bySueHerra's Reading List
6 stories
NUR HANI:HIS REQUIEM (OG) by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 43
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
[1st Her series] Sinopsis Nur Hani, gadis yatim piatu yang membesar tanpa kasih ibu bapa, belajar hidup dengan tenang walau hatinya sering dilanda sepi. Dia percaya setiap kesedihan ada hikmah, dan setiap luka membawa sinar yang baru. Sinar itu hadir dalam bentuk seorang lelaki bernama Megat Hafiez, CEO MH Holdings yang terkenal dengan sikap dingin dan hati batu. Pertemuan mereka bermula dengan salah faham, namun berakhir dengan sesuatu yang Hani tak pernah jangka, cinta. Cinta yang lembut, perlahan, tapi penuh makna. Hani menjadi ketenangan dalam kekacauan hidup Megat, dan Megat pula menjadi tempat Hani belajar tentang makna disayangi. Namun cinta seindah itu jarang kekal lama. Hani menyembunyikan rahsia besar, penyakit kanser rahim yang boleh meragut nyawanya bila-bila masa.Dia menyembunyikan rekod kesihatannya demi nyawa anak kedua mereka yang saat ini ada di perutnya. Dia sedar, apapun yang bakal terjadi, Megat akan selalu memilih dirinya berbanding anak mereka, dan itu adalah hal yang dia cuba elakkan. Di saat Megat mula merancang masa depan bersama, takdir terlebih dahulu merancang sesuatu yang lebih menyakitkan. Sebuah kemalangan meragut nyawa Hani dan anak dalam kandungannya, meninggalkan Megat terperangkap antara realiti dan kenangan. Yang tinggal hanyalah anak sulung mereka yang berusia tiga tahun, surat-surat lama dan suara lembut yang terus hidup dalam hatinya. Bagi dunia, Hani sudah tiada. Tapi bagi Megat Hafiez, cintanya masih hidup, bernafas dalam setiap doa dan setiap lagu requiem yang dia bisikkan setiap malam. No plagiat❌ Hafiez X Hani
AYDAN HARRAZ:HER ECLIPSE (OG) by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 161
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 4
[4th his series] Selepas bertahun-tahun hidup dalam bayang misi rahsia sebagai anggota elit Reja 7, Aydan Harraz akhirnya tumbang.. Bukan di medan perang, tapi di medan hati. Cintanya bertepuk sebelah tangan, dan untuk pertama kali dalam hidup, dia meminta cuti. Destinasinya adalah sebuah negara yang selama ini dia idamkan.. Swiss, tempat yang tenang, jauh dari bunyi tembakan dan kod rahsia. Namun, takdir punya cara sendiri untuk mengusik lelaki sekuat dia. Di sebuah kafe kecil di tepi tasik Geneva, Harraz menjadi penyelamat tidak sengaja kepada seorang wanita yang sedang cuba menolak lamaran cinta seorang lelaki berpengaruh. Dalam panik, wanita itu, Zara Sophea, menarik tangan Harraz dan memperkenalkannya sebagai kekasih di depan semua orang. Harraz, dengan senyum nakal dan aura bersahaja, hanya mengikut aliran permainan itu. Tapi tanpa mereka sedari... seseorang sedang memerhati. Dan orang itu ialah ayah Zara Sophea, seorang diplomat berpengaruh yang percaya Harraz benar-benar kekasih anaknya. "Aku tak nak tahu lebih.. Yang aku tahu kau kena bertanggungjawab!"ucap Harry Edison ayah kepada Zara Sophea. Satu salah faham kecil menjadi permulaan kisah yang mengikat dua jiwa dari dua dunia berbeza. Zara, gadis elegan yang hidup dalam dunia aturan. Harraz, lelaki bebas yang menyorok luka di balik senyuman. "Dunia ni bulat, sebulat mata awak! Lari mana pun, kalau awak jodoh saya. Awak tetap milik saya!"-Aydan Harraz "Eishhh...Perasan! Kau ni memang tak paham bahasa kan! Aku dah kata aku tak suka.. Maksudnya aku memang tak suka lah! Otak letak mana hahh? Udang betul!" - Zara Sophea "Hmm udang masak sambal petai..Favourite saya tu..Awak ni ingat je makanan kegemaran saya kan..Ahhh terharu mak nyah.." Aydan Harraz Namun bila masa lalu Harraz mula membayangi, misi silam Reja 7, dendam yang belum terpadam, dan musuh yang menjejaknya hingga ke Swiss.. No plagiat❌ HarrazXSophea
Sepotong hati, seribu luka by NyxAtris93
NyxAtris93
  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 22
Hyejin hanyalah seorang wanita biasa, tetapi budi baiknya membawa padah. Tanpa disedari, dia dijadikan isteri rahsia demi memenuhi impian Seoyeon-mengelak campur tangan mertua dalam rumah tangga mereka. Hyejin terperangkap dalam dunia penuh penipuan dan pengkhianatan, hidup sebagai alat untuk melahirkan anak Yoongi dan Seoyeon. Setelah itu, namanya tidak akan tercatat, dan dia sepatutnya dilupakan. Yoongi, lelaki dominan yang cintanya hanya untuk Seoyeon, memandang Hyejin sebagai mala petaka. Setiap kata, setiap sentuhan, hanyalah kemarahan dan ketegangan, tiada kasih sayang. Hyejin hidup dalam kesunyian, berjuang demi nyawa yang dikandungnya, walaupun luka dan derita menimbun tanpa siapa peduli. Perjanjian yang ditandatanganinya dengan Seoyeon sepatutnya formal, tetapi Yoongi telah memutarbelitkannya tanpa pengetahuan Hyejin. Dia menyedari bahawa hidupnya kini terikat dengan janji yang lebih keras daripada yang dibayangkan. Namun, dalam bayangan kebencian dan tipu daya itu, Hyejin mula belajar bertahan. Setiap pengorbanan dan keputusan membawanya lebih dekat ke kekuatannya sendiri. Walau Yoongi menghantui hatinya dan Seoyeon merancang di belakang, Hyejin mula menulis kisahnya sendiri-kisah seorang wanita yang tidak lagi sekadar alat, tetapi pejuang demi dirinya dan anaknya.
MEGAT HAFIEZ: HER PROTETTORE [C] by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 15,132
  • WpVote
    Votes 921
  • WpPart
    Parts 39
[3rd his series] Pertemuan tanpa sengaja itu mengikat takdir mereka. Aish Qadeeja, seorang wanita biasa yang baru pulang dari tempat kerja, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah kemalangan di tepi jalan. Malam itu, dia melihat sebuah kereta hampir terbabas. Seorang lelaki cemas berusaha menolak anak kecilnya keluar dari kenderaan. Dengan keberanian yang tidak pernah dia bayangkan, Aish Qadeeja menyelamatkan anak kecil itu, Megat Hanif Syazwan atau Hans. Namun saat kereta itu akhirnya terbabas, dia juga menyelamatkan sang ayah yang tidak sedarkan diri, Megat Hafiez. Megat Hafiez bukan lelaki biasa. Dia seorang lelaki berkarisma, tegas, dan menyimpan luka lama yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri. Dalam hidupnya yang penuh duka dan tanggungjawab besar membesarkan Hans sendirian, kemunculan Aish Qadeeja bagaikan sinar yang dia tidak pernah pinta. Namun, semakin dia cuba menjauh, semakin kuat takdir mempertemukan mereka. Dari seorang penyelamat, Aish Qadeeja menjadi penjaga hati, bukan hanya untuk Hans, tetapi juga untuk Megat Hafiez. Tapi mampukah Aish bertahan dengan tembok dingin Hafiez? Dan sanggupkah Hafiez melepaskan ketakutannya untuk sekali lagi mencintai? Kerana dalam cinta ini, mereka bukan sekadar pasangan biasa. Megat Hafiez adalah Her Protettore, pelindung yang Tuhan kirimkan tepat pada masanya. [No Plagiat] Hafiez x Qadeeja ♥️
AARIZ ZAYYAN: HER ALBATROSS [C] by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 16,003
  • WpVote
    Votes 695
  • WpPart
    Parts 43
[2nd His Series] Pertemuan itu bukan dirancang, tapi takdir menemukan mereka. Malam yang gelap, jeritan cemas di tempat parkir, dan seorang lelaki asing yang muncul sebagai penyelamat. Sejak detik itu, hidup Nadeera Ayla mula berubah. Aariz Zayyan, lelaki berkarisma yang berani dan penuh kesungguhan, jatuh hati pada Ayla sejak pertemuan pertama. Berkali-kali dia meluahkan rasa, berkali-kali juga Ayla menolak. Bukan kerana tidak ada rasa, tapi kerana ketakutan yang membelenggu hati, takut untuk jatuh cinta, takut untuk terluka. Namun, saat Ayla akhirnya berani membuka hati... takdir sekali lagi menguji. Aariz dipaksa memikul tanggungjawab besar apabila syarikat milik ayahnya, Tan Sri Kamal, jatuh ke bahunya. Mereka terpaksa berjauhan, menempuh cinta jarak jauh yang penuh liku. Ego, salah faham, dan jarak mula menjadi racun dalam hubungan. Mampukah Aariz dan Ayla mempertahankan rasa yang telah dibina, atau adakah cinta mereka akan tersungkur di tengah jalan? Kerana dalam perjalanan ini, mereka akan sedar... cinta bukan hanya tentang rasa, tetapi juga tentang keberanian untuk memilih, bertahan, dan percaya. [No Plagiat] Aariz X Ayla♥️ by Author Hani Qadeeja
ZAYD IZZUDDIN : HER JUPITER [C] by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 49,784
  • WpVote
    Votes 2,241
  • WpPart
    Parts 41
[1st His Series] Satu tahun enam bulan bukan tempoh yang sekejap bagi Zayd. Dia sempat merasa putus asa saat sang pujaan hati menghilang begitu sahaja. "Aikk facebook deactive? Ig pun dah lesap? Mana dia ni?Asal semua dah takde ni.? Dhea Adreena mana aku nak cari kau ni??" -Zayd Izzuddin "Kau asal bro,macam ayam berak kapur aku tengok muka kau tu." - Aariz Zayyan "Dia..Hilang.." - Zayd Izzuddin "Perempuan yang kau stalk tiap hari tu ke? Alaa tenang lah, Bunga bukan sekuntum. Mungkin kau memang tak berjodoh dengan dia.. Sabar ya makhluk tuhan paling sendu. Hahahaha" - Aydin Harraz "Tapi hati aku nak Dhea." - Zayd Izzuddin Namun siapa sangka kehendak Allah lebih indah dari sekadar harapannya. Dari sekadar hanya mampu melihat setiap postingan di media sosial seorang Dhea Adreena, Zayd kini ditemukan gadis itu. Takdir membawa mereka untuk menjalani sebuah hubungan yang rumit. "Aku rasa Zayd ni gay la weiii" - Dhea Adreena "Astaghfirullahalazim..Dhea Adreena anak pakcik Asyraf kau buta ke wei..Dah terang lagi bersuluh yang Zayd tu suka kau!!" - Nadeera Ayla Entah seperti apa jalan takdir kisah mereka. Apakah rasa yang lama terpendam akan dibalas dengan rasa yang sama? Atau apakah kisah mereka akan berakhir dengan hati yang berkecai. [No Plagiat] ZAYD X DHEA 1st Story by Hani Qadeeja ♥️