Fav 1🐿️✨
62 stories
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂'𝒔 𝑷𝒐𝒔𝒔𝒆𝒔𝒔𝒊𝒗𝒆 𝑯𝒖𝒔𝒃𝒂𝒏𝒅 : NATHAN HENRY [𝐂] by melyssafy
melyssafy
  • WpView
    Reads 106,475
  • WpVote
    Votes 3,586
  • WpPart
    Parts 97
- 𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀'𝐒 𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 - 𝗡𝗔𝗧𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗡𝗥𝗬, 𝗛𝗔𝗡𝗔𝗨𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗨𝗥𝗘𝗘𝗡 "Kau bukan lagi milik dunia luar. Kau milik aku. Jiwa kau, raga kau, dan setiap hela nafas kau... semuanya milik Nathan Henry." - 𝐍𝐀𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐑𝐘 Hanaura Naureen tidak pernah menyangka hidupnya yang tenang akan hancur dalam sekelip mata. Diculik oleh sekumpulan lelaki misteri hanyalah permulaan kepada mimpi ngeri yang lebih besar. Apabila dia diselamatkan, wira yang muncul bukanlah penyelamat yang murni, melainkan seorang pemangsa yang jauh lebih berbahaya iaitu Nathan Henry. Henry adalah ketua sindiket antarabangsa yang dingin dan kejam. Baginya, dunia ini hanyalah sebuah papan catur, dan Hanaura adalah satu-satunya wanita yang paling berharga. Selama bertahun-tahun, Henry memerhatikan Hanaura dari bayang-bayang, menghapuskan setiap lelaki yang cuba mendekati, dan menunggu saat yang tepat untuk menjadikan wanita itu miliknya secara mutlak. Kini, Hanaura terperangkap di dalam "sangkar emas" yang dibina oleh Henry. Sebuah mansion mewah yang menjadi saksi kepada obsesi gila seorang lelaki yang tidak mengenal perkataan 'tidak'. Di dunia Henry, tiada jalan keluar. Di mata Henry, Hanaura adalah pemilikan mutlak. Apabila garis antara benci dan obsesi mula kabur, Hanaura terpaksa memilih, terus berjuang untuk kebebasan yang mustahil, atau menyerah kepada kegelapan lelaki yang sanggup membunuh demi memilikinya. "Jangan lawan, Naureen. Lagi kau lawan, lagi aku akan pastikan sangkar kau jadi lebih sempit. You are mine now. Forever." - 𝐍𝐀𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐑𝐘 Adakah Nathan Henry satu-satunya "penyelamat" dalam hidupnya yang penuh dengan pengkhianatan ini? Walaupun cara Nathan Henry adalah dengan cara menculiknya? ⚠️Non-muslim / 18+ ⚠️Genre: Dark Romance / Mafia / Thriller ⚠️Tema: Obs
Aayan's Valentine by elleciaa_
elleciaa_
  • WpView
    Reads 1,508,792
  • WpVote
    Votes 86,986
  • WpPart
    Parts 72
[ COMPLETED ] © 2021 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 1 14 Februari. Tanggal yang seharusnya menjadi hari bahagia buat Nyla Iska berakhir dengan dirinya yang perlu menjaga si adik di hospital. Pada hari kelahirannya yang ke 21, Ayla dimasukkan ke dalam hospital. Tidak boleh dikatakan hari itu ialah hari yang malang. Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mencuri hati menyebabkan dia tidak keruan. Tetapi kerana tidak mahu terlalu berharap, Nyla memutuskan untuk melupakan jejaka itu. Tuan Aayan Haziel. Siapa sangka jejaka pujaan ramai itu sudah memiliki permaisuri hati yang ingin dijadikan milik sepenuhnya. "See you again lady." Tekadnya yang ingin menjadikan gadis yang baru ditemuinya sehari membawa mereka ke jinjang pelamin jua. Dalam melayar kehidupan bahagia bersama si kekasih hati, satu persatu rahsia kian menerjah. Ianya memusnahkan segala yang dibina mereka. Aayan yang dahulunya penyayang berubah menjadi dingin. Tetapi wanita itu tetap dilayan baik, tidak langsung berkasar terhadapnya. "Jangan buat buat tak tahu. Awak layan saya macam ni, padahal baru je tadi awak-" "Naik Nyla. Jangan tidur lambat." Aayan memotong kata katanya lagi. Nyla mengeluh sambil matanya membawa pemergian Aayan. Wanita itu sudah penat. Kandungan dan penyakit yang dihadapinya menjadikan keadaannya semakin memburuk. Nyla terleka. Aayan tidak pernah meninggalkannya. Jejaka itu sentiasa mengawasinya, tidak kira jauh atau dekat. ❝Trust my action, not my words.❞ PLEASE READ ALL THE WARNING FIRST ! [Highest Ranking] #1 in watty - 20 Oktober 2021 #1 in husband - 4 November 2021 #1 in mafia - 3 Disember 2021 #1 in action - 16 Disember 2021 #1 in anxiety - 17 Disember 2021 #1 in romance - 27 Februari 2022 #1 in sad - 21 Mac 2022 #1 in sick - 3 Mei 2022 #1 in random - 25 November 2022
𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 251,590
  • WpVote
    Votes 9,936
  • WpPart
    Parts 66
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
SATU MALAM | C by Milomasinn
Milomasinn
  • WpView
    Reads 433,696
  • WpVote
    Votes 14,292
  • WpPart
    Parts 70
KARYA PERTAMA | Rayyan Malik ×× Alya Sofia Alya Sofia cuma mahu bekerja dan terus hidup. Tetapi satu malam mengubah segalanya apabila dia bertemu Rayyan Malik - CEO muda yang dingin, berpengaruh, dan terlalu berbahaya untuk disentuh. Dia fikir hubungan mereka akan tamat selepas malam itu. Malangnya, Rayyan Malik bukan lelaki yang mudah melepaskan apa yang dia mahu. Semakin Alya cuba melarikan diri, semakin Rayyan mendekat dengan cara yang menyesakkan. Di sebalik wajah tenang dan kuasa yang dimiliki lelaki itu, tersembunyi obsesi yang perlahan-lahan mula menghancurkan hidup Alya. Dalam dunia Rayyan Malik, tiada istilah kebetulan. Sekali dia memilih seseorang... jalan keluar sudah terlambat. Dan Alya baru sedar- malam itu bukan permulaan sebuah cinta. Tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Start: 20/5/2026 End:
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 725,850
  • WpVote
    Votes 27,009
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Raja Noah Haider : His Starlight by mint_llc
mint_llc
  • WpView
    Reads 9,106
  • WpVote
    Votes 689
  • WpPart
    Parts 15
Raja Noah Haider ♡ Yasmin Elara
C | MOON-DOOR √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 3,578
  • WpVote
    Votes 917
  • WpPart
    Parts 68
Bulan-Pintu? Oh bukan. Itu cuma kenyataan yang harus diterima oleh LILY HARLINA apabila dia tidak peduli jika harus terhegeh-hegeh dengan cinta hatinya. Cinta hati yang menjadi igauan mimpi kala malam menjelma walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Sekadar hubungan kawan juga jauh dari kata. "Kau terhegeh-hegeh dengan aku. Kau tak malu?" - KHALIF QAYS "Tak. Saya terhegeh-hegeh dengan awak sebab saya suka awak." - LILY HARLINA Namun, itu bukan point utama. Kerana dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi- di mana kecerdasan buatan mula menggantikan peranan manusia, dan robot dicipta bukan sekadar membantu tetapi mengambil alih, perasaan seperti itu dianggap lemah. Manusia tidak lagi dinilai melalui hati. Tetapi melalui kecekapan. Dan tanpa sedar, kemajuan yang dikejar itu perlahan-lahan melahirkan KEMUNDURAN bukan pada teknologi, tetapi pada jiwa manusia. Manusia semakin maju ke hadapan, namun kemanusiaan mereka semakin tertinggal di belakang. Dan di tengah dunia yang semakin kehilangan kemanusiaan itu, Lily hidup membuat perbandingan di antara manusia dan sistem sehingga dia sedar, kalau manusia lebih sempurna tanpa apa-apa kecerdasan buatan. Dia mahu membuktikan bahawa manusia masih lebih daripada sekadar logik dan sistem. Bahawa hati... masih punya nilai yang tidak boleh digantikan oleh mana-mana mesin. Lelaki itu adalah manusia pertama yang Lily ingin selamatkan daripada berada di bawah pengaruh seseorang yang kononnya sebagai 'Tuhan'. "Awak tak akan pernah tahu bagaimana rasanya berada di negara yang setiap hari berperang. Tanpa bantuan makanan. Ketidakadilan. Walaupun seluruh dunia melihat." - LILY HARLINA
Fallen-The Dark Knight(OG) by FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Reads 42,301
  • WpVote
    Votes 4,752
  • WpPart
    Parts 68
[FIRST KNIGHT SERIES] READ AT YOUR OWN RISK!!!!!! Disclaimer!! Any resemblance to other stories, whether in reality or existing works, is entirely coincidental and unintentional. Do not copy my works without my permission. Plagiarism is a crime!