Favourite
3 stories
KERANAKU CINTA KAU [TERBIT] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 2,504,673
  • WpVote
    Votes 25,325
  • WpPart
    Parts 41
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki sahabat baiknya sendiri. Prinsip hidupnya cuma satu. Apa yang dia suka perlu menjadi miliknya walaupun dia terpaksa menyakitkan hati orang di sekelilingnya. Kella, itulah kehidupannya. Dendam yang disimpan semakin meluak-luak. Rasa cemburu yang dipendam semakin bercambah. Oleh disebabkan itu, Syakilla sanggup menjerat Hazril Irfan, iaitu teman lelaki sahabat baiknya sendiri. Hubungan persahabatan yang terjalin dileraikan kerana satu dendam. Dia menang... Dia menang memiliki lelaki yang ditunggu selama empat tahun. HAZRIL IRFAN - Tidak pernah disangka gadis naif seperti Syakilla sanggup memerangkapnya sehingga mereka terpaksa bernikah di hari sepatutnya dia dan Mariam bertunang. Rasa benci yang sememangnya ada untuk Syakilla semakin bertambah setelah mendapat tahu Syakilla memerangkapnya atas dasar cinta. Disebabkan tindakan 'bodoh' Syakilla, banyak hati telah pun terluka. Reza, sahabatnya yang telah mencintai Syakilla turut terluka sama. Mariam... Teman wanitanya lebih memilih untuk membawa diri. "Kau mungkin boleh miliki jasad aku tetapi sampai bila-bila pun kau tak akan miliki hati aku sebab hati aku hanya untuk Mariam." - Hazril Irfan. "Aku buat semua ni kerana aku cinta kau." - Syakilla. Tatkala mahligai itu dibina di atas air mata seseorang, apakah layak mahligai itu dipertahankan? Akankah terbuka pintu hati Hazril Irfan untuk menerima Syakilla di dalam hidupnya dan bagaimanakah pula dengan Mariam? Apakah dendam yang disimpan oleh Syakilla sehingga sanggup memutuskan ikatan persahabatan yang telah terjalin lama?
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,371,776
  • WpVote
    Votes 49,848
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
( Completed ) Bahagia Yang Terhenti . by Deheara
Deheara
  • WpView
    Reads 2,156,125
  • WpVote
    Votes 48,202
  • WpPart
    Parts 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan segala impian dan angan angan aku . Kenapa mesti kau bina bahagia atas derita wanita lain" - Dayyan Ariz " Jangan sampai suatu saat nanti bila senyum dan bahagia saya bukan lagi kerana awak dan jangan salahkan takdir bila peluang kedua bukan dipihak awak " - Ameena Fatima " Dayyan Ariz hak saya , saya cuma pinjamkan dia sekejap sahaja supaya masalah dia selesai . Awak tak tahu macam mana tekanannya dia untuk menghadapi semua masalah ini dan berapa kecewanya dia saat dia terpaksa bernikah dengan awak . Disaat susah dah senang , cuma saya yang setia disisinya" - Raisha Irdina Perkahwinan tanpa kerelaan dan cinta tidak mungkin memberi kebahagian . Namun bila takdir mengatasi segalanya . Ia tetap perlu dihadapi . Mampukan Ameena Fatima mengecapi kebahagiaanya sendiri ? Mampukah dia menjadi satu satunya wanita yang dicintai Dayyan Ariz disaat ada wanita lain yang jauh lebih hebat telah lama terlakar dalam hidup lelaki itu . Dia hadir sebagai orang asing dan kekal sebagai orang asing meskipun segala usaha telah dilakukan . Dia sedar dia tidak sepatutnya hadir dalam hidup lelaki itu . Segalanya berbalik pada dirinya disaat dia terluka dia perlu kuat dalam kata lain berpura pura kuat . Hidup mesti diteruskan kerana itu pilihannya .