🤍
22 stories
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 89,556
  • WpVote
    Votes 3,678
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan membuat jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,169,669
  • WpVote
    Votes 92,274
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Zander Mia : Her Bad Boy by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,974,520
  • WpVote
    Votes 129,817
  • WpPart
    Parts 78
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 2 ] Dua jejaka yang berbeza tetapi diingatkan sama. Siapakah sebenarnya jejaka yang dia cinta? Lelaki dingin yang sering bersamanya atau lelaki pertama yang dia bertentang mata? "Just for your information, she's mine first." - 𝐙𝐚𝐲𝐥𝐞 𝐋𝐮𝐭𝐡 Masih adakah cinta Mia buat Zander saat lelaki itu mula menghilangkan diri? Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Tiada bayang yang akan menjamin bahawa dia akan pulang. "We meet again, Zander." - 𝐂𝐥𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 𝐅𝐞𝐝𝐫𝐢𝐜𝐨 Dan apabila kebenaran mula terbongkar tentang punca sebenar kenapa lelaki itu hilang, mampukah dia untuk bertahan lagi? "We're done. Let me go." - 𝐌𝐢𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐫𝐢𝐬𝐡𝐚 "Fine. I'll do anything for you, mia bella." - 𝐙𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐋𝐮𝐭𝐡 "𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐦𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐥𝐚, 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐫𝐞 𝐚𝐥𝐥 𝐦𝐚𝐭𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐭𝐨 𝐦𝐞" start: 10 December 2021 end: 17 June 2022 ⚠️read adrian kiara first to avoid confusion ⚠️contains harsh words ⚠️no censored ⚠️sexy storyline ⚠️strictly no plagiarism
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 420,778
  • WpVote
    Votes 15,284
  • WpPart
    Parts 73
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 697,645
  • WpVote
    Votes 53,678
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
[✔] 2. After DEAR J by tx421cph
tx421cph
  • WpView
    Reads 27,433,734
  • WpVote
    Votes 2,690,809
  • WpPart
    Parts 52
[Telah dibukukan, tidak tersedia di gramedia] ❝Percayakah kau akan sebuah reinkarnasi? Sebuah pengulangan tragedi kisah cinta yang dikenang sepanjang masa❞ Sebuah kisah, berlatarkan Tahun 2057 [Bahasa narasi baku ㅡau] ©tx421cph 190301 #1 in sci-fi 190301 #1 in scifi 190301 #1 in sciencefiction
[✔] 1. DEAR J by tx421cph
tx421cph
  • WpView
    Reads 49,728,221
  • WpVote
    Votes 4,168,397
  • WpPart
    Parts 38
[Telah Dibukukan, Tidak tersedia di Gramedia] ❝Untukmu, Na Jaemin. Laki-laki tak sempurna Sang pengagum hujan dan sajak❞ ©tx421cph
Adrian Kiara: Her Guardian Angel  by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 6,671,126
  • WpVote
    Votes 339,836
  • WpPart
    Parts 95
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?" - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Kerana wasiat yang ditulis dan harta, mereka terpaksa disatukan. "Jagakan dia untuk aku Dree." Tiada siapa yang dapat menjaga Kiara melainkan.. Ya, lelaki kejam itu. Adrian yang banyak terhutang budi dengan keluarga mafia itu harus turuti kata walaupun tidak rela. "Langkah mayat Adrian dulu baru boleh sesiapa nak sentuh dia." - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Layanan dingin itu membuatkan terbitnya rasa cinta tapi tidak bagi Adrian. "Rian memang tak sayang Kie ke?" - 𝐊𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐧𝐧𝐚 "Aku lebih rela kau benci aku daripada apa-apa berlaku dekat kau." - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Saat semua rahsia mula dibongkarkan, perasaan benci mula hadir. Saat cinta ingin disemai, perasaan jijik menguasai diri. Dan saat Adrian mula rindu, Kiara mula menjauh. "The real target is your wife, Dree." "Tembak aku Kiara!" - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Sanggupkah Kiara bertahan setelah dia tahu siapa Adrian Muqriz yang sebenar? "Thank you for making my last birthday the best birthday ever, Dree.." - 𝐊𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐧𝐧𝐚 "𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐞𝐲𝐞𝐬 𝐬𝐚𝐰 𝐭𝐡𝐞 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐲 𝐝𝐞𝐯𝐢𝐥𝐬." ⚠️contains harsh words ⚠️strictly no plagiarism start : 19 August 2021 end : 10 October 2021
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,737,415
  • WpVote
    Votes 409,459
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,110,817
  • WpVote
    Votes 354,594
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"