Choco_Lyn's book
12 stories
Sleeping Prince Love (✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,422,667
  • WpVote
    Votes 90,288
  • WpPart
    Parts 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan. Apa yang dia mahukan hanyalah sebuah keluarga yang bahagia dan ihsan daripada bapanya. Namun, baginya itu takkan pernah menjadi realiti. Kisahnya tak seindah cerita Cinderella namun dia harap kesudahannya adalah bahagia. Tengku Fikh Fakhrullah- Lelaki yang dikelilingi cinta dan kasih sayang. Dia sempurna segalanya. Impiannya adalah mahu menjadi suami kepada tunangnya, Qurratun yang amat dicintainya. Namun, bukan semua orang ada kisah yang gembira. Penghujungnya, dia hilang satu-satunya perempuan yang dia cinta. Mereka berdua memiliki latar belakang yang berbeza namun siapa sangka mereka mampu membina takdir mereka bersama. Bila takdir itu memiliki, kisah mereka tercipta.Bila cerita Cinderella dan Sleeping Prince diriwayatkan dalam satu buku, penghujung cinta mereka mungkin berbeza.
Between 2 Love(✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,207,373
  • WpVote
    Votes 43,644
  • WpPart
    Parts 67
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah persahabatan aku dan Yara. Keluarga aku sempurna dan bahagia begitu juga persahabatan aku juga mengamit kenangan gembira. Namun, kisah siapa saja yang sehingga ke akhirnya adalah bahagia kan? Aku diduga satu persatu cubaan. Yang paling memeritkan, aku kehilangan seorang sahabat yang amat aku cinta dan kasih. Pemergian Yara meninggalkan satu pesan untuk aku sekaligus amanah untuk tunangnya, Aqhif. Dari situ, cerita hidupku bermula. 'Jagakan Lara untuk saya, Aqhif. Saya tiada lagi peluang kedua untuk menjaganya. Hanya awak saja yang saya harapkan untuk menjaga dia. Ambil dia, sebagai pengganti saya.'- itulah utusan yang Yara tulis untuk Aqhif. Ikuti kisahnya dalam 'Between 2 Love'. #Prolog-24/12/17 #Continue 2018
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡ by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,793,982
  • WpVote
    Votes 54,819
  • WpPart
    Parts 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah berubah tapi aku tak menyangka.. Perkahwinan ini rupanya bukan atas dasar cinta tetapi hanya dipegang kerana bisnes.. Bila hati aku sudah sayang, dia lukakan hati aku.. Kerana, dari awal aku bukan pilihannya "Dia bukan pilihan aku. Perkahwinan ini atas dasar business. Dia senang ditipu maka dia mangsa aku. She's not my taste."-Karl. "Dari awal abang memang nak beritahu Aira, Karl memang ada niat tersembunyi nak kahwin dengan Aira."-Fakhrul. "Mulai saat ini,aku takkan percayakan sesiapa."-Aira.
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,479,114
  • WpVote
    Votes 65,298
  • WpPart
    Parts 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,182,700
  • WpVote
    Votes 74,230
  • WpPart
    Parts 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedik minatkan artis itu. Aku? Pfft.. mana layan artis-artis ni. Sibuk jaga kain diri sendiri sudah lah. Huzryle Khayril atau nama glamornya 'Ryle' merupakan artis yang sudah dua kali menjulang anugerah pelakon lelaki terbaik. Digilai ramai malah turut menjadi pujaan ramai gadis. Kerana popularitinya itu, Ryle jadi lelaki yang angkuh.. Depan kamera, dia tayang senyum.. belakang kamera, belangnya ditunjuk. Satu pertemuan yang terjadi antara mereka membawa kepada episod pertemuan yang seterusnya. Sehinggalah, pertemuan terakhir antara mereka menimbulkan masalah paling besar dalam hidup Ryle dan juga Aysara. 'Kau jebakkan aku dalam masalah ni kan?.. huh, Puas?!'-Ryle. 'Saya tak suka awak lah! Kalau boleh, saya pun tak nak terlibat dalam masalah ni!!!!'-Aysara. 'Tak guna! Macam mana benda ni boleh jadi?!'-Kuza. Bila benci itu boleh tumbuh menjadi cinta, tak ada siapa mampu mengubahnya. Romance 2018
Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,932,860
  • WpVote
    Votes 97,251
  • WpPart
    Parts 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir. Nama aku Azierah Farisha dan korang semua boleh panggil aku Rafa. Mahu tahu dengan siapa aku bercinta? Erm.. nama dia Syed Hanaqi Faliq bin Syed Hadi Hamdan. Dari nama pun mesti ramai dapat bayangkan rupanya itu bagaimana kan? Aku fikirkan hubungan kami akan berpanjangan sampai ke pelamin namun nampaknya.. Tuhan berkehendakkan yang lain. Tak hujan, tak guruh pun.. aku dapat berita yang dia telah bertunang dengan perempuan lain. Waktu itu.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecainya perasaan aku waktu itu. Lepas itu, ada seorang mamat ni offer aku satu benda yang tak terlintas dek akal warasku. 'Saya dengar awak dah putus. Jom couple dengan saya.'-Mr. Burn. Paling gila bila aku kata.. 'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!'-aku. Aku tak serius pun dengan apa yang aku cakapkan itu. Main-main ajepun tapi tak sangat ayat aku itu buatkan si Mr. Burn itu nekad nak ambil aku jadi bini dia. 'I really want you, Rafa.'-Mr. Burn yang now I called Mr. Husband. ...
Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,841,513
  • WpVote
    Votes 133,438
  • WpPart
    Parts 67
@Miss.Heartbreaker @ChocoLyn @RomanticGenre @wattpads2019 Aulia Arisya, dia gadis biasa yang punya kisah silam duka. Dihina dan dicaci menanamkan dendam dalam jiwanya untuk melukakan hati setiap insan bergelar lelaki. Hal itu, menjerumuskan dirinya menjadi seorang 'Miss. Heartbreaker' yang dipinta untuk menjadi orang ketiga. 'Kau tak takut ke kalau suatu hari nanti.. kau jatuh cinta dengan mangsa kau sendiri?'- Hannan. 'Cinta? Pada seorang lelaki? Pfft.. hati aku masih sakit gara-gara apa yang diorang dah buat pada aku.'-Aulia Arisya. Dia yakin, istilah cinta tak pernah wujud dalam kitab takdirnya namun siapa yang sangka.. keyakinannya itu ada batasannya?! 'I know you very well, Aulia. I banyak dengar kehebatan you dalam merosakkan relationship banyak orang. So, I datang sini sebab nak offer you sesuatu.'-gadis misteri. 'Apa dia?' 'I nak you jadi orang ketiga dalam hal rumahtangga I. Boleh?' Huh?! Tak pernah terlintas dikepalanya untuk merosakkan hubungan suami isteri. Dia dipinta untuk hancurkan hubungan orang bercinta, bukan nya orang berkahwin?! ...
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,650,952
  • WpVote
    Votes 105,647
  • WpPart
    Parts 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku.. Aku, Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim. Pertama kali mataku bersemuka dengan lelaki muka dingin itu, hatiku terus terdetik untuk mengetahui si empunya nama. Dan, dari situlah kisah Lauren Aqishah mengejar si duda terjadi.. Dia, Megat Naufal Zaharil adalah si duda yang aku targetkan untuk menjadi suami aku. Kenapa dia bukan yang lain? Kenapa lelaki yang sudah ada anak satu itu aku pilih? Hmm.. semuanya kerana satu sebab.. Bila hati kau dah mula sayang, boleh kau ubah untuk pilih yang lain?
Bukan Cinta Sempurna by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 7,341
  • WpVote
    Votes 479
  • WpPart
    Parts 6
@BukanCintaSempurna @Wattpads2019 @RomanticGenre @Choco_Lyn @StoryKe10 Apa itu Cinta? Adakah ia perlukan kesempurnaan pada kedua-dua belah pihak atau sebenarnya lebih kepada saling melengkapi antara satu sama lain? Aku, Nurul Zahra Aisyah diambil sebagai seorang isteri kepada lelaki yang dianggap sempurna pada luaran namun hakikatnya dia 'cacat' secara naluri. Kenapa aku rela jadi isteri dia? Kerana aku tahu.. dia perlukan aku untuk menyempurnakan dirinya sendiri. "Kau ni memang lembab, Aisy. Punyalah banyak lelaki kat dunia ni yang tulen, bekas pondan itu jugalah yang kau hendak. Memang, kau buta!"- jerkah orang terdekat bila aku buat keputusan untuk jadi isteri dia. "Zahra yakin nak jadi isteri Ezrul? Muktamad?"- si dia yang bakal jadi imamku dalam beberapa jam saja lagi. "Zahra yakin. Zahra nak hidup dengan Ezrul, bukan orang lain."-keputusanku sudah noktah. Ramai kata, hubungan kami akan berhujung kepada perpisahan. Cabaran itu cuba aku tangkis dengan mencari titik bahagia kami sebagai suami isteri. Aku mahu buktikan pada mereka, yang kami akan bahagia walaupun cinta ini taklah sesempurna cinta romeo pada julietnya. Namun, bila pelbagai dugaan menghalang bukti kebahagiaan kami. Aku rasa lelah. Benarkah cinta itu perlukan kesempurnaan untuk terus gah? Choco_Lyn2019
Dia Perempuanku by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 149,294
  • WpVote
    Votes 7,869
  • WpPart
    Parts 32
@DiaPerempuanku @Choco_Lyn @RomanticGenre @Wattpads2021 Aku Arissa Haura, seorang gadis yang diambil sebagai anak angkat oleh Dato' Zulkifli kerana beliau tidak memiliki zuriat. Walaupun dibesarkan dengan harta yang melimpah namun.. aku masih tak lupa siapa aku. Hanya seorang gadis biasa yang hidupnya cuma menumpang. "Rissa kena tolong papa. Kahwin dengan anak Ungku Shariffuddin. Papa minta sangat kamu setuju.-desakan papa buatkan aku dengan paksa rela bersetuju untuk menjadi isterinya. Dia, Ungku Haidar Daniel. Seorang lelaki yang sejak lahirnya dibesarkan dengan harta. Disebabkan sebuah kejadian, dia dengan rasminya menjadi pemilik tunggal harta kekayaan Ungku Shariffuddin cuma.. dengan satu syarat. Arissa Haura perlu menjadi isterinya.