Mon Cherié
5 قصة
Elpízo: HOPE [C] بقلم MsPoch_
Elpízo: HOPE [C]
MsPoch_
  • مقروء 4,068
  • صوت 801
  • أجزاء 29
(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang terjerut dalam satu masalah bersama oleh kerana cadangan salah seorang dari mereka. Niat hendak lari dari masalah, namun tanpa sedar masalah pula mengejar mereka. Fantasia. Alam yang dilupakan. Wujudkah ia? Sudahlah termasuk tanpa kemahuan, tidak pula disambut baik, malah kepala mereka pula diburu. Sejak mengetahui tentang Fantasia, matlamat mereka sudah ditetapkan. Iaitu untuk balik ke dunia mereka semula dengan selamat. Tapi siapa sangka, semakin lama berada dalam alam itu, semakin banyak rahsia mereka buka. Satu persatu kisah diteroka, satu persatu kenyataan diperoleh. Mereka belajar untuk saling mempercayai. Kerjasama, itu kata kuncinya. Dalam kesedihan mereka belajar erti bersyukur. Kekalahan dan kemenangan, itu lumrah perlawanan. Sedih dan gembira, itu lumrah kehidupan. Mereka lemah bila mereka berpecah... "Tinggalkan aku, korang kena keluar dari sini!" "Kau fikir kami nak tinggal kau macam tu je? Kau kawan kami!" "Kau kena ingat, kita datang sini sama-sama, jadi kita keluar pun sama-sama," Mereka kuat bila mereka bersatu. "Let the courage be our sword and the trust be our shield." --- STARTED: 21 May 2021 END: 4 April 2022
+13 أكثر
Not So Normal Club بقلم MsPoch_
Not So Normal Club
MsPoch_
  • مقروء 114
  • صوت 31
  • أجزاء 7
"Vampire boleh sedut darah orang!" "Tak boleh!" Dan begitulah harapan aku dihancurkan. Aku betul-betul dah salah pilih! Vampire? Apa je vampire moden boleh buat? Ah, lemah slebew! ••• Semuanya normal selama lebih 15 tahun aku hidup. Aku sebagai anak tunggal yang selalu minta penggal, tak ada apa-apa keistimewaan. Belajar? Banyak ponteng je. Buat kerja kat rumah? Kalau mama tak menjerit pagi-pagi, belum tentu aku bangun. Semuanya normal untuk aku. Sampailah satu hari, aku terjebak dengan a not so normal club hanya disebabkan wajah cantik si dia. Auch! Betullah manusia cuma pandang rupa je. Tak apalah. Mungkin lepas aku jadi vampire, aku takkan jadi seperti manusia yang hanya memandang rupa. I mean, vampire. Apa guna susah-susah aku jadi vampire kalau tak ada kelebihan kan? A modern vampire girl in a modern world. ••• Start : Never End : Never Eh gurau- Kalau rajin aku type la. Super super super slow update ching!
Árulás [Betrayal]  بقلم smokymokivicococo
Árulás [Betrayal]
smokymokivicococo
  • مقروء 16,923
  • صوت 2,529
  • أجزاء 65
Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cabaran mereka hadapi untuk meneruskan kumpulan bernama Amonic itu. Ancaman yang dihadap saban hari menuju tepat pada mereka, mengancam dan menggugat nyawa. Namun, tiada pilihan bagi mereka melainkan terus menggalas amanah ibu bapa masing-masing. Evelyn Helena, Edrianna Aulia dan Fairyna Fathylia. Sudah hampir tujuh tahun mereka saling bergantung dan bekerjasama demi satu motif yang sama, Amonic. Saling melindungi, menyokong dan menyayangi. Kasih antara mereka sudah melebihi hubungan kekeluargaan. Namun apabila satu perkahwinan menjadi titik perpisahan bagi mereka, apa yang akan terjadi? Awalnya, hanya perkahwinan itu yang menggugat. Namun apabila kepercayaan itu kini direntap oleh seribu satu rahsia yang terbongkar, tiada peluang lagi untuk mereka. Perpisahan. Pengkhianatan yang terpaksa ditelan, kehilangan yang menambahkan luka dan kisah silam yang tidak jemu menghantui, akhirnya melahirkan titik-titik dendam di hati mereka. Nyawa dibalas nyawa, Itu prinsip yang dipegang. Demi itu, mereka memilih untuk membunuh si pendosa. Dan apabila nyawa tersebut sudah hampir dimiliki dan direntap dari tubuh, muncul seorang gadis bernama Scarlet membawa pembongkaran rahsia terbaharu. Rahsia yang lebih kejam dan melukakan. Rahsia yang selama ini langsung tidak disedari merupakan penggugat utama kebahagiaan mereka. Tundukkah mereka? Atau perjuangan akan diteruskan? Dan apa akan terjadi dengan hubungan yang kian retak itu? ~~~~~~~~~~~~~~~ Árulás = Betrayal ~~~~~~~~~~~~~~~ Previously known as : Husband Headhunter Cover by : me