ժׁׅ݊ꭈׁׅꫀׁׅܻɑׁׅ֮ ꩇׁׅ݊ꪱׁׅꪀׁׅᧁׁ
2 stories
[ Edit ] Akhtar's : Cinta Yang Berduri by nurapinky_
nurapinky_
  • WpView
    Reads 589,789
  • WpVote
    Votes 22,763
  • WpPart
    Parts 80
Tengku Harriz - Cold hearted, observant person and hot. Jejaka tinggi lampai yang pernah putus tunang yang menyebabkan dia tidak percaya akan cinta lagi. Anti perempuan! Farhana Sofea - Independent woman, savage and such a QUEEN. Gadis kasar bermulut lancang. Tidak percaya akan lelaki kerana baginya semua lelaki tak guna! Anti lelaki! Apa jadi bila anti perempuan dan anti lelaki berjumpa? "Dalam banyak-banyak perempuan, you juga yang I jumpa hari ni!" "Apa? Ingat I hamak sangat nak tengok muka you? Muka dah la macam badak sumbu!" "Ehh sedap you mengata I? Muka you tu dah la macam pontianak langsuir!" Jumpa bergaduh. Jumpa jadi anjing dan kucing. "Hana, kahwin dengan I" Angin tak ada tiba-tiba kelapa jatuh. Harriz ni mimpi jatuh tingkat 50 ke tiba-tiba lamar dia? Perempuan lain dah pupus ke? Ke dia dah nak mati terdesak nak kahwin? "Kita kahwin. You dengan life you. I dengan life I" "Okay deal" Sebuah perkahwinan yang terhasil kerana masing-masing mempunyai sebab tersendiri. "Kenapa tak boleh ada istilah cinta dalam perkahwinan ini?" "Hidup I berduri. Cinta I pun berduri. There will need to be a sacrifice to love and to have" "You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan" Mampukah perkahwinan itu menghasilkan sebuah cinta? "Pokok yang berduri jika diberi racun makin berbisa tapi kalau diberi kasih sayang, jadi apa?" "Jadi cinta yang berduri" Dinding dibina kemungkinan tidak akan roboh jika sang pemilik tidak ingin memberi peluang. "Someone once said to me, duri-duri kalau tak dibuang memang bahaya. So boleh I buang duri you?" Ada sinarkah Farhana Sofea mengecapi cinta yang diidamkan? "I back off. Cinta kalau bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi" "Dan cinta bila dah pergi baru nak hargai. Come back to me, Hana" Mampukah mereka membina mahligai cinta? "I can sacrifice anything but I can't sacrifice you, honey" Rahsia demi rahsia. Kebenaran demi kebenaran. Apa akan terjadi jika rahsia yang disimpan terungkai?
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 315,885
  • WpVote
    Votes 10,299
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?