AnisRosli358's Reading List
2 stories
MAWAR: HIKAYAT TUAH ISKANDAR di etherealelara
etherealelara
  • WpView
    LETTURE 2,151
  • WpVote
    Voti 152
  • WpPart
    Parti 6
Tatkala cermin pusaka terbuka oleh rahsia yang telah lama terpendam, Mawar Inara, gadis dari zaman alaf, terjerumus ke sebuah alam silam, bumi Melayu yang masih utuh adatnya dan bernyawa dengan bisikan ghaib. Di situ, dia ditemukan oleh Tuah Iskandar, seorang pahlawan berdarah bangsawan dari alam Melayu, dingin laksana bayu gunung dan bicara berlapis adat. "Wahai perempuan asing, engkau bukan dari dunia ini. Tempatmu bukan di sini. Pulanglah ke dunia asalmu, sebelum rahsia ini mengundang malapetaka." - Tuah Iskandar ​"Awak ni tak nampak ke saya terpingga-pingga kat sini? Saya pun tak nak tinggal di sinilah. Ish, cepat tolong saya cari jalan pulang!" -Mawar Inara ​Hari berganti malam, langit bersilih warna. Dan tanpa disedari, tumbuh bait-bait rasa cinta antara mereka. ​Namun, rahsia mula terbongkar. Cermin pusaka yang membawanya ke alam silam Melayu bukan hanya alat penghubung, tetapi pusaka sakti yang diwarisi turun-temurun oleh keturunan Tuah Iskandar. ​"Hanya keturunan asli yang benar-benar mengalir darah bangsawan dapat menguasai dan menjaga cermin itu. Siapa pun yang bukan keturunan asli jika cuba menguasainya, akan membawa malapetaka kepada dunia silam dan dunia luar." ​​Tuah terpaksa memilih antara taat setia kepada wasiat nenek moyangnya atau melindungi sang kekasih? Pilihan itu bukan sekadar menentukan nasib mereka berdua, tetapi juga masa depan antara dua dunia.
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 di qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    LETTURE 2,417,893
  • WpVote
    Voti 64,335
  • WpPart
    Parti 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright