MurniAqilaNovelis
- Reads 7,497
- Votes 247
- Parts 25
Intan lari ke Kuala Lumpur atas desakan ayahnya yang tak mahu dia dilacurkan lintah darat. Bersendirian dia meredah kota raya itu. Ditunggu ayahnya di Dataran Merdeka seperti yang dijanjikan. Namun, ayahnya tiada khabar berita.
Sebatang kara Intan di KL terumbang-ambing. Perutnya cuma diisi dengan roti dan air kosong kerana duit yang ada sangat sedikit. Ditanggung sendiri kesusahan, kelaparan dan ketakutan.
Ketika Intan diragut, seorang lelaki bernama Airel mengejar peragut itu untuk mendapatkan dompetnya semula. Sejak itu Airel selalu muncul di hadapannya. Intan menyampah. Menyibuk je! Nak percaya lagilah dia tak ingin. Orang kata, lelaki KL ni buaya tembaga.
"Tiba-tiba je mengaku awak tu pakwe saya. Awak nak saya rasa terharu kan? Awak fikir saya akan rebah dalam genggaman awak. Awak pun bolehlah buat apa saja yang awak suka kat saya." - Intan.
"Memang awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak. Tapi awak rasa, bila saya dah tahu yang awak ni umur 19 tahun, perempuan, sorang-sorang kat KL ni, tidur bawah jambatan, kena kacau dengan mat rempit... tergamak ke saya nak buat bodoh je?" - Airel.
Persoalannya... siapa Airel ni? Macam-macam dia tolong Intan. Siap mengaku jadi pakwe Intan pulak tu!