nurna366's Reading List
7 stories
My Shadow Rose's ( In Editing) by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 5,775
  • WpVote
    Votes 277
  • WpPart
    Parts 62
Tengku Khan Isyraf Bin Tengku Ameen || Putri Myla Zahra binti Tizz Taqif "Abang, kenapa abang suka bagi bunga ros dekat saya?" tanya Myla sambil memegang jambangan ros merah yang masih segar. Setiap minggu, bunga yang sama. Setiap kali, rasa yang tak pernah berubah - lembut, indah, tapi penuh tanda tanya. Tengku Khan Isyraf menatap wajah isterinya dengan senyuman tenang. "Nak tahu kenapa?" soalnya perlahan, matanya tak lepas dari pandangan Myla. Myla mengangguk. Ada sesuatu dalam suaranya yang membuatkan dia ingin tahu lebih daripada sekadar jawapan. "Sebab abang nak jadi duri, biar sayang jadi ros," jawab Khan, lembut tapi sarat dengan makna. Myla tergelak kecil. "Kenapa duri, abang? Duri tu kan tajam, menyakitkan. Kenapa bukan ros tu sendiri yang cantik?" Khan membalas dengan pandangan dalam sebelum bersuara, suaranya hampir berbisik. "Sebab duri yang lindungi ros. Walau duri tu menyakitkan, dia tetap di situ untuk jaga bunga yang dia cinta. Sama macam abang. Biar abang yang luka, asal sayang selamat." Myla terdiam. Kata-kata itu menyentuh jauh ke dalam hati. Dia senyum - tapi di hujung hatinya, ada rasa aneh yang sukar dijelaskan. Seolah-olah, cinta itu sedang memberi isyarat tentang sesuatu yang bakal hilang. --- Beberapa hari kemudian... "Mama! Papa! Kenapa Myla tak nampak apa-apa... gelap, pa!" Suara Myla bergema, cemas dan menggigil. Kedua-dua tangannya teraba-raba udara, mencari arah. "Myla boleh dengar suara mama papa... tapi Myla tak nampak..." tangisnya pecah. Khan terpaku. Tubuhnya kaku di sisi Myla. Nafasnya seolah terhenti. Start: 17June 2025 End: 4 Mac 2026
Merindukan Kisah Kita (COMPLETE) by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 42,690
  • WpVote
    Votes 1,324
  • WpPart
    Parts 85
LUCAS ADREAN | | HUSNA MAISARAH Kepercayaan sarah hilang apabila lelaki yang dia sayang tidak pernah percaya kan apa sahaja yang dia cakap serta selalu mengap pekara yang kecil saja. "Sarah saya tahu awak susah sangat nak maafkan saya, tapi saya betul betul sayangkan sweety .Saya tak paksa awak untuk terima saya,awak ambik lah berapa masa pun awak nak saya sanggup tunggu awak sampai bila bila." Kata-kata Adrean membuat Sarah berasa bersalah kerana Sarah menyalan Adrean dengan teruk .Dia sedar yang Adrean menebus kesalahannya yang dahulu Sarah dia buang oleh keluarga sendiri kerana tidak mengikuti kehendak mereka. "Salah adik jugak ke mak sebab Acik jadi macam ni" Keadaan menjadi tegang apa bila mereka saling bertikam lidah. "Ya!,salah kau.Semua berpunca daripada kau,kalau kau terima apa yang apa yang dorang nak. Aku rasa benda ni tak akan jadi." "Kau masih lagi pentingkan diri kan?.Kau nak tegok salah sorang daripada kami mati,baru kau nak terima ke!?" Puan Suraya yang tinggi kan suara. "Kalau kau tak tolong kami. Jangan harap mak anak aku lagi." aku terus memusing badan aku melihat muka mak kandung aku sendiri. "Sanggup mak nak buang anaksendiri.Sebab apa,sebab adik tak ikut cakap mak?."terkejut apa bila mendengar mak kandung sendiri cakap macam itu. "Terpulang kepada kau.Pilihan ada dekat tangan kau." Adakah sarah layak memiliki kebahagiaan dia sendiri atau bahagai bersama Adrean?. "Awak tak ada pun nak bagi tahu saya,rean. Bila saya jumpa apa yang awak sorok. Saya rasa saya dipergunakan oleh awak." kata aku.hancur rasa macam kasih sayang aku yang aku bagi pada dia seolah olah dibuang ke dalam tong sampah. "Dan rasa cukuplah. Cukuplah sampai sini" tidak mampu untuk meneruskan apa yang aku mahu katakan. START: 18/5/2025 END: 23/9/2025 Lagu: Untuk Cinta By Hafiz Suip & Adira IN ENDING
Raqib's Lawful Obsession [OG] by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 627
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 19
Dua dunia yang berbeza. Satu dunia penuh angka, kontrak dan kuasa dunia korporat milik Raqib Altaf. Seorang ahli perniagaan berjaya, bergelar duda dengan seorang anak. Perceraian lamanya bukan sekadar kegagalan rumah tangga, tetapi sejarah hitam yang hampir mematikan kepercayaannya terhadap cinta. Satu lagi dunia penuh cahaya, kamera dan pentas peragaan dunia glamor milik Qasrina Amelia. Seorang model yang berdiri atas nama sendiri. Takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang. Seorang lelaki yang sudah berhenti berharap. Seorang wanita yang takut untuk berharap lagi. Dalam pertemuan dua dunia ini, siapakah yang sebenarnya menyelamatkan siapa? Bunyi hon bersahut-sahutan di persimpangan. "Oi pak cik! Signal tu buat hiasan ke?!" jerkah Amelia dari dalam keretanya. Memang pantang betul kalau orang tak bagi signal. Harap sahaja pakai kereta jenama mahal. Memandu macam tak pernah belajar undang-undang! Tak pernah. Tak pernah dalam hidupnya orang berani panggil dia pak cik. "Awak yang hon macam nak runtuh dunia kenapa?" suara lelaki itu rendah, tenang... tapi cukup untuk buat darah Amelia menyirap. "Encik tak bagi signal!" "Saya bagi." "Tak ada!" Mata mereka bertaut beberapa saat. Sama-sama tak puas hati. Sama-sama tak mahu mengalah. Lampu bertukar hijau. Mereka berpisah dengan renungan yang masih berasap. Tak sangka itu bukan pertemuan terakhir. Beberapa hari kemudian. "Bibik, boleh buatkan saya air susu? Saya tak minum kopi." Sunyi. Bibik? Amelia kaku beberapa saat sebelum wajahnya berubah merah. Bibik?! Aku punya cantik dia kata bibik?! Dasar orang tua nyanyuk! Amelia melangkah mendekat. "Encik nampak saya ni macam bibik ke?" Baru lelaki itu benar-benar memandangnya. Dan untuk pertama kali... dia terdiam. Rupa-rupanya perempuan yang dia anggap pembantu rumah itu adalah perempuan yang memanggilnya pak cik di tengah jalan tempoh hari. Dan dari situlah... perang kecil mereka bermula.
CINTA HADIR KEMBALI [OG] by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 4,491
  • WpVote
    Votes 389
  • WpPart
    Parts 55
KAI RIDHWAN | | KAIRA ALUNA Dia pernah memilih jalan pergi, meninggalkan rumah tangga yang baru berusia dua bulan. Bagi Kai Ridhwan, masa lalu itu adalah luka yang tidak pernah sembuh - luka yang lahir daripada keangkuhan dan ketakutannya sendiri. Bertahun kemudian, takdir mempertemukannya kembali dalam dunia yang tidak pernah dia sangka. Kini, dia bergelar pensyarah. Antara ratusan pelajar yang menadah ilmu, ada sepasang mata yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup sesaat mata yang pernah menjadi saksi lafaz ijab kabulnya. Kai tidak kembali untuk mengajar sahaja. Dia kembali untuk menebus dosa. Untuk memohon kemaafan. Untuk mendapatkan semula hati seorang wanita yang pernah dia sia-siakan. Namun, maaf bukan sesuatu yang mudah. Kepercayaan yang pernah hancur bukan senang untuk dibina kembali. Dan cinta adakah masih ada ruang untuknya, atau sudah terkubur bersama janji-janji yang pernah dimungkiri? Di balik meja pensyarah dan helaian nota kuliah, satu perjalanan hati bermula. Antara keberanian, penyesalan, dan harapan akan sebuah peluang kedua. Kerana dalam hidup Kai Ridhwan, cinta adalah pengajaran paling sukar... dan wanita itu adalah jawapan yang dia cari. "Kurang ajar! Kau nak salahkan Mama dengan Papa pula? Kalau bukan kerana kami, kau takkan dapat lelaki macam Kai. Kau tu siapa? Layak ke ada suami macam dia?" START:20/9/2025 END: