𝑓𝑎𝑣𝑜𝑢𝑟𝑖𝑡𝑒 🌹
15 stories
SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C] by Qaynyy
Qaynyy
  • WpView
    Reads 1,148,196
  • WpVote
    Votes 48,864
  • WpPart
    Parts 73
🏆 Ranking 1 Of Lecturer ( 14/11) BEST BOOK OF ROMANCE || LECTURER + STUDENT || ROMANCE STORY 2021 ADELIA SYAURA, pelajar yang 'sosial' suka melawan tapi baik. Aik, jadi jahat pun boleh kata baik ? Apa yang perkara baik yang dia buat ? Kehidupannya bertambah huru hara bila dia dikhawinkan dengan pensyarah satu kolej dengannya. Bertambah pening kepala Adelia Syaura apabila dia selalu dipanggil oleh pensyarahnya merangkap SUAMINYA. " Ura sayang..nanti jumpa saya dekat office yee.." Zayne Darris " Kenapa aku kena dengar cakap dia ? sebab suami ? ahh..kalau tak dengar nanti tak bau syurga.." Adelia Syaura ku " Awak..saya dah lama tunggu awak.." Mia " Adell kalaulah masa itu boleh putar aku akan tebus semua kesalahan aku kat kau..." Nadine Bila Adelia Syaura mula memainkan peranan untuk menyambut cinta suaminya datang masalah yang dia sendiri tidak sangka akan mengakibatkan hatinya terluka. Zayne yang penuh rahsia telah membuatkan Syaura melarikan diri jauh dari Zayne. Apa yang akan terjadi selepas Zayne dapat tahu Syaura meninggalkan dirinya. Mia dan Nadine masing-masing tidak mahu mengalah malah ingin meruntuhkan masjid yang dibina oleh Zayne dan Syaura. INFORMATION Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang lain..tiada sebarang copy paste berlaku ya anak-anak..sekiranya nampak macam sama, itu hanyalah kebetulan semata-mata.
Menunggu Kamu ✔ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 613,983
  • WpVote
    Votes 21,363
  • WpPart
    Parts 43
Book Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu mengahwini Iris tetapi ibu bapa Harris menolak gadis itu untuk dijadikan menantu. Disebabkan perasaan cinta yang kuat, Harris tetap menjadikan Iris sebagai isteri walaupun tanpa restu keluarganya. Ingatan Harris hilang kerana kemalangan yang menimpanya. Dia tidak ingat siapa isterinya. Siapa wanita yang dikahwini. "Saya isteri awak. Tolong ingat" - Iris Izzliyana "Jangan menipulah! Aku belum kahwin. Pergi berambus" - Harris Affan Dapatkah Iris bertahan apabila suami yang dicintai tidak mengenali dirinya?
Jodoh Aku Ke? √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 1,497,700
  • WpVote
    Votes 67,328
  • WpPart
    Parts 74
"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna Tidak lengkap sesebuah sekolah jika tiada pergaduhan. Setiap hari bergaduh mulut, setiap hari berlawan kata. Seorang jejaka yang merasakan dirinya begitu kaya menghina seorang gadis yang dianggap miskin dan busuk. "Aku takkan suka dekat si Ayna ni, dah la miskin, busuk pula tu. Entah-entah, mak pak dia pun busuk sama macam dia" Sebuah penumbuk telah dihadiahkan kepada si penutur kata. Ayna yang selama ini hanya membalas dengan mulut akan kata-kata yang diungkapkan oleh Syafiq tidak dapat menahan amarahnya apabila mula melibatkan ibu bapanya. Satu kelas diam sepi apabila gadis itu dikatakan 'berani' menumbuk seorang ketua gangster sekolah. "Papa nak kamu jaga Tengku Asya dan abang dia, Tengku Syafiq" Terbeliak 3 pasang biji mata gadis apabila nama lelaki tersebut tersenarai dibawah jagaan mereka. Tiga gadis yang dianggap miskin dan busuk oleh Syafiq adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya tanpa dia sedari. "Kau cakap aku miskin? Kau salah, kau silap" Terdiam. Seluruh kelas 5 Alpha terdiam kaku tanpa sebarang suara. Semuanya diam sepi apabila 3 orang gadis yang dikatakan miskin mendedahkan wajah sebenar mereka. "Hye. Aku Tengku Ayna Alisya Binti Tengku Azrul" "Aku Raja Aqilah Azira Binti Raja Syazril" "Aku, Engku Azwani Dayana Binti Engku Azizul" Mereka adalah 3 orang anak jutawan yang menjadi perbualan diseluruh negara. "Nenda nak kamu kahwin dengan Syafiq" Hampir terkeluar biji mata Ayna apabila mendengar permintaan neneknya itu. Adakah mereka menganggap ini sebagai jodoh atau bodoh? "Aku takkan kahwin dengan kau" - Tengku Ayna Alisya "Kau satu-satunya harapan aku" - Tengku Syafiq Ezzry Start-Oktober 2017 End- 4:33pm, Sunday, 10 October 2018
Cintai Aku. [ complete ] by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,917,998
  • WpVote
    Votes 63,992
  • WpPart
    Parts 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung sendiri. Tak pernah dia minta untuk dilahirkan supaya dibenci. Bila fitnah menghentam diri, dihalau pula dari rumah dan diminta untuk tidak memunculkan wajahnya lagi. Mujur masih ada yang sudi menerima dirinya. Menumpang kasih sayang Hajah Ameena sekeluarga walau sedar siapa dirinya. Bertemu pula dengan Datin Mariam yang punya agenda sendiri. Dia mahu dan dia tekad ingin bermenantukan gadis polos dan lemah lembut untuk Rafique Iman. Namun tidak bagi Rafique Iman. Cintanya hanya untuk Nadine. Tiada siapa mampu menghalang. Tapi sayangnya pada Datin Mariam melebihi segalanya, ditunaikan juga hasrat mamanya yang satu itu. "Aku tak kisah kalau kau suka dekat aku, tapi aku takkan suka dekat kau even mama aku suka kau sangat-sangat. Ingat tu." - Rafique Iman. Tapi bila cinta mula berputik, menyatukan dua hati, mulalah tersingkap kebenaran yang membuatkan hati Nur Adra terluka dan kecewa. Lalu, dia pergi mencari ketenangan demi mengubat hati. Dan Nur Adra sedar yang dia memang tidak berhak untuk bahagia. --- Start; 16 January 2018. End; 19 December 2018
Bukan Yang Terbaik by sugarcxndy
sugarcxndy
  • WpView
    Reads 444,825
  • WpVote
    Votes 20,109
  • WpPart
    Parts 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis sekolahnya. Namun semua itu ditolak hanya sebab satu alasan, perasaan sayang dan bertolak ansur terhadap kakaknya, Atiqa Amylia yang menghidap sakit kanser. Hal ini menyebabkannya tersisih dari keluarga yang sibuk mementingkan kesihatan kakaknya. Hari demi hari, dia mulai terasa hati. Namun, bertemu pula dengan jejaka idaman malaya, Zafriel Xavier, budak kacukan yang baru sahaja berpindah kesekolahnya. Dia agak hairan mengapa lelaki kaya itu tidak memilih sekolah elit untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Mereka mula akrab dan lama-lama, satu perasaan mula terbit dalam hati masing-masing. Sekali lagi, ada sahaja halangan yang menggangu. Namun, Aurora memilih untuk membiarkan sahaja halangan itu dan mengambil risiko. Hal ini menyebabkan kedua hati ini kembali bersatu walau tanpa restu keluarga. Amat memenatkan, tetapi membahagiakan. Adakah ianya akan kekal hingga akhir hayat apabila rahsia akan terbongkar satu persatu?
Bukan Yang Sempurna. by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,205,769
  • WpVote
    Votes 44,859
  • WpPart
    Parts 75
status; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya. Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwinkan Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya. "Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah. Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby. "Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris. Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya. Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati. Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang? "Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya." - - - - - Start; 17 July 2019. End; 24 April 2020. Jangan tiru dan copy! Im watching you 👀
Love You Mr Hot (Completed✔) by cikcoconut
cikcoconut
  • WpView
    Reads 1,211,556
  • WpVote
    Votes 34,693
  • WpPart
    Parts 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai pasangan adalah perkara yang buang masa dan merugikan. Ini terjadi kerana satu kejadian yang membuatkan dia serik dengan mana-mana perempuan. Sehingga satu masa Datin Fatia, Mama kepada Fayadh memaksa untuk bernikah dengan gadis pilihannya. Permintaan itu ditolak sekeras-kerasnya. Datin Fatia memberikan dia masa 1 bulan untuk mencari calon isterinya sendiri. Mujur Auliya Az-zahra, iaitu PA nya bersetuju untuk menjadi isteri kontrak selama setahun. Awal-awal lagi dia sudah memberi amaran untuk tidak sesekali jatuh cinta dengan dirinya. "...dan syarat yang terakhir jangan sesekali jatuh cinta antara satu sama lain. Faham"- Fayadh Omar. "Boss jangan risau. Sebenarnya boss memang bukan test saya pun"- Auliya Az-zahra. Adakah mereka berjaya untuk tidak jatuh cinta antara satu sama lain? Nak tahu kisah selanjutnya? Add to library la sis! Hehe
[C] BADBOY ITU SUAMI AKU! by iamfathiah_
iamfathiah_
  • WpView
    Reads 1,724,945
  • WpVote
    Votes 87,237
  • WpPart
    Parts 89
[ first malay fiction ] ❤️ ♡BOOK 1♡ "Naufal, kamu akan berkahwin bulan depan dengan gadis pilihan papa dan mama. No excuse." "WHAT?! NAUFAL KENA KAHWIN BULAN DEPAN?! ARE YOU CRAZY?! I'M JUST FUCKING 17 YEARS OLD! SPM PUN TAK LEPAS LAGI!" Naufal Muadz Baqir Bin Luzman Lais. Seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun serta dua orang sahabatnya lagi, Mifta dan Irsyad yang merupakan pelajar tingkatan lima yang bersekolah di Waterford Elite Highschool. Mereka bertiga amat dikenali sebagai badboys yang paling kacak dan famous tetapi selalu menjadi troublemakers di sekolah. Disebabkan ibu bapa mereka adalah orang-orang yang paling dihormati oleh guru-guru mahupun pengetua di Waterford Elite Highschool, Naufal, Mifta dan juga Irsyad sentiasa melanggar peraturan sekolah kerana mereka tahu tidak akan ada sesiapa yang berani menegur malah mendenda mereka bertiga. Namun, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Tuan Luzman Lais membuat keputusan untuk menikahkan anak lelakinya bersama Husnia Rani Zahra, membuatkan Naufal membenci bapanya itu. Kebebasan yang selama ini dia rasai ditarik serta-merta. Akhirnya, Naufal terpaksa akur dengan keputusan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Husnia seawal umur 17 tahun asalkan kebebasannya dipulangkan semula. Tetapi, mampukah Husnia mengubah gelaran suaminya dari 'badboy' to 'goodboy'? "Kau dah jadi isteri aku yang sah sekarang, so kau perlu ikut semua peraturan yang aku telah tetapkan, faham?" "Peraturan apa?" "Peraturan pertama. Kau DILARANG tutup pintu semasa mandi sebab aku akan masuk." START: 24 APRIL 2021 END: 29 DISEMBER 2021 16+⚠️ 🐾Plagiat? Haram! 🐾Inspirasi? Bagitahu dulu 🐾Jika ada mana-mana scene yang tersama dengan cerita anda, percayalah itu hanya satu KEBETULAN💕 🐾No war✌️ 🐾Nak baca cerita ni pastikan MENTAL ANDA KUAT📍 P/S: mohon maaf sbb byk kkrgn dalam story ni + tak logik, saya masih kanak-kanak ribena ketika ini.
Kisses (Love You!)✅ by suewisyakhaily
suewisyakhaily
  • WpView
    Reads 442,009
  • WpVote
    Votes 21,588
  • WpPart
    Parts 41
Lya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke? Aku tak suka kau lah!" "Tapi saya suka awak!" Ini kisah Lya yang gedik meluangkan hari-harinya dengan si suami sombong, Airil.❤️ "Saya sayang awak tau." "Hmm." Ranking #1 in sombong, gedik,isteri, santai, shortstory Inspiration from Cuddle by @oddish P/s: Still not a copy paste. 100% from my own brain
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,317,218
  • WpVote
    Votes 58,517
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?