πŸ–€πŸ€
159 stories
Him: The Hierarchy [Slow Update] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 3,304
  • WpVote
    Votes 191
  • WpPart
    Parts 2
Allysa Natasha, si dara yang sedaya upaya memikat hati seorang jejaka yang bernama Tengku Raiz. Beri la apa sekali pun alasan, gadis itu akan tetap mengejar jejaka impiannya. "Tengku ni lama lagi ke?" - Allysa "Lama apa?"- Tengku "Nak cinta saya?!" - Allysa Ya, itulah dia. Kisah cinta daripada si dara dan pujaannya. Perbezaan umur sebanyak 6 tahun membuatkan Tengku berasa tidak selesa namun bagi si dara, umur hanyalah angka! "Aku dengan kau beza 6 tahun, Allysa" - Tengku "Alah, umur hanya angka!" - Allysa Dapatkah si dara gapai hati beku seorang Tengku Raiz? Dapatkah si dara mencairkan seorang Raiz?
𝕸𝖗 π•·π–Šπ–‹π–™π–Šπ–“π–†π–“? by lvfiore
lvfiore
  • WpView
    Reads 7,900
  • WpVote
    Votes 285
  • WpPart
    Parts 25
"Kalau kau hanya nak bekerja kat sini untuk menggatal tolong buang niat tu"... "Saya hormat tuan tapi tak semestinya saya okay bila tuan rendahkan saya macam ni. Saya ada harga diri tuan. Kalau saya gatal dah lama saya goda la!"...
MY DEAR GUARDIAN (HIATUS) by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 3,207
  • WpVote
    Votes 251
  • WpPart
    Parts 5
LEFTENAN RAYHAN AMSYAR X DEENA AYESHA "Siapa pemberani, dia lah pemenangnya" START : 24 DISEMBER 2023 END : SOON
Captain Qaisy Emir(New version) by Aeloriss_
Aeloriss_
  • WpView
    Reads 14,289
  • WpVote
    Votes 734
  • WpPart
    Parts 19
Captain Qaisy Emir|Evelyna Arabella (Hiatus) "Hanya kau yang kupilih."-Kapten Qaisy Emir (Slow update new version) Permusuhan yang sudah berlaku sejak lama. Bukan hanya musuh biasa,tetapi musuh di dalam akademik juga. Setiap kali markah peperiksaan keluar mesti mereka akan bergaduh untuk membandingkan markah siapa lebih tinggi. Qaisy Emir,seorang yang sangat tegas dan berdisiplin dengan apa jua keadaan. Selalu serius kecuali dengan orang-orang terdekatnya. Suka mengusik musuhnya,Evelyna Arabella. Merupakan seorang anggota Tentera Darat Malaysia berpangkat kapten. Evelyna Arabella,seorang yang periang dan kuat melawan. Selalu mempertahankan dirinya sendiri. Tidak suka dibantu oleh orang lain. Tidak suka apabila diusik terutama sekali oleh musuhnya. Merupakan seorang model antarabangsa yang terkenal selepas menamatkan pengajiannya di University of Sydney. 9 tahun berlalu sejak mereka meninggalkan zaman sekolah mereka. Takdir yang tidak terjangka membuat mereka bertemu kembali. "Oi kau buta ke?!" -Evelyna Arabella "Kau yang langgar aku tiba-tiba lepastu nak salahkan orang. Harap muka je lawa tapi perangai hauk!" -Kapten Qaisy Emir Sehari selepas pergaduhan itu, tanpa diketahui mereka di jodohkan oleh kedua orang tua mereka. "Daddy apa ni?! Adik tak nak kahwin ngan jantan kerek nak mampus ni." -Evelyna Arabella "Siapa kau panggil kerek?!" -Kapten Qaisy Emir Mampukah mereka menulis takdir mereka bersama?
REVAMP | SHADOW WAVE : MISSION ALPHA by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 7,979
  • WpVote
    Votes 316
  • WpPart
    Parts 4
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
Sayap di Hujung Senja [C] by liliescassette
liliescassette
  • WpView
    Reads 2,987
  • WpVote
    Votes 301
  • WpPart
    Parts 33
Kapten Muhammad Luth Na'im, callsign Skyhawk, seorang juruterbang jet pejuang TUDM, terkenal dengan keberaniannya di udara. Setiap misi yang diamanahkan kepadanya disempurnakan dengan penuh ketelitian, menjadikannya salah seorang juruterbang paling disegani. Namun, di sebalik seragam dan gelaran, Luth menyimpan rahsia yang hanya dia seorang tahu-satu kisah silam yang menghantuinya sejak sekian lama. Semuanya berubah apabila dia dipilih untuk menyertai misi khas yang penuh risiko. Misi ini bukan sekadar mempertahankan ruang udara negara, tetapi juga melibatkan satu konspirasi besar yang boleh mengancam keselamatan tanah air. Dalam usaha mencari kebenaran, Luth bertemu dengan seorang sukarelawan, Nur Uqaira, yang tanpa disangka mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Ketika mereka merungkai satu demi satu petunjuk, Luth mula menyedari bahawa bukan mudah untuk dia memenangi hati wanita tersebut. Dalam pergelutan antara tugas dan perasaan, dia perlu membuat keputusan-mengejar kebenaran atau melindungi mereka yang dia sayangi. "Macam mana kau boleh setenang ni? Kita boleh mati bila-bila masa!"- NUR UQAIRA "Sebab aku dah biasa dengan situasi macam ni. Aku tentera, Uqaira. Mati tu dah lama ada dalam perhitungan aku." - MUHAMMAD LUTH NA'IM Di langit yang menjadi saksi, peluru bukan satu-satunya ancaman. Kepercayaan, pengkhianatan, dan pengorbanan menjadi taruhan dalam pertempuran yang bukan hanya melibatkan nyawa, tetapi juga hati dan jiwa. Adakah Luth Na'im mampu mengatasi segala cabaran, atau adakah langit biru yang selama ini menjadi dunianya akan menjadi medan terakhirnya?
Bawah Langit Yang Sama [C] by liliescassette
liliescassette
  • WpView
    Reads 10,313
  • WpVote
    Votes 422
  • WpPart
    Parts 33
Hidup Haura Teratai tidak pernah seindah namanya. Dia terperangkap dalam gelombang perasaan yang menghancurkan, dibelenggu derita yang tiada berpenghujung. Luka yang terpendam semakin bernanah, sehingga detik hitam itu menjengah-saat dia hampir menyerah kepada bisikan kematian. "Kalau aku mati pun, tak ada siapa yang kisah!" - HAURA TERATAI Namun, di sebalik kegetiran malam yang sunyi, takdir mempertemukannya dengan seorang jejaka misteri dalam sebuah dunia maya-seorang yang senasib, seorang yang memahami. Perbualan yang bermula secara suka-suka akhirnya menumbuhkan tunas persahabatan di antara dua jiwa yang sama-sama terluka. "Nanti kalau dah jadi askar, jangan lupa aku ni." - HAURA TERATAI "Aku takkan lupakan kau, Haura." - KHAIR HILMAN Tetapi sejauh mana hubungan ini mampu bertahan? Adakah persahabatan mereka sekadar persinggahan sementara, atau mungkinkah takdir telah merencana sesuatu yang lebih besar buat mereka berdua? Saat realiti menghimpit, hanya hati yang benar-benar teguh mampu bertahan di medan ujian... Di persimpangan antara kehilangan dan harapan, mampukah mereka memilih jalan yang benar?
C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR  by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 121,015
  • WpVote
    Votes 6,177
  • WpPart
    Parts 32
Him series [ vol 1] Mengisahkan tentang dua pasangan yang mempunyai kisah bahagia. Seorang suami yang baik tutur katanya, sentiasa menjadikan sang isteri sebagai priority hidupnya. Hazriel Asytar, itulah nama yang diberi. Seorang jejaka yang mementingkan adab, kesopanan pada seseorang wanita. Seorang yang berkerjaya dan juga berkarisma. "Do what you want to do. Don't follow what people said, if it's negative then ignore it. If it's positive, then take it as a spirit..." -H Nayla Marissa, seorang yang lemah lembut orangnya. Sentiasa menjaga adab tutur katanya dengan baik. Jatuh cinta? Ya, dia telah jatuh cinta buat pertama kalinya. Jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenal. "Terkadang tu kan, saya terfikir...mesti untung siapa jadi isteri awak..." -N Pertemuan mereka tidak menentu. Ada kala terjumpa secara tiba-tiba dan ada kalanya terjumpa dengan sengaja. Adakah pengakhiran kisah mereka bahagia? Atau sama seperti kisah cinta Tuan Rizqy dan Mikayla? Semuanya ada di 'HIM : 434' β€’β€’β€’ "π‘»π’Š 𝒗𝒆𝒅𝒓𝒐̀ π’Šπ’ 𝑯𝑰𝑴: 434, π’ƒπ’‚π’Žπ’ƒπ’Šπ’π’‚. ( 𝑺𝒆𝒆 π’šπ’π’– 𝒋𝒏 π‘―π’Šπ’Ž:434, π’ƒπ’‚π’ƒπ’š π’ˆπ’Šπ’“π’.)" - π‘―π’‚π’›π’“π’Šπ’†π’
Tenangmu, Menemukan Aku | SU by Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Reads 17,485
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 71
πŸ“š Hak Cipta Terpelihara Β© Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah πŸ’› --- Dr. Irina Safwah dihantar bertugas ke Kem Iskandar selepas kehilangan sahabat baik dalam kemalangan tragis. Dalam diam, dia membawa luka yang tak kelihatan, insomnia, rasa bersalah, dan hati yang belum sembuh. Kapten Zulfaqar Rauf Al-Fateh, ketua anggota GGK, hidup dengan penuh disiplin, amanah dan fokus. Baginya, tanggungjawab lebih utama daripada rasa. Dalam dunia berbeza, mereka bertemu. Di antara medan latihan dan ruang rawatan, dua jiwa belajar menyembuhkan, bukan dengan kata, tetapi dengan kehadiran yang jujur. Kerana kadang, tenang seseorang itulah yang menemukan semula diri kita. πŸ“Œ DILARANG PLAGIAT! Start; 31st July 2025 End;