afrinauni's Reading List
2 stories
Mrs. Ayden by nurasyaa_
nurasyaa_
  • WpView
    Reads 208,937
  • WpVote
    Votes 15,049
  • WpPart
    Parts 42
[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance + Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihadapinya. Ditambah pula, dia sudah tidak seperti dulu. Hari-harinya gelap-gelita tanpa warna-warni yang menyinari hidupnya. Ya. Dia buta. Buta disebabkan oleh satu kemalangan yang menimpanya. Pertemuan tanpa disangka dengan sang jejaka bernama Qashaf Ayden dua kali berturut-turut membuka tirai baru dalam hidupnya. Qashaf Ayden pula sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Kasih Airish dikala hatinya terpaut dengan kepolosan Kasih Airish sehinggakan dia memaksa Kasih Airish menerima lamarannya. Namun, manusia itu tidak sempurna. Mereka pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga dengan Qashaf Ayden. Disebabkan ketulusan cintanya terhadap Kasih Airish, dia terpaksa menipu tentang pekerjaannya. Di saat cinta di antara mereka mula berputik dan kasih mula bersemi, satu persatu rahsianya terbongkar. Pekerjaannya bukan biasa-biasa malah sangat berbahaya. Dia akan selalu menjadi buruan. Nyawanya pula semakin hari, semakin terancam dek kerana musuh yang semakin bertambah. "Awak penipu, Ayden! Saya benci awak!"-Kasih Airish "I'm sorry, sayang..."-Qashaf Ayden Qashaf Ayden akur kesilapannya. Dia cuba memujuk dan merayu bidadarinya. Namun disaat Kasih Airish kembali memaafkannya, dia pergi begitu saja. "Abang... Baliklah. Airish rindu abang..."-Kasih Airish "Maafkan abang sayang..."-Qashaf Ayden Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka? Berjayakah mereka bersatu kembali? Cover by @xerlickmentos58
Encik Suami Sweet by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,958,852
  • WpVote
    Votes 61,136
  • WpPart
    Parts 55
Mama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi meninggalkan aku. Jadi sebatang karalah aku. Nasib baik jugak ayah tiri aku masih melayan aku sebagai anak dia. Kalau tak, memang aku lari dari rumah pergi duduk balik rumah arwah mama dan abah. Tapi, lain pula yang jadi bila aku disuruh kahwin dengan mamat otak batu macam dia ni. Stres tahu tak?! "Eh! Kau ingat! Kau tu adik tiri je tau! Jangan nak panggil aku abanglah! Geli! You're not my step sister! You're outsider! "-Aiman Rayyan. "Eleh! Kalau bukan kerana mama dan ayah, saya tak teringinlah nak panggil abang ni, abang! Nak tergeliat lidah! Urat sendi ni pun rasa macam nak reput panggil awak ni abang!" -Erni Ardiana. Selepas berkahwin, sir pedas berubah 360 darjah dari pedas jadi sweet. Ini membuatkan Erni meremang bulu roma akibat daripada ayat sweet yang diucapkan oleh Aiman. Isy! Selama ni tak pernah pun nak cakap sweet, pickup line... Tapi ini apa sudah jadi? Dunia sudah terbalikkah?