Mirah
2 stories
Hidup Dalam Mati [Completed] by N_mirae
N_mirae
  • WpView
    Reads 3,084
  • WpVote
    Votes 458
  • WpPart
    Parts 32
Kalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu pendam walhal kau boleh lepaskan segalanya yang sakit dengan air mata? Sedangkan aku di sini masih menanti empangan air mata untuk pecah, tetapi ia terlalu kukuh, tetapi air nya semakin sedikit. Kalau kau boleh marah untuk perkara yang melibatkan maruah, keluarga atau kawan baik kau, kenapa kau perlu berdiam diri? Bukan maksud aku menyuruh kau buat masalah, tapi sesekali aku rasa kau perlu pertahankan diri dsn mereka. Sedangkan aku di sini... seperti patung, yang membiarkan saja mereka memperlakukan apa sahaja kepada aku. Kau ada perasan, dan kau boleh rasa segala emosi, tapi kenapa kau mahu berpura menyorokkannya? Sedangkan aku di sini... masih tergapai mencari semua itu. "Hati kau tak mati." -Afi Haiman. "Jadi... aku minta kau terus jadi kawan aku ya?" - Ahmad Ilham. "Tak apa... abang ada..."- Bahzi. "Aku-tak, abang... tak pernah abaikan adik."- Bahri. Satu persatu berlaku, setiap satunya membuatkan aku semakin lemah. Hidup... untuk apa? Aku tak tahu kenapa aku masih hidup, tapi aku juga tak mahu mati. Ini kisah aku. Kisah hidup aku, yang tak indah, dan tak juga perit. Mungkin bagi kau yang membaca takkan percaya, tapi... ini benar kisah aku, Nur Basyirah. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° *note: Okay hi😂 This gonna be quite short and might hurt you. Please prepare your heart. Ini hanya rekaan semata, saya minta anda membaca dengan fikiran yang terbuka, hati yang tenang dan dengan hati anda, supaya anda lebih menghayati dan memahaminya. Terima kasih kerana membaca! Maaf andai membosankan ahahaha
Dia Henotik [Completed] by N_mirae
N_mirae
  • WpView
    Reads 14,391
  • WpVote
    Votes 1,379
  • WpPart
    Parts 42
Pernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia bukanlah sesiapa, terkenal di kalangan penjenayah saja! Nama pun pelik! Tapi... siapa dia sebenarnya? " Wa Lu Wa Lu, kau Melayu lah gila! Panggil Aku Kau tak boleh ke?" - Daffa. Lain pula dengan cerita Ain Ufairah, seorang gadis biasa yang hidup dengan paksaan. Dia fikir hidupnya bersambung dengan derita selepas berkahwin. Tapi dia silap, " Aku cakap sekali je Irah, kau tu ISTERI aku, bukan HAMBA aku. Selesakan diri kau dengan aku. Sebab engkau tu, kena hidup dengan aku sampai ke tua tau." Kasar, memang sedikit kasar, tapi Ufairah sedar, dalam kasarnya terselit kemanisan di mata Ufairah. TETAPI! JIKA ANDA FIKIR INI KISAH CINTA SI MAFIA YANG BAD JADI GOOD SELEPAS BERKAHWIN, ANDA SILAP! Ini bukan kisah cinta seperti di drama. Jauh sekali. Ini adalah kisah dimana KEKEJAMAN, TANGISAN, PENDERITAAN dan PENGADILAN bersuara. Bukan sekadar cerita mafia biasa. Bukan! Killer si pembunuh misteri, tidak sangka Daffa akan berjumpa Hazril dalam keadaan yang begini. Menghuru harakan hidupnya, melibatkan SPY dan menjatuhkannya dalam deraan perasaan. "Aku tak kira, Hazril tetap perlu ke tali gantung!" -Isma Daffa "Hapuskan diorang satu per satu, SPY... Daffa... Angel... " - Hazril. Manusia, adakala nya mampu menjadi lebih licik, lalang dan jahat daripada syaitan, lebih sombong daripada iblis, Tapi di antara kelompok manusia ini, pasti ada yang menjadi bintang di langit gelap. Ini adalah kisah, mereka yang berjuang untuk hidup di dalam dunia gelap, dan kisah mereka yang berjuang bermati matian demi nyawa orang ramai. Keadilan perlu bersuara, Angel Mafia atau syarikat perisikan, SPY, dua duanya saling bersuara. "Aku... gagal... " Enjoy😊