Advanture
2 stories
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,559
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
Enam Terpilih by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 113,227
  • WpVote
    Votes 11,093
  • WpPart
    Parts 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba mengubah takdir, namun malangnya, bas yang dinaiki dia dan Aleya telah mengalami kemalangan maut. Mereka berdua telah terkandas di dalam hutan aneh bersama empat orang lain yang tidak dikenali, iaitu Adan, Fuad, Hani dan Zana. Mereka berenam cuba bertahan dalam pelbagai rintangan tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Dapatkah mereka menyelamatkan diri mereka? (Completed)