NabilaSyuhada4's Reading List
8 stories
ZAUJAH HAMZAH [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 496,243
  • WpVote
    Votes 38,119
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
Heartless To Falling In Love (Edited Version.) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 212,359
  • WpVote
    Votes 5,422
  • WpPart
    Parts 76
Haira Arelyne, seorang pelajar universiti dengan hati yang sukar terbuka pada cinta, sedang menjalani hidup yang penuh dengan cabaran iaitu dengan salah faham, kehilangan kawan lama, dan tekanan keluarga yang membebankan. Di tengah kesunyian itu, dunia sekelilingnya penuh dengan rahsia, ujian, dan pandangan yang selalu mengintai. Namun, persahabatan baru mula muncul, dan sedikit demi sedikit, hatinya yang "heartless" diuji oleh kehangatan dan perhatian yang tidak dijangka. Antara drama, kehilangan, dan ujian hidup, apakah Haira akan menemui kebahagiaan yang sejati, atau hatinya akan terus terluka? Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana-mana persamaan dengan orang hidup atau mati adalah kebetulan semata-mata ya. Terselit juga sedikit inspirasi daripada pengalaman penulis.
𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐋𝐈𝐄𝐒 by Reinaxie
Reinaxie
  • WpView
    Reads 605,151
  • WpVote
    Votes 22,896
  • WpPart
    Parts 40
"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,859,454
  • WpVote
    Votes 413,653
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
DIA ANAK POLIS, GUA ANAK MAFIA • [C] by fieqashah
fieqashah
  • WpView
    Reads 32,731
  • WpVote
    Votes 1,716
  • WpPart
    Parts 37
(BOOK 1) ✅ COMPLETED~ 1/9/2023 "Sampai syurga.. Kita akan kekal sampai syurga. Dekat sana nanti sayang akan jadi bidadari abang." - Bella Batrisyia "Abang minta maaf.. Abang tak dapat teman sayang sampai sana. Abang banyak dosa sayang." - Addin Adrian Pertemuan semula antara Addin Adrian dan Bella Batrisyia bersaksikan dua pucuk pistol. Lebih daripada sedekad mereka terpisah. Sungguh menyedihkan. Pertemuan manis yang diharapkan menjadi kelat. Walaupun takdir sudah menyilangkan laluan mereka, jurang yang besar masih wujud. Perbezaan status mereka telah menghalang tali cinta untuk bersimpuh dengan sempurna. Lumrahnya, sudah tentulah anak seorang polis mustahil akan bersatu dengan anak seorang penjenayah kelas tinggi. Inilah perjalanan cinta antara anak polis dan anak buruan berharga pihak polis. Tidak kira sebesar mana tembok penghadang. Tidak kira sejauh mana perbezaan antara mereka. Cinta yang berpucuk kekal mekar berkembang tanpa layu. Kotoran duniawi tidak akan sesekali menggugat kesucian cinta mereka. Addin Adrian, Bella Batrisyia. Perjuangan, perpisahan dan pertemuan mereka tercatat di sini.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️ by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 553,229
  • WpVote
    Votes 14,510
  • WpPart
    Parts 51
𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟏𒆜𓊉 (Vol 2 & 3 finished!!) 「𝐇𝐈𝐒 𝐂𝐔𝐓𝐈𝐄」 My first story. Dipersilakan membaca kebosanan saya di sini. Ditulis semasa umur masih 13 tahun harap maklum. Dah tahap muak dah nak edit cerita ni. ─ .⋅ ♫ ⋅.─ 𝐍𝐚𝐬𝐡 𝐇𝐲𝐝𝐞𝐫 Hate to love brother 𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐡𝐚 𝐒𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐚 Unexpected little sister --- Pada mulanya, Nash Hyder menganggap kehadiran Malikha Stellia hanyalah beban dalam hidupnya-seorang adik angkat yang tidak diundang dan merosakkan rutin sempurnanya. Namun, perlahan-lahan, rasa benci itu berubah menjadi ketertarikan yang mengganggu fikirannya. Obsesinya terhadap Malikha makin kuat, hingga dia sanggup menyingkirkan sesiapa saja yang cuba merenggangkan mereka. Tapi apa yang berlaku bila Malikha sendiri yang menjadi tembok utama antara mereka? --- Nash Hyder: "The moon is beautiful, isn't it?" Malikha Stellia: "No. The sunset is obviously more beautiful." Malikha Stellia: "I'm sorry, Nash. But you're wrong." ──────── ‼️don't plagiat please don't be a silent reader... Vote please (Cringe tahap gila bab1!) START : 20 JULY 2022 END : 18 FEB 2023
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,521,248
  • WpVote
    Votes 28,599
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?