hsdahlia
Ryun Amaya Kim-gadis muda berdarah campuran Korea-Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di tanah air ayahnya membuatkan dia terlalu selesa dengan budaya dan cara hidup di sana. Namun segalanya berubah selepas kematian ayahnya dalam sebuah kemalangan tragis.
"I'm not gonna move to Malaysia!"
Namun realiti tak semudah kata-kata. Demi ibunya, Amaya terpaksa akur. Akhirnya mereka berpindah ke Malaysia dan mula tinggal bersama keluarga sebelah ibunya-keluarga yang tidak pernah dia kenal, apatah lagi bersua muka.
Perbezaan budaya, bahasa, dan gaya hidup membuatkan Amaya rasa asing di tanah kelahiran ibunya sendiri. Memberontak, dingin, dan penuh duka, itulah fasa awal hidupnya di Malaysia.
Namun segalanya mula berubah setelah pertemuan tidak sengaja dirinya dengan seseorang. Seorang lelaki yang mula muncul dalam hidupnya. Tenang, bersahaja, tapi cukup berani untuk mendekati Amaya yang dingin.
Berkali-kali dia cuba mendekati, berkali-kali juga Amaya menolak hingga sampai satu masa dia berhenti. Dan dalam diam, Amaya mula rasa kehilangan.
"Kenapa aku rindu dia?"
Pertemuan mereka yang seterusnya bukanlah dirancang, tetapi dari situlah semuanya bermula.
All Rights Reserved ©hsdahlia
Start: 01/01/2026
End: /2026
Status: On-going (slow update)
⚠️NO PLAGIARISM⚠️