luvleyira's Reading List
3 stories
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
PuteriiKayangan
  • WpView
    Reads 1,321,199
  • WpVote
    Votes 95,807
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
Her Last Tears  by qkeiyaaaaa
qkeiyaaaaa
  • WpView
    Reads 4,289
  • WpVote
    Votes 632
  • WpPart
    Parts 5
"𝑰 𝑾𝒂𝒏𝒕 𝑻𝒐 𝑩𝒆 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝒀𝒐𝒖 𝑻𝒊𝒍𝒍 𝑻𝒉𝒆 𝑳𝒂𝒔𝒕 𝑷𝒂𝒈𝒆" Andika Zareef vs Amaya Denara - Let the sky, cross our path again - Andika Zareef - Seorang pelukis yang sudah berjaya membuka galeri seninya sendiri. Kehidupannya lebih kepada sederhana, tidak terlalu senang mahupun susah. Seorang yang soft-spoken dan ramah dengan senyuman lesung pipitnya. Dia juga suka menggambarkan perasaannya melalui lukisan. Namun, tidak semua orang faham makna di sebalik lukisannya sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki pemikiran sepertinya. Ya, gadis itulah yang berjaya mencuri perhatiannya tetapi pertemuan itu tidak seindah yang digambarkan. "Pertemuan saya dengan awak bagaikan satu mimpi indah dan apabila tiba masanya, saya harus sedar dari mimpi ini. Maafkan saya Amaya..." "Jangan sampai suatu hari nanti awak hilang semua yang awak ada, Amaya" Amaya Denara - Seorang gadis yang sangat tabah sehingga air mata dan rintihan tanpa suara menemani hari-harinya. Pukulan demi pukulan, herdikan demi herdikan. Semua itu sudah menjadi makanan hariannya. Dia juga bekerja keras tetapi dia tidak pernah merasa gaji yang diterima kerana semuanya diambil oleh keluarganya sendiri. Namun, ada satu tempat yang dia boleh meluahkan rasa keperitan hidupnya. Hatinya tenang apabila melihat lukisan-lukisan di galeri itu sehingga dia bertemu dengan seseorang yang mampu membuatkan rama-rama di perutnya menari berirama. Pertemuan mereka dihiasi dengan senyuman tetapi hakikatnya keindahan itu tidak akan berkekalan selamanya. "Mencintai dan menerima awak dalam hidup saya adalah satu kesilapan besar" "Pertemuan kita tidak sepatutnya wujud dan kita tidak sepatutnya bersama Andika Zareef!" "Aku takkan pernah mengaku budak cacat ni anak aku!" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: On Going] Start: 22 April 2022 End: ©️Qkeiyaaaaa
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,004,287
  • WpVote
    Votes 27,759
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?