JinnieBabe134
- Reads 4,837
- Votes 332
- Parts 24
[1st book] - by @JinnieBabe134
Beautiful cover by @bunnyaf ~♥~
"Kau ingat kepala aku ni batu ke yang boleh kau main-main ?"
- LILY SYAMIRA -
"Memang kepala kau batu pun. Kalau bukan batu kau takkan jadi sewel macam ni."
- AMIRUL HAZIQ -
Pertelingkahan demi pertelingkahan terjadi antara mereka berdua. Seperti anjing dan kucing mereka pasti akan bercakaran. Masing-masing tak mahu mengalah.
Lily Syamira benci kepada Amirul Haziq. Amirul Haziq juga amat membenci Lily Syamira. Rasa benci mereka semakin hari semakin menggunung tinggi. Rasa benci dan pergaduhan dari remaja berlarutan hingga ke alam dewasa. Amirul Haziq akan cuba membalas setiap apa yang dilakukan oleh Lily Syamira terhadap dirinya.
Jejaka itu tekad untuk menghuru-harakan hidup Lily Syamira. Kehadiran seorang jejaka tampan ke rumah Lily Syamira telah menyebabkan hati Amirul Haziq dijentik dengan suatu rasa. Rasa yang dia sendiri tak mengerti. Dia seakan-akan tergugat dengan kehadiran jejaka tampan tersebut. Ya, dia cemburu.
Tanpa diketahui oleh semua orang terutamanya Lily Syamira, Amirul Haziq telah merencana satu rancangan yang akan mengakibatkan hidup Lily Syamira porak-peranda. Rencana yang dirancang rapi untuk memudahkannya menakluk hidup Lily Syamira 100%.
Amirul Haziq berjaya!
Lily Syamira rebah. Rebah kerana maruahnya diinjak-injak oleh penduduk kampung dan ibunya sendiri. Lily Syamira berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan ibunya, namun ia datang dengan satu syarat. Syarat ibunya adalah dia harus mempersuamikan Amirul Haziq.
Adakah rasa benci Lily Syamira akan terus kekal untuk Amirul Haziq?
Adakah rasa benci akan bertukar menjadi cinta?
Adakah mereka akan menolak cinta tatkala ia sudah terbentang di depan mata?
Jangan terlalu membenci......
Kelak akan mencintai......
Hari-hari kau benci,
lama-lama aku cinta!!!
Start :- 29/6/2020
End :- -