nurzchy's Reading List
7 stories
Arah Mana Syurga (Tamat) by tulisansofia
tulisansofia
  • WpView
    Reads 90,656
  • WpVote
    Votes 15,130
  • WpPart
    Parts 54
{Completed} Li Xuan Han, seorang penyanyi popular di dalam kumpulan C-Pop, AE19, yang ditubuhkan di bawah syarikat EPN Records. Han mengesahkan seksual orientasinya sebagai 'gay' pada umur 24 tahun. Kisahnya mula menular, dan ramai peminat mula terima dirinya yang 'sebenar'. Hanieya Solehah, seorang hafizah yang sudah selesai pengajiannya di Maahad Tahfiz Al-Raudhah dan Kolej Islam Antarabangsa. Dia membuat kata akhir, untuk bekerja di bangunan EPN Records sebagai setiausaha sahabatnya sendiri, Dara. Apakah nasib Li Xuan Han apabila termasuk ke dalam bilik surau, dalam keadaan yang mabuk, sewaktu Hanieya Solehah sedang khusyuk menunaikan solat fardhu Isyak? Semoga novel ini dapat memberikan pengajaran kepada kesemua pembaca Arah Mana Syurga. [Slice of Life, Romance]
TUANKU HANA 3 ✔️ by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 2,463,182
  • WpVote
    Votes 66,801
  • WpPart
    Parts 30
(COMPLETE)
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,547,096
  • WpVote
    Votes 340,110
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,245,693
  • WpVote
    Votes 70,201
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (HIATUS) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 329,443
  • WpVote
    Votes 45,107
  • WpPart
    Parts 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 654,170
  • WpVote
    Votes 44,167
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!