malik "Ayah yang buat Dara hilang hormat dekat Ayah." - Dara Nadira Seorang lelaki bernama Hazrel Aidan De' Lorien muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Tiba-tiba dengan satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayah kandungnya sendiri. Dan juga memaksanya untuk berkahwin dengan lelaki yang dia kenali hanya sebagai pelanggan di tempat kerja. Tanpa rasa cinta dan sayang hanya kerana mahu menutup malu. Selepas kahwin pula, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De'Lorien yang hidupnya dipenuhi dendam lama? "Saya dah tahu segalanya Hazrel. Sepenuh hati saya percayakan awak selama ini Hazrel, tapi ini yang awak balas?" - Dara Nadira "Abang pilih untuk rahsiakan sebab abang tak nak hilang love. Love dah jadi separuh nyawa abang, kebahagiaan abang dan hidup abang. Abang tetap sembunyikan semuanya dengan harapan rahsia tu takkan terbongkar langsung suatu hari nanti. Tapi abang silap... penipuan takkan kekal jadi penipuan, cepat atau lambat, semuanya akan terbongkar jua..." - Hazrel Aidan De'Lorien start : 9/11/2025 end :
Kisah Sempurna to Complement Of Love [REVAMP] by luvlyillah
luvlyillah
  • WpView
    Reads 5,569
  • WpVote
    Votes 162
  • WpPart
    Parts 8
Umar Hairith Khaiye & Tun El Melisa Hanietasya
ASHANA: Bunga Abadi by cikmayy
cikmayy
  • WpView
    Reads 19
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
Cinta itu penyakit buat hati yang buta. Tapi tanpa cinta, hati boleh mati. "Mencintai orang yang tidak mengerti dirinya dicintai itu namanya bunuh diri." - Nur Rayhana "Itu cuma simpati aku." - Ashraf Daniel Cinta itu terbalas, namun atas dasar apa? "Kamu berada di sini atas ihsan Allah. Menunduklah ketika kamu berjalan di atas muka Bumi-Nya." - Iskandar Muizuddin Ku persembahkan, bunga abadi yang ku petik untuknya.
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 952,733
  • WpVote
    Votes 40,420
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026