Just favorite books
105 histórias
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ de Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Leituras 398,059
  • Votos 22,416
  • Capítulos 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓  de thesaraass
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓
thesaraass
  • Leituras 4,004,931
  • Votos 23,629
  • Capítulos 13
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 - The cruel husband Sudah terbit di bawah syarikat penerbitan Kaseh Aries. DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta matinya pada Tengku Aqila Dayana. AISYA ARIANA - Gadis yang mempunyai perwatakan persis Danish Uqael, dalam lembutnya ada juga terselit kasar. Dalam senyumannya ada terselit bibir yang mampu melontarkan kata-kata sinis. Cinta pertamanya pada Danish Uqael namun kehadirannya seakan tidak disambut oleh lelaki itu. "Kau perangkap aku kan?" - Danish Uqael. "Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau!" - Aisya Ariana. Silap langkah, masuk ke dalam mulut si harimau yang mampu menyakitinya setiap masa. KEWUJUDAN CERITA : 2021
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤 de CameliaBatrisyix
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
CameliaBatrisyix
  • Leituras 296,093
  • Votos 7,677
  • Capítulos 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah melafazkan talak disaat ibu Maya sedang nazak bertarung dengan maut. Dato' Johari juga langsung tidak pedulikan Maya setelah kematian isterinya. Malahan Dato' Johari terus berkahwin dengan seorang wanita yang dia cintai "Kau bukan anak aku! Kalau kau keluar daripada rumah ni pun, aku tak kisah lah!" - Dato Johari Sakit? Ya, teramat! Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan Maya ketika itu, ayah yang sepatutnya menjadi tempat untuk berlindung. Telah membuangnya tanpa hati perut disaat Maya baru saja berumur 16 tahun "Maya janji dengan papa yang Maya tak akan muncul lagi dalam hidup papa! I hate you!" - Maya Darena Tragis bukan? Bukan saja masalah keluarga, tetapi Maya juga diuji dengan masalah percintaan. Dia dicurangi oleh Luqman Rayyan, seorang lelaki yang kacak, kaya dan diminati oleh ramai gadis di universitinya Rayyan menduakan Maya tanpa Maya sedari, namun kuasa Allah. Dalam sekelip mata saja Allah membuka mata si gadis "Jangan salah faham, awak salah dengar tu!" - Luqman Rayyan "Salah dengar? Apa yang awak maksudkan salah dengar?! Awak nak cakap yang tu suara kucing ke, macam tu?!" - Maya Darena "Yes! Tu suara kucing, awak tahu kan saya ada kucing betina?" - Luqman Rayyan Tergamam? Sudah tentu! Alasan yang langsung tidak logik di akal! Namun kehadiran seorang lelaki yang bernama Luthfan Darren telah menjadi penawar untuk kisah pahit Maya, setelah mengenali lelaki itu. Maya berasa lebih selamat, tapi sayangnya. Kisah diantara Maya dan Darren akan berakhir apabila Maya mengetahui yang Darren sudah berkahwin, malahan lelaki itu sudah mempunyai seorang anak perempuan "Being cheated on is painful, isn't it?" - Maya Darena "I'm sorry for everything, Maya" - Luthfan Darren ~ The Last Love ~
KARINA  de sayamelur
KARINA
sayamelur
  • Leituras 1,115,373
  • Votos 44,583
  • Capítulos 50
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!
Lelaki Misteri Sepertinya ✅ de thirahzahri
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
thirahzahri
  • Leituras 494,457
  • Votos 19,448
  • Capítulos 53
Cerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata orang dulu-dulu, dari mata turun ke hati. - Asqalani Fida'iy Encik ni, tak ada perempuan lain ke? Saya yang tak berapa nak cantik ni juga dikejarnya. Ah, sudah lah. Saya penat nak lari lagi ~ -Urmah Qutnina --- Dapatkah dua hati ini bersatu untuk meraih kebahgiaan selamanya? Belayarlah bersama mereka ke alam romantika de amour ❤️ Thirahzahri.
KHAI'S FLOARE ✓ de mearacle
KHAI'S FLOARE ✓
mearacle
  • Leituras 69,966
  • Votos 4,806
  • Capítulos 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman. Sifat ramah sudah sebati dengan dirinya. Mulutnya suka menabur kata-kata manis sampai semut pun boleh berkerumun. BUNGA AIYANA. Seorang perempuan yang anti lelaki kerana kisah lampau hidupnya. Hidupnya separuh hancur dek seorang individu yang tak bertanggungjawab. Disebabkan itu dia hilang kepercayaan kepada lelaki. Padanya, hidup bukan berpaksikan lelaki. Dia yakin dia boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi apakan daya bila takdir menentukan yang dia perlu bertunang dengan lelaki yang tak asing dimata dia meskipun lebih sepuluh tahun mereka tidak bersua muka. Teman sepermainan sewaktu kecil dahulu. Bagaimana penerimaan mereka antara satu sama lain? Fasa pertunangan sudah tamat tempoh. Bagaimana hidup mereka selepas bernikah? Sedangkan sang wanita cukup sensitif dengan sentuhan daripada jantina bertentangan. Manakala sang jejaka sangat gemar dengan sentuhan. Bila hidup berumah tangga, pastinya banyak pasang surut dan asam garam yang perlu dilalui. "Don't force yourself into something that you hate. Tidurlah, Bunga. Kita... penat." -KHAI Hari demi hari, perasaan tidak mahu kehilangan dan sayang hadir antara mereka tanpa dijemput. Cuma bila hati belum cukup pasti, perasaan itu hanya dipendam untuk tidak tahu berapa lama lagi. Mampukah mereka pertahankan rumah tangga yang dibina bukan atas dasar cinta pada pokok pangkalnya? Yang pastinya, banyak dugaan mendatang yang bakal menguji keteguhan hubungan mereka. ⚠️: Contain cliché, cringe and sexual assault storyline. Start : FEBRUARY 2022 End : APRIL 2022 ©mearacle
INDAH CINTAKU (TERBIT) de msroses_
INDAH CINTAKU (TERBIT)
msroses_
  • Leituras 751,337
  • Votos 6,090
  • Capítulos 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 de GirlCrush_Yaya
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
GirlCrush_Yaya
  • Leituras 1,583,405
  • Votos 87,175
  • Capítulos 57
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
FATE //COMPLETED// de silvermf
FATE //COMPLETED//
silvermf
  • Leituras 76,437
  • Votos 2,988
  • Capítulos 65
Helena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya lebih indah dan bermakna. Lelaki ini datang dalam hidupnya membawa seribu satu keindahan kepada Helena. Sehinggalah satu hari, rahsia yang terbongkar membuatkan Helena merasakan Han lelaki yang kejam. Tiada perasaan. Tidak pernah disangka yang Han sanggup berbuat begini kepada dirinya. Hari demi hari Helena mendengar suara hatinya yang retak sedikit demi sedikit dengan apa yang ditayang didepan mata. Hati yang sudah hancur membawa Helena jauh dari tanah air. Rancangan yang sudah dibuat bertahun lamanya tapi kali ini menyakinkan dia yang tiada apa lagi yang tinggal di Malaysia untuknya. Walaupun jauh beribu batu dan tahun demi tahun berlalu, apa yang terjadi masih berbekas di hati Helena. Permintaan untuk Helena pulang ke Malaysia membuatkan dia teragak-agak. Dia tidak boleh menolak atas dasar tanggungjawab. Tetapi dalam masa yang sama.. nama itu. Nama itu membuatkan dia tak senang duduk. Han Ilham. Tolong lah jangan muncul lagi.
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT de hasyagrizelle
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT
hasyagrizelle
  • Leituras 1,268,139
  • Votos 26,859
  • Capítulos 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23