Historical Fiction
4 stories
Ramesses II by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 6,079
  • WpVote
    Votes 367
  • WpPart
    Parts 5
Barangkali dia dihukum lantaran perasaannya terhadap Adrian. Mereka saudara sekandung tidak seharusnya memiliki hatta sebesar hama perasaan demikian. Tetapi daripada Adrian dia kenal segala. Malah daripada Adrian bercambah rasa cinta terlarangnya. Untuk hadiah hari lahirnya yang ke-20, Ivy terlalu mengimpikan percutian ke Mesir. Buat pertama kali Ivy menjejaki tanah milik dewa-dewa teragung tamadun Mesir Purba. Kekagumannya berganda apabila berpeluang melihat kerja-kerja penggalian pasukan Egyptology di tapak arkeologi. Tanpa sesiapa sedar antara serpihan purba torso yang ditemui masih tersimpan sumpahan dahulukala yang belum dimusnahkan. Ivy hilang dari pandangan semua. Dalam era rejim Raja Seti dari dinasti ke-19, Mesir Purba di situlah Ivy tercampak. Dia ditemui di sebuah padang pasir tandus oleh sekumpulan pedagang hamba abdi. Kemudian dibeli pula oleh seorang pembesar Mesir sebagai satu kepentingan. Kepentingan untuk dipergunakan dalam komplot menghapuskan waris terpenting takhta Raja Seti iaitu Putera Ramesses II. "Siapa kamu?" tanya Putera Ramesses kagum pertama kali bertemu mata dengan gadis berkulit putih bak porselin, berambut perang emas dan memiliki sepasang mata biru laut menawan. N-E-F-E-R-T-A-R-I Ivy nampak bibir Jeneral Kheti menuturkan tanpa suara dari jauh di salah satu tiang pilar besar. "Mengarut! Saya tidak akan sekali-kali jadi gundik kamu!" jerit Ivy histeria. "Hantar saya ke sempadan!!" pekiknya lagi. Semakin keras Ivy mendesak, semakin keras jua hati Putera Ramesses untuk tidak melepaskannya pergi. Berapa lama kah Ivy harus terperangkap di istana Kota Thebes? Berjaya kah dia kembali ke dunianya? Seterusnya kembali ke pangkuan bapa dan Adrian? PEMBERITAHUAN : Suka dimaklumkan, bahawa ini bukan kesinambungan RAMESSES. Sebaliknya RAMESSES II adalah 'revamp' daripada cerita terdahulu. Jika ada persamaan, mungkin nama-nama watak saja. Harap maklum Mula : 1 Ogos 2019 Tamat :
SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit) by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 31,356
  • WpVote
    Votes 1,134
  • WpPart
    Parts 30
Terdahulu, cerita ini disiarkan dengan memakai tajuk 1941. Cinta itu, sebuah perjalanan cerita hati tanpa noktah. Dan kau, akan selalu ada dalam tiap halaman cerita hatiku. Sepahit permulaan sejarah 1941 Tanah Melayu. Sepahit itulah rentetan sejarah antara mereka. Pertemuan itu tidak seharusnya muncul andai sudah kau tulis sebuah perpisahan. Namun, bukankah hati ini lebih berhak memilih? Setiap bushi punya pedangnya. Sekiranya pedang itu dikembalikan bersendirian, bererti pahlawan bushinya sudah pergi atau tewas. Atau... katana itu sendiri yang telah membunuh bushinya. Penghujung cinta mereka bukan pengakhir bahagia yang dicari. Sesungguhnya, bahagia paling indah, apabila cinta itu kembali ke sisi. "Ya, benar kerana Nippon. Dan sekarang apa perlu kami meraih simpati pemerintah Nippon?" ~ Melur "Dan, saya tidak lupa ingatkan kamu dulu... tidak semua Tentera Imperialis kamu boleh percaya."~ Leftenan Akashi Surat-surat dari Nagasaki mengungkap semua. Kisah cinta terlarang yang dilarang. Kisah kasih yang tidak kesampaian. Namun yang terindah tentulah, kisah cinta manis seiring dengan masa. [Pemenang Anugerah Wattys 2019 kategori Fiksyen Sejarah] Mula : 14 Oktober 2018 Tamat : 26 Mei 2020 ~~ 🍀🍀🍀 ~~ Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini boleh terus DM saya atau Kaksu: 019-262 4380
Kaisenjyo by meddmenov
meddmenov
  • WpView
    Reads 661
  • WpVote
    Votes 118
  • WpPart
    Parts 53
Satu peristiwa pembunuhan membawa Ryouji dan adik perempuannya kepada kehidupan baru, di sebuah rumah perlindungan. Peristiwa demi peristiwa yang menyusul memberi petunjuk yang membawa kepada pembunuh bapanya. Kehidupan di rumah perlindungan itu juga membawanya bertemu mangsa-mangsa yang lain yang turut menerima nasib serupa sepertinya. Namun dalang utama di sebalik pembunuhan itu punya kuasa, ghaib dan nyata. Nyata di puncak politik, dan ghaib dilindung semangat hayabusa. Menangani yang nyata melalui Kogen, namun bagaimana pula yang ghaib itu ditangani, yang bayarannya kehidupan mereka dan rakan-rakan mereka? Kisah ini berlatarbelakangkan awal era Pemulihan di Jepun pada lewat kurun ke-19. Semua watak dan elemen plot hanyalah rekaan semata-mata dan jika terdapat sebarang persamaan ia hanyalah suatu kebetulan.
Japanese Urban Legends by lucille_reaper
lucille_reaper
  • WpView
    Reads 2,024,871
  • WpVote
    Votes 71,053
  • WpPart
    Parts 48
Love the creepy side of Japan? On the surface, all that people hear about Japan is their rich culture, and how weird some of their customs and inventions are. But aside from that, there is a darker side of Japan, including their unsettling urban legends. From different colored toilet paper to a poem that might curse you, this book will show you many of their urban legends are odd and downright creepy. And trust me, they will also show you yet another example of how weird Japan is. Oh, Japan... how I love you so much. The cover art is by an artist named Takato Yamamoto.