MasterArrA's Reading List
2 stories
HALU by MasterArrA
MasterArrA
  • WpView
    Reads 97
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 18
Rezki membesar dengan pandangan bahawa dunia ini hanyalah ilusi - sekadar bayang-bayang yang tidak pernah kekal. Keyakinannya kepada agama yang pernah menjadi cahaya hidup, kini semakin pudar, digantikan dengan rasa kosong yang tidak terjelaskan. Namun semuanya berubah apabila dia mula mengalami gangguan aneh: bisikan di telinga ketika sendirian, kelibat yang hilang sebaik dia berpaling, dan mimpi-mimpi yang terasa terlalu nyata untuk diabaikan. Kehidupannya perlahan-lahan runtuh di hadapan mata, membuatkan Rezki terperangkap di antara dua persoalan: adakah semua ini sekadar gangguan minda, atau sesuatu yang jauh lebih gelap sedang menguasainya? Di tengah kekeliruan, dia perlu memilih - mencari kebenaran, atau tenggelam dalam bayangan yang menelannya bulat-bulat.
LARANG by MasterArrA
MasterArrA
  • WpView
    Reads 2,862
  • WpVote
    Votes 154
  • WpPart
    Parts 36
Maka dihikayatkanlah perihal seorang insan bernama Abdullah, yang hidupnya amat teguh berpaut pada akal budi serta pertimbangan fikirannya. Barang yang tiada dapat ditimbang dengan neraca logik, nescaya dibuangnya jauh-jauh, bahkan keyakinannya kepada Ilahi pun acap kali dipersoalkannya sendiri. Adapun pada suatu ketika, datanglah peristiwa yang tiada terjangka, ibarat kilat membelah langit, menggoncang segala keyakinan yang tersimpan rapi di dalam sanubari. Sejak saat itu, Abdullah mulai melihat bahawa alam ini tiada sesempurna yang disangka. Maka ia pun bertanya-tanya, apakah yang mengubah dirinya - akal fikirnya sendiri, ataukah suatu kuasa yang tiada dapat dilihat mata? Inilah kisah pengembaraan seorang manusia dalam lautan rahsia, mencari erti kebenaran di balik tabir yang menutupi hakikat.