hmayra_risa's Reading List
2 stories
C | Love, Ariq Farhan by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 682,934
  • WpVote
    Votes 48,455
  • WpPart
    Parts 62
2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" -ARIQ FARHAN "Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" -QISYA RIHANA Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memilih untuk berkahwin. Meskipun Qisya kuat berahsia dan suka menipu Ariq, Ariq tetap menerima isterinya itu seadanya. Ketika rumah tangga terasa indah, kebenaran mula terbongkar satu persatu yang mengakibatkan rumah tangga mereka retak. Kepercayaan Ariq terhadap Qisya mula hancur. "Izinkan aku jadi isteri yang baik untuk kau sebelum kita berpisah." -QISYA RIHANA Penyesalan dirasakan oleh si isteri namun dia terlambat. Lalu, benarkah perpisahan adalah pilihan terbaik untuk mereka berdua? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Hate or Love? | IN EDITING by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 512,686
  • WpVote
    Votes 16,344
  • WpPart
    Parts 19
↳ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA ✦ start : 17 April 2022 ✦ end : 20 May 2022 ⚠️ WARNING ⚠️ ↳ This story is extremely cliché, cringey, and cheesy. It also contains many grammatical errors in both BM and English. Please keep that in mind before leaving any negative comments, as this was one of my first attempts at writing. --• Bagaikan anjing dengan kucing. Itulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan hubungan Izaan Nadhif dan Eliza Adreena. Menjadi persaingan dalam apa jua perkara malah turut bersaing dalam meraih tempat pertama di sekolah. Perang mulut ibarat rutin harian buat mereka berdua. "Eh kau diam la beruk!" - ELIZA "Kau tu jebon!" - IZAAN Ada sahaja perkara yang boleh dibuat bergaduh, hatta perkara sekecil kuman pun boleh dijadikan topik perdebatan di antara mereka berdua. Namun, benarlah kata orang, jangan terlalu membenci, kelak jatuh suka! Tanpa mereka sedari, satu perasaan asing mula menyelinap dalam hati mereka. Dari benci, bertukar menjadi sayang. Namun, seperti ada tembok besar yang menghalang Eliza untuk terus mengakui perasaannya. STATUS. Tambahan pula, cemuhan daripada ibu Izaan membuatkan Eliza sedar dirinya tidak layak berdampingan dengan lelaki itu. Klise? Mungkin. Tapi itulah hakikat yang harus dia telan. "Aku dengan kau ibarat langit dengan bumi. Kehidupan kita tak serupa." - ELIZA Sejurus tamat persekolahan, Eliza menghilang tanpa sebarang khabar. Namun, Izaan tetap setia menunggu meskipun tidak mengetahui akan keberadaan wanita pujaan hatinya itu. Dan apabila takdir kembali mempertemukan mereka, Eliza masih teguh dengan pendiriannya. "Aku tak mampu nak sayang perempuan lain macam aku sayang kau El." - IZAAN Adakah selama-lamanya Eliza akan menggadaikan sahaja perasaannya itu? Atau adakah Izaan akan berjuang demi mendapatkan keyakinan serta secebis kasih daripada Eliza?