koleksi penyu
11 stories
»ERROR« [ZombieMalay] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 161,847
  • WpVote
    Votes 15,838
  • WpPart
    Parts 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad untuk keluar dari daerah tersebut dengan selamat bersama rakan-rakannya. Namun semua itu bukanlah mudah. Sesiapa yang dijangkiti akan menjadi tidak waras dan hilang kawalan, mungkin lebih teruk. Tidak ada pilihan selain 'menghapuskan' mereka yang dijangkiti. Semua dugaan yang Ana dan rakan-rakannya hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terselamatkah mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik misteri wabak tersebut? Dan sanggupkah Ana 'menghapuskan' andai ada antara rakannya dijangkiti? Ketahui dalam kisah ini
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,868
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
angkasa dan seribu harapan. by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 68,829
  • WpVote
    Votes 8,258
  • WpPart
    Parts 8
kata kata buat mereka yang lelah dengan dunia. - @mintytxt | 2022
الشمس [matahari]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 268,700
  • WpVote
    Votes 31,895
  • WpPart
    Parts 18
"bulan masih cantik." 2022 | @mintytxt - e
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,227
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
The Dark King (On Hold) by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 16,567
  • WpVote
    Votes 2,060
  • WpPart
    Parts 26
A story about a villian. He's not a hero, but he's a devil. Not doing for justice, But revenge for his pain. He never protect, but he sure attack. He not defend, but he shall kill. Ini kisah Elrick Nicaise Lycidas. Kisah kegelapan yang akan menguasai dunia. Dan, kemenangan berpihak kepada kejahatan.
MY DADDY IS MY BOYFRIEND by nrnfkira
nrnfkira
  • WpView
    Reads 212
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 11
Ayien Adriana merupakan seorang pelajar berusia 18 yang mempunyai seorang ayah yang berusia 21 tahun.Sound weird,right? Lagi pelik cause her dad is her boyfriend??? Bagaimanakah itu boleh terjadi? Bagaimanakah seorang ayah menjadi seorang boyfriend? Nantikan cerita ini...
SIX'EYERIS by syiranaina
syiranaina
  • WpView
    Reads 712
  • WpVote
    Votes 83
  • WpPart
    Parts 18
Nama aku Ana. Tahun ini umur aku genap 13 tahun. Terlalu banyak kisah menarik dan tragis yang aku ingin sampaikan. Kisah sedih bersama hantu kanak-kanak.. iyaa itu lah Airis. Bagi aku, tidak lah menarik mana,tetapi mungkin bagi orang yang meminati kisah-kisah seram tragis ini menarik..maybe. Aku bukan seperti kawan-kawan aku yang lain. Maksud aku,cara mereka lihat, dan apa yang mereka lihat. Cara pandangan mereka juga berbeza daripada aku. Aku mempunyai deria tambahan bukan sejak lahir, tetapi sejak aku berumur 12 tahun. Mesti ramai yang tertanya-tanya, 'macam mana boleh terbuka?' dan apa maksud tajuk cerita nih? Airis siapa? yaa kat sini aku akan cerita daripada A sampai Z . Selamat membaca>3
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,530,967
  • WpVote
    Votes 140,222
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
SHE'S GROWED UP WITH ECZEMA by Srh_Izt
Srh_Izt
  • WpView
    Reads 869
  • WpVote
    Votes 130
  • WpPart
    Parts 13
pernah tak kita terfikir? sedang kita bergembira dan bahagia,ada orang di sekeliling kita sedang diselimuti duka lara Sebagai contoh,kisah perjalanan seorang kanak ii perempuan yg menghidap penyakit Ekzema, dan tinggal bersama keluarganya yg terdiri drpd ibu,ayah dan dua org kakaknya. Yang lebih mencabar ialah mereka tinggal di kawasan yg tidak dpt dijamin pada keselamatanya. Apabila kanak ii ini ingin keluar utk bermain pasti si ibu akan membantah sekeras kerasnya dan tidak mengizinkan kanak ii itu keluar kerana takut jika anaknya itu dibuli oleh kanak ii yg lain. Si ayah pula yg tidak kenal erti putus asa utk sentiasa menyalurkan semangat kpd kanak ii perempuan tersebut.Kedua kakaknya juga sentiasa ada utk menemaninya dan menceriakan harinya.. Persoalannya,apakah yg akan terjadi jika kanak ii perempuan ini kehilangan keluarga yg tercinta? Dan sampai bilakah kanak ii ini mahu bergantung kpd keluarganya? SELAMAT MEMBACA DAN TERIMA KASIH KEPADA YG SUDI MEMBACA YA!!