my favourite
62 stories
π—Ÿπ—’π—”π—§π—›π—˜ π—§π—›π—˜ π—Ÿπ—’π—©π—˜ | COMPLETED by fancyfroy
fancyfroy
  • WpView
    Reads 59,446
  • WpVote
    Votes 3,640
  • WpPart
    Parts 66
Prinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba. Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud. Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang. "Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?" Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran. "I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!" Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas. "How could you do this to me, Ihsan? You cakap you takkan sesekali sakitkan I, physical or mental." "You are too much Aira, I'm sorry." Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, dia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri. "We're just never meant to be, Ihsan." Sanggupkah Falia melukakan hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini? Highest ranking - #01 in Fiction [23/02/2024]
Sara Isabella by froszrine
froszrine
  • WpView
    Reads 581,864
  • WpVote
    Votes 41,566
  • WpPart
    Parts 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Really? Sebab waktu aku bangun, you're the one yang tidur sekatil dengan aku." -tapi semesta juga punya rencana yang tidak terduga, entah itu tentang hal berkaitan hati atau rasa.
Until We Meet Again by vanilla_rayna
vanilla_rayna
  • WpView
    Reads 11,113
  • WpVote
    Votes 830
  • WpPart
    Parts 26
Leo Renalvi x Hailey Fernandez "Aku hanya pelindung. Dia hanya amanah." Itu yang Leo Renalvi tanam dalam dirinya. Tapi semua berubah saat dia ditugaskan menjaga Hailey Fernandez, wanita yang sepatutnya menjadi isteri kepada putera kedua Lewis Family. Hailey Fernandez kehilangan lebih daripada seorang kekasih. Dia kehilangan segala-galanya. Cinta, harapan, dan dunia yang pernah dia kenali. Selepas kematian tragik Ian Lewis, Hailey hidup dalam kesendirian, terperangkap dalam kenangan yang menghantui setiap langkahnya. Hidupnya kini sepi, terasing dari dunia luar. Namun, munculnya Leo Renalvi, orang kepercayaan keluarga Lewis, mengubah segalanya. Dihantar untuk melindungi Hailey, Leo bukan sekadar pelindung-dia adalah rahsia yang mendalam dan perasaan yang tak mampu dielak. Seiring waktu, Hailey mula bertanya... bolehkah dia membuka hatinya lagi? Atau, adakah cinta baru ini hanya satu lagi tragedi yang menanti untuk dihancurkan?"
ZAYN X KEISHA by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 28,164
  • WpVote
    Votes 1,631
  • WpPart
    Parts 23
(E-BOOK) Zayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji akan menjadi nafas aku Tetapi kau tetap pergi jua Tinggalkan aku di persimpangan nestapa Kenapa sayang cepat sangat kau pergi ke dunia abadi Bagaimana dengan aku? Kenapa kau tinggalkan aku dalam gelap yang tidak bertepi ini? Keisha Rahsia ini aku simpan erat Tersembunyi dalam kotak hitam kenangan Gelap seperti hakikat takdirku Setiap detik aku dihantui bayangan Namun setiap kali aku melihatmu dari jauh Jantungku berdetak hebat, memanggil namamu Aku tahu cinta ini adalah dosa yang tidak diampunkan Tetapi hatiku, ia tetap memilihmu Meskipun ia tahu gabungan kita adalah lengkara Zayn X Keisha Kau tahu apa yang aku rasa? Setiap kali kau di sisiku? Hidup...
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE] by NusyaBelle_
NusyaBelle_
  • WpView
    Reads 429,296
  • WpVote
    Votes 5,231
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tapi siapalah dia yang hanya sekadar seorang dayang istana. Tugas seorang dayang istana cumalah...menjaga kebajikan kerabat di raja. Bukannya meraih cinta dan sayang kerabat diraja. Tapi... bagaimana jika di dunia yang lain. Dunia yang bertentangan dengan dunia nyata, dia dan si dia hanya lah orang biasa? Bukan kerabat. Bukan dayang istana. Bagaimana jika... di dunia yang tidak nyata itu, dia dan si dia saling mencintai? Tiada halangan darjat yang memisahkan mereka. Hanya mereka... dan cinta mereka sahaja yang wujud. Dia ingin tinggal di sana dengan lebih lama. Bersama cintanya. Namun dia sedar, tempatnya adalah di dunia nyata. Dunia di mana... dia tidak akan bersatu dengan cintanya.
L E Y L A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 212,816
  • WpVote
    Votes 12,564
  • WpPart
    Parts 22
[ONGOING] Leyla Amani Sendirian, seperti bunga elderberry Sendirian, melintasi hutan tanpa teman di sisi Sendirian, menyalakan tanglung dan menunggu seseorang untuk menyelamatkan diri Sendirian, menyalakan bunga mawar malam di atas buku menggarap kisah berantakan diri alami Sendirian, tetap kekal seperti awan lama yang tidak berarak Jejaka Bermata Helang Setiap penglihatan tentang keindahan akan lenyap Setiap perkataan yang manis akan memudar Namun, janganlah kau berputus asa Karena mereka semua datang dari sumber yang sama-dari Keabadian. Masukilah Keabadian itu, maka kau akan melihat segala sesuatu tumbuh dan berkembang Memberi hidup baru dan kegembiraan baru bagimu Mereka banyak menggunakan bahasa metaforik dan ungkapan yang tidak keluar dari bahasa pengetahuan sehingga membuatkan diri terbuai sesaat memasuki wilayah pengalaman dan mencium semerbak wewangian dunia lain. Leyla merenung lama terfikirkan sesuatu - Ada ratusan pesan dari Tuhan di setiap momen yang kita alami. Mungkin si jejaka bermata helang adalah si dia yang ditunggu selama ini untuk mencerahkan kerohanian diri 🍁🍁🍁
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 138,510
  • WpVote
    Votes 11,300
  • WpPart
    Parts 44
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
Pernikahan Paling Bahagia by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 27,734
  • WpVote
    Votes 2,684
  • WpPart
    Parts 39
Hadith Farhan ❀️ Elmayra Dahlia Pernikahan Paling Bahagia yang dimahukan oleh Elmayra Dahlia sepanjang hidupnya namun takdir berkata lain apabila dalam diam dia mencintai kekasih sepupunya sendiri. Hadith Farhan seorang lelaki yang setia tidak pernah melupakan kekasih walaupun segala ingatan tentang dirinya sudah hilang dalam ingatan gadis itu. 25/2/2025
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 130,110
  • WpVote
    Votes 14,086
  • WpPart
    Parts 46
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂 ❝ One last bet he couldn't surrender ❞ Nur Kaymelia Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino. Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk. Namun, Isaac gagal. Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu! . . Isaac Abraham Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. Tetapi tidak Nur Kaymelia. Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar! . . Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya. Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB. Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu? Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga. Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah? Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri? ❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞ WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
πŽπ”π‘ π–π‘πˆπ“π“π„π πƒπ„π’π“πˆππ˜ by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 792,358
  • WpVote
    Votes 28,834
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? πŸ₯‡ Highest ranking no. 1 in 𝐒𝐬π₯𝐚𝐦𝐒𝐜 ( 14/12/2022 ) πŸ₯ˆ Highest ranking no. 2 in π›π«π¨π€πžπ§ ( 24/7/2023 ) πŸ₯‰ Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞