Nies02_
- Reads 9,758
- Votes 555
- Parts 34
Nazriel Al-Zayan, anggota elit Komando VAT 69, jatuh hati pada Elvina Sofea, seorang guru tabika yang penuh luka dan rendah diri. Dalam kekacauan tragedi tebusan, dia temui cahaya dalam kelembutan gadis itu. Tapi bila cinta diluah, Elvina menolak.
"Kenapa lelaki sempurna seperti awak pilih wanita seperti saya?" -Elvina Sofea-
Nazriel yakin perasaan mereka saling membalas, namun tembok trauma dan rasa tidak layak menjadi penghalang. Antara tekanan keluarga, rasa takut dan ujian kepercayaan, mampukah cinta mereka bertahan?
"Suri Hati Tuan Nazriel" mengisahkan perjuangan dua jiwa yang ingin saling menyembuhkan dan membuktikan bahawa cinta sejati menerima seluruh kekurangan, bukan hanya keindahan.
DILARANG UNTUK MENIRU HASIL KARYA SAYA KERANA PERKARA TERSEBUT TELAH MELANGGAR AKTA HAK CIPTA TERPELIHARA!
© nies02_ (2023)
30/12/2023