syafa's Reading List
13 stories
TUAN NAUFAL ✓ by dreyaaa_
dreyaaa_
  • WpView
    Reads 1,107,283
  • WpVote
    Votes 56,583
  • WpPart
    Parts 76
awas typo mengisahkan tentang engku aireen mikasya pelajar form 5 yang menyukai Tuan harraz Naufal ketua pelajar form 6 ... mikasya gadis yang cantik ,manis dan comel..digilai ramai lelaki naufal..jejaka yang digilai ramai gadis ..siapa yg memilikinya sgtlah bertuah..matanya yang berwarna kelabu ,muka yang cukup pakej dan badan yang sgt sempurna membuatkan ramai gadis cair dengan nyaa termasuklah mikasya suka dekat headprefect ? adakah mereka akan saling menyukai?.. "Saya suka awak"mikasya Apakah yang akan naufal balas? Adakah mereka suka sama suka? nak tahu lebih lanjut? silakan membaca #ideasendiri #tolongsupport #byktypo
NEVERMINE | EDITED VER [C] by rsya_rose
rsya_rose
  • WpView
    Reads 15,824
  • WpVote
    Votes 1,297
  • WpPart
    Parts 38
Bertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! ​Dua belas tahun berlalu bersulamkan penantian. Dua belas tahun yang mengubah Rifqi Hanania menjadi seorang gadis yang seratus peratus berbeza dengan peribadinya dahulu. Dia membesar bersama hati yang ditempa kedinginan sehinggalah berjaya menjadi seorang profiler. Penantiannya menemui garis penamat apabila si abang saudara muncul semula di balai yang sama tempat dia berkhidmat. "Assalamualaikum, cik polis. Apa khabar? Masih hidup?" Sejak si abang saudara muncul semula, hidup Rifqi hilang erti ketenangan. Mereka berdua terpaksa bekerjasama untuk menumpaskan satu jenayah berprofil tinggi yang disangkakan sudah berjaya dihentikan pengaruhnya suatu amsa dahulu. "Salam temu, R. Aku, N." N bukan penjenayah biasa-biasa. Segala perilakunya bahkan seperti sengaja mendatangkan perasaan yang bercampur baur di dalam dada Rifqi Hanania. N baginya adalah seperti namanya, Nicotine. Penyebab kepada ketagihannya hingga dia terjerat dengan permainan lelaki misteri itu. Sebaik sahaja akad termeterai antara Rifqi dan Naqib dek kehadiran Dayyan yang menjadi pelemah benteng hati gadis itu, satu rahsia besar tentang suaminya terbongkar disusuli oleh rahsia-rahsia yang saling berkait. Bahaya mendatang bertali arus sehingga seolah tiada ruang untuk Rifqi bernafas seperti manusia biasa. Mampukah mereka menyelesaikan segala kemelut dek rahsia dan tipu daya masing-masing?
[C] Pergilah Duhai Cinta by cikvanillla
cikvanillla
  • WpView
    Reads 278,943
  • WpVote
    Votes 7,801
  • WpPart
    Parts 52
𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐥𝐲𝐚 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢? 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 : 18/3/2025 𝗲𝗻𝗱 : 27/6/2025 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : 𝗶𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗰𝗲𝘀𝘀 𝗲𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 ⚠️𝗰𝗿𝗶𝗻𝗴𝗲
MI CUORE (OG) by atiyatya
atiyatya
  • WpView
    Reads 88,265
  • WpVote
    Votes 3,779
  • WpPart
    Parts 77
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 102,588
  • WpVote
    Votes 2,909
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,639,393
  • WpVote
    Votes 258,990
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
MATCH FROM HELL by lairawr_
lairawr_
  • WpView
    Reads 21,758
  • WpVote
    Votes 1,002
  • WpPart
    Parts 46
Kes pembunuhan bersiri berlaku berturut-turut dalam satu minggu. Nadine Huan cuba menyelesaikan kes misteri itu sepantas mungkin memandangkan liputan media sibuk membahas kredibiliti anggota polis. Dia percaya lambang yang dia bawa di dada bukan hanya kerjaya tapi juga amanah dan tanggungjawab. "Kita ada pengkhianat."- Nadine Huan. Penyiasatan mereka tak ubah seperti permainan yang dimainkan oleh seseorang. Setiap langkah dan keputusan selalu diperhatikan. Nadine menyedari akan masalah utama. "Awak tak percayakan saya?"- Hans Ilhan. Nadine sedar pembunuhan bersiri itu ada hubungkait dengan orang sekitarnya. Namun kematian yang berlanjutan ke atas orang-orang yang terlibat dengan dadah buat Nadine mula kehilangan moral dan arah. Apatah lagi artis terkenal yang menempa nama di industri lakonan disyaki turut terlibat dalam pembunuhan itu. Adiknya. "Kau yang dorong aku untuk buat benda ni."- Carla Huan. Hari demi hari, dia makin gila. Nadine membuat keputusan yang tak pernah dia fikirkan. Dia akan tamatkan semuanya dengan caranya sendiri memandangkan pembunuh itu makin tak terkawal. Misinya: Bunuh The Reaper. "Jangan buat macam ni, Nad. Tindakan awak ni salah!"- Hans Ilhan. "Walau apa pun yang jadi, kami percayakan puan."- Inspektor Khairy Afghan. "Jangan sentuh dia kalau kau tak nak mati!"- Que. Mampukah Nadine menghentikan pemburuan The Reaper dengan cara yang benar? Atau perlukah dia menamatkan riwayat adiknya agar nama adiknya itu tidak akan tercemar? Warning ⚠️: There is a violent scene and a trigger scene.
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 162,885
  • WpVote
    Votes 12,442
  • WpPart
    Parts 45
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
LANGIT TANPA ARAH [RAVEN]-PBKL26 by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 3,691
  • WpVote
    Votes 159
  • WpPart
    Parts 11
Leia adalah anak yang banting tulang empat kerat demi melakar kejayaan dilangit indah, seribu episod derita dilalui hingga dirinya sendiri hancur. Menelan semua kelat dan pahit kenyataan hingga akhirnya dia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Apabila kejayaan akhirnya tercapai, semua orang di sekelilingnya tersenyum puas... kecuali dirinya sendiri. "Kenapa aku tak mampu rasakan bahagia, seakan jiwa aku sudah mati..." Leia "Kau terlalu banyak berkorban hingga akhirnya terkorban Leia, carilah kembali jiwamu yang hilang kerana bahagia tanpa jiwa adalah hukuman." Daeng Dalam dunia yang penuh pujian dan pencapaian, Leia mula merasakan kekosongan aneh dalam hatinya. Seakan ada sesuatu yang hilang-jiwa yang pernah bermimpi kini lenyap tanpa jejak. Kebahagiaan yang dia bayangkan selama ini ternyata bukan miliknya. Dalam kesendirian yang sunyi, Leia terpaksa bertanya: adakah berkorban itu benar-benar bererti bahagia?